Tarikh Bayaran PERKESO 2024

Di bawah, atok kongsikan tarikh-tarikh bayaran PERKESO 2024. Jadual tarikh bayaran pencen ilat 2024 ini adalah berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO di portal rasmi mereka. InsyaAllah dengan perancangan yg betul dan penggunaan yg berhemat, duit faedah tu boleh bertahan sehingga bayaran PERKESO seterusnya masuk.

Tarikh Bayaran PERKESO 2024

Kenaikan pencen ilat perkeso 2023

Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada penerima yang layak atas kenaikan bayaran faedah PERKESO dan kenaikan pencen ilat. Kalau masih ingat, sekitar bulan Oktober tahun 2022, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengumumkan pelarasan kos sara hidup bagi bayaran faedah berkala dan kenaikan kadar pencen minimum skim keilatan berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Kadar pelarasan kos sara hidup bagi penerima faedah berkala PERKESO adalah di antara 0.7 peratus sehingga 9.4 peratus mengikut tahun pencen diterima, manakala kenaikan kadar pencen minimum mengikut Skim Keilatan, Akta 4 akan ditingkatkan daripada kadar sedia ada sebanyak RM475 kepada RM550 sebulan.

Faedah PERKESO mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) akan dibayar secara berkala merangkumi Pencen Ilat dan Pencen Penakat menerusi Skim Keilatan, manakala Faedah Hilang Upaya Kekal dan Faedah Orang Tanggungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

Jadual Pembayaran Pencen Ilat 2024

Oleh itu, berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran PERKESO 2024.

Bil.BulanTarikh Bayaran FaedahHariCatatan
1Januari31 Januari 2024Rabu
2Februari01 Mac 2024Rabu
3Mac01 April 2024Isnin
4April30 April 2024Selasa
5Mei24 Mei 2024Jumaat30 Mei 2024 bersamaan Pesta Keamatan
1 Jun 2024 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak
6Jun11 Jun 2024Selasa17 Jun 2024 bersamaan Hari Raya Qurban
7Julai01 Ogos 2024Khamis
8Ogos30 Ogos 2024Jumaat
9September1 Oktober 2024Selasa
10Oktober25 Oktober 2024Jumaat31 Oktober 2024 bersamaan Hari Deepavali
11November29 November 2024Jumaat
12Disember19 Disember 2024Khamis25 Disember 2024 bersamaan Hari Krismas
Jadual pembayaran PERKESO 2024

Nota: Sekiranya tarikh bayaran PERKESO 2024 di atas ‘crash‘ di paparan mobile atau smartphone korang, boleh rujuk jadual tarikh bayaran faedah PERKESO dalam format gambar atau jpg di bawah.

Bayaran PERKESO Januari

Pada bulan Januari iaitu 31/01/2024 adalah hari pembayaran faedah PERKESO dan ianya jatuh pada hari Rabu. Jadi, adalah dinasihatkan untuk menjimatkan penggunaan bayaran faedah pada bulan Disember 2023..

Bayaran PERKESO Februari dan Mac

Pada bulan Februari, tarikh pembayaran PERKESO dijadualkan pada 01/03/2024 iaitu bersamaan hari Jumaat.

Seterusnya, pada bulan Mac pula, tarikh pembayaran PERKESO turut dibayar pada 01/04/2024 iaitu pada hari Isnin. Bagi bulan Februari dan Mac, kedua-dua pembayaran PERKESO akan dibuat pada bulan awal bulan berikutnya memandangkan pada kedua bulan tersebut tiada cuti umum yg diwartakan.

Bayaran PERKESO April dan Mei

Pada 30/04//2024 iaitu hari Selasa adalah tarikh dan hari yang dikeluarkan untuk pembayaran PERKESO pada April.

Seterusnya, pada bulan Mei pula pembayaran PERKESO akan di buat pada 24/05//2024 iaitu pada hari Jumaat. Pembayaran faedah PERKESO pada bulan Mei sama seperti kebiasaannya walaupun terdapat pesta Kaamatan pada pada 30 Mei dan Perayaan Hari Gawai Dayak pada 1 Jun.

