5 Petua Hilangkan Sakit Gusi Berdenyut. Lagi Sakit Dari Putus Cinta..

Korang pernah tak rasa sakit gusi berdenyut-denyut? Betapa perit rasanya, semua kerja memang tak jalan. Tidur pun tak lena. Lagi sakit dari putus cinta. Tapi korang jangan risau, Atok akan kongsikan kepada korang petua hilangkan sakit gusi berdenyut membantu korang kurangkan rasa sakit di bahagian gusi tu sementara menunggu doktor.

Petua Hilangkan Sakit Gusi Berdenyut. Lagi Sakit Dari Putus Cinta..

Atok akan kongsikan beberapa petua yang korang boleh cuba di rumah untuk menghilangkan dan mengurangkan rasa sakit. Kadang-kadang sakit gusi ni tiba-tiba datang tanpa dijemput. Nak-nak tengah malam dia mai pula.

Tapi sebelum korang baca mengenai petua hilang sakit gusi berdenyut korang kena tahu punca kenapa sakit gusi ini terjadi.

Punca sakit gusi berdenyut

1. Makanan tersekat antara gusi dan gigi

Makanan tersekat antara gigi dan gusi punca utama gusi korang sakit. Sebelum tido korang kenalah berus gigi dengan betul takut ada yang tinggal. Misalnya, popcorn, kulit buah dan kekacang yang mudah tersekat di celah gigi. Hal ini akan menyebabkan korang rasa tidak selesa dan sakit.

2. Penyakit periodontal

Penyakit ini berlaku kerana keradangan dan jangkitan gusi. Jangkitan ini akan berlaku kerana penumpukan plak. Plak keras di kenali sebagai tartar dan sukar untuk dibersihkan.

3. Peridontitis

Penyakit apa pula Peridontitis ni kan. Ha, penyakit ini penyakit peringkat terakhir bagi periodontal di mana gusi mula pecah dari gigi. Ini akan menyebabkan jangkitan yang boleh merosakkan tulang yang menyokong gigi, melonggarkan dan kehilangan gigi.

Petua hilangkan sakit gusi berdenyut

1. Kunyit

Kunyit ini merupakan rempah yang kita selalu gunakan semasa masak kan? Kali ini, kunyit kita gunakan untuk hilangkan sakit gusi berdenyut. Kunyit boleh mengurangkan bengkak kerana bersifat anti keradangan.

2. Aloe Vera

Aloe vera ini tumbuhan yang membantu merawat gusi bengkak. Biasanya kita selalu gunakan untuk muka dan rambut je kan. Kali ini kita gunakan untuk gusi.

Korang boleh simpan produk di dalam mulut selama beberapa minit sebelum dikeluarkan. Hal ini kerana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada gusi.

3. Petua hilangkan sakit gusi berdenyut ketiga ialah air masin

Air masin membantu melegakan keradangan juga. Korang perlukan satu sudu teh garam dalam cawan air suam. Seterusnya biarkan garam larut dan perlahan-lahan simpan campuran di dalam mulut dan berkumur-kumur sehinga 30 saat. Korang boleh gunakan petua ini selama 3 kali sehari untuk mengurangkan bengkak gusi.

4. Cuka epal

Cuka epal ini setahu Atok mengandungi asid ringan yang boleh menyebabkan keseimbangan pH dalam mulut dan mengurangkan jangkitan pada gusi. Dengan cara, campurkan satu sudu cuka epal bersama segelas air suam dan orang kumur-kumur. Insha’allah, bengkak gusi korang akan berkurangan.

5. Halia

Untuk petua kali ini pula korang perlukan sekeping halia dan setengah sudu teh garam. Hancurkan halia dan masukkan garam bersama-sama. Gosokkan bahan tersebut ke bahagian gusi yang bengkak dan biarkan selama 10-12 minit. Bilas mulut korang dengan air seperti biasa. Halia guna berfungsi sebagai anti keradangan.

Akhir sekali

Untuk mengelakkan daripada terkena penyakit gusi ini, korang kena melakukan pencegahan awal. Bila dah kena baru nak menyesal, tiada guna juga kan. Jadi, Atok nasihatkan korang amalkan kebersihan mulut yang baik, minum air yang banyak tapi bukan air manis tau.

Dengan perkongsian petua hilangkan sakit gusi berdenyut ini, harap membantu korang untuk merawat sakit gusi. Kalau petua tersebut tidak berkesan, Atok sarankan korang bawa ke hospital dengan kadar yang segera. Jangan sampai melarat pula, bawa berjumpa dengan pakar.

Rujukan Lain

Di sini akan dikongsikan tentang cara menggunakan portal eGUMIS semakan wang tak dituntut online & proses bayaran balik..

Jom ketahui perkara-perkara yang membatalkan puasa. Hal ini, agar ibadah kita di bulan Ramadhan yang barokah ini tidak menjadi sia-sia..

Banyak lagi ke hutang rumah tu? Lagi berapa tahun nak habis? Kalau tak pasti, cuba buat semakan baki pinjaman LPPSA korang. Tiga cara dikongsikan di sini..

Munafik atau talam dua muka juga dikenali sebagai hipokrit. Biasanya, berpura-pura mengikuti ajaran agama namun tidak membenarkan dalam hatinya. Oleh itu, artikel ini berkaitan ciri-ciri orang munafik..

Sebelum beli iPhone, cuba kena cek dahulu. Jadi, artikel ini Baca cara check iPhone original atau refurbish bagi korang dah terbeli atau bakal beli..

Jika korang berminat ingin belajar di Maktab Rendah Sains MARA, di sini Atok kongsikan kepada korang senarai MRSM di Malaysia..

Ini ialah senarai harga pakej umrah 2024 dan syarikat berlesen yang boleh dipercayai kalau korang merancang pergi umrah dalam tahun ini..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!