Bayaran PERKESO Jun hingga November

Tarikh bayaran PERKESO 2024 untuk bulan Jun akan diberikan pada 11 Jun 2024 (hari Selasa), manakala bagi bulan Julai pula ialah pada 01.08.2024 (Khamis).

Sementara, untuk Ogos ialah 30.08.2024 (Jumaat) dan pada bulan September pula ialah pada 01.10.2024 yakni bersamaan hari Selasa.

Oktober dan November pula masing-masing pembayaran PERKESO ialah pada 25 hari bulan Oktober dan 29 hari bulan November. Walaupun pada bulan Jun, Julai dan November terdapat beberapa perayaan istimewa namun tarikh-tarikh bagi perayaan berikut adalah selepas ataupun sebelum tarikh kebiasaan pencen dikeluarkan.

Bayaran PERKESO Disember

Pada bulan Disember, tarikh pembayaran PERKESO bagi penerima faedah diawalkan pada 19/12/2024 iaitu pada hari Khamis kerana pada bulan tersebut terdapat perayaan hari Krismas yang jatuh pada 25 Disember 2024 iaitu pada hari Rabu depannya.

Apa itu PERKESO?

Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Fungfsi utama PERKESO ialah mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun pada pada 1 Julai 1985. Kemudian, bermula pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.

Apa Itu Bayaran Faedah PERKESO?

Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income) yakni tanggungjawab bersama menerusi sumber atau dana terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO.

Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.

Untuk makluman, bayaran PERKESO di Malaysia adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

Apa itu pencen ilat perkeso?

Pencen ilat perkeso ini :

  • Dibayar kepada pekerja yang layak dan disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
  • Dibayar bermula dari tarikh Notis Keilatannya diterima atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan
  • Dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia
  • Digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen llat tanpa mengira umurnya

Syarat Kelayakan pencen ilat perkeso

  • Belum mencapai umur 60 tahun pada masa Notis Keilatan diterima; atau
  • Sekiranya pekerja telah mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) pada masa Notis Keilatan diterima, beliau perlu menunjukkan keterangan bahawa:
  • Menghidap suatu keadaan uzur yang berkekalan
  • Tidak berupaya mengambil bahagian dalam kegiatan yang mendatangkan keuntungan
  • Keuzuran terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak lagi bekerja yang menguntungkan sejak itu
    Disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
    Memenuhi syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan

Tempoh Kelayakan Penuh pencen ilat perkeso

Pekerja disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:

  • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan Notis Keilatan diterima oleh PERKESO; atau
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh PERKESO (jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan)

Kadar pencen ilat perkeso

Kadar pencen ilat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

Pekerja layak menerima pencen dengan kadar permulaan 50% daripada gaji bulanan purata anggapan dan tambahan 1% bagi setiap 12 bilangan caruman selebihnya. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kadar pencen maksimum 65%.

Apa itu pencen penakat perkeso?

Pencen penakat perkeso:

Dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

Syarat Kelayakan pencen penakat perkeso

  • Orang Berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) dan memenuhi syarat kelayakan caruman (tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan)
  • Orang Berinsurans meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen llat tanpa mengambil kira umurnya
  • Tempoh Kelayakan Penuh

Pekerja disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:

  • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis kematiannya; atau
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula caruman kena dibayar di bawah Akta dengan tarikh kematiannya, dengan syarat jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan

Kadar Pencen Penakat pencen penakat perkeso

Kadar pencen penakat perkeso yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

Orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan, ditambah dengan 1% bagi tiap-tiap 12 caruman bulanan yang dibayar melebihi 24 bulan tertakluk kepada kadar pencen bulanan tidak melebihi 65%.

Nota: Jika pekerja yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen llat, kadar Pencen Penakat adalah sama banyak dengan Pencen llat yang diterimanya.

Beberapa soalan lazim mengenai Faedah PERKESO

Apakah faedah yang diperolehi di bawah Skim Bencana Kerja PERKESO (SBKP)?

Faedah-faedah di bawah Skim Bencana Kerja PERKESO (SBKP) adalah seperti berikut:

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan

Faedah yang dikecualikan:

  • Faedah Pinjaman Pendidikan
  • Pemulihan Vakasional
  • Dialisis
  • Program Return To Work

Tetapi, Faedah Pengurusan Mayat bagi pekerja asing yang meninggal dunia di Malaysia dan dibawa pulang ke negara asal untuk dikebumikan layak menerima sebanyak RM6,500. Pekerja asing yang meninggal dunia dan dikebumikan di Malaysia, waris yang layak akan menerima sebanyak RM 2,000 atau sekiranya bukan waris mengikut resit pengebumian, yang mana terendah.

Bagaimana cara membuat tuntutan faedah apakah borang yang diperlukan?

Tuntutan faedah hendaklah menggunakan Borang PS2 (boleh didapati dari laman web PERKESO). Borang PS2 ini hendaklah dihantar ke pejabat PERKESO berhampiran bersama-sama dokumen berkaitan seperti kad pengenalan, sijil cuti sakit asal, laporan polis dan sebagainya.

Apakah faedah yang boleh diperolehi dibawah SKSPS?

Faedah Perubatan yang boleh diperolehi di bawah SKSPS:

  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pinjaman Pendidikan
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani, Vokasional dan Program Return To Work (RTW)

Apa faedah diterima oleh pencarum, jika tiada kemalangan berlaku bagi tempoh caruman dibayar?

Tiada sebarang faedah boleh dibayar. Ini kerana perlindungan adalah berasaskan kepada ‘pooling of resources and sharing of risks’.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, dan keterangan lanjut, korang boleh hubungi perkeso melalui:

Emel : perkeso @ perkeso.gov.my
No. Tel : 1-300-22-8000

Jadi itulah dia, tarikh-tarikh bayaran PERKESO 2024 yang merangkumi pencen ilat PERKESO dan pencen penakat PERKESO yang telah ditetapkan berdasarkan jadual rasmi yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO di laman sesawangnya.

Ada di antara pembayaran pencen ilat PERKESO dan pencen penakat PERKESO ini yang telah diawalkan agar penerima faedah dapat membuat persiapan untuk menyambut perayaan masing-masing.

Rujukan Lain

Bagi korang yang berminat menyertai PDRM dan menjadi polis, sila rujuk iklan jawatan kosong Polis Diraja Malaysia 2024 dan cara memohon di sini.

Setelah diperkenankan, inilah dia Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 / Hari Raya Puasa 1444H. Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan batin..

Koleksi ucapan hari lahir untuk orang tersayang yg korang boleh tiru dan edit. Berikan kpd ibu bapa, isteri, sahabat, adik beradik & sebagainya..

Di sini dikongsikan cuti bagi tarikh hari raya korban 2024 / hari raya haji 1444H mengikut negeri-negeri di Malaysia. Salam Aidiladha untuk semua..

Nak melancong ke luar negara dalam masa terdekat ini? Jadual padat tapi solat kena jaga. Jom pelajari cara solat jamak dan qasar (syarat & niat)..

Di sini atok kongsikan tiga doa agar cepat dapat kerja yang diinginkan bagi korang yang sedang berusaha mendapatkan kerja. Moga dimakbulkan..

Di sini diterangkan cara semakan penyata KWSP online melalui i-Akaun dan cara pendaftarannya bagi individu yang baru mula membuka KWSP..

Ini ialah jadual waktu peperiksaan SPM 2022. Termasuk jadual waktu SPM untuk ujian amali dan jadual waktu SPM untuk ujian bertulis..

Ada tak antara korang yang tahu buah kulim ni? Jadi, pada kali ini Atok akan bahas mengenai khasiat buah kulim untuk buah pinggang..

Atok
Follow me

2 thoughts on “Tarikh Bayaran PERKESO 2024”

    • Terima kasih Atok.. saya ada soalan ni Atok saya penerima pencen penakat.. Sekiranya ank si mati umur sudah pun 18tahun pada tahun 2023 adakah masih layak menerima pencen penakat?

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!