Alhamdulillah. Korang lulus ujian fizikal dan ujian SPiER dan sekarang dipanggil hadir ke sesi temuduga Polis? Malangnya, sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare dan masih tercari-cari contoh soalan temuduga Polis yg bagus? Gagal temuduga polis akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dilantik ke dalam pasukan keselamatan. Gagal temuduga polis ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘abang polis’ yang hensem lagi sado atau ‘akak polis’ yg comel gila.
Isi Kandungan
Gagal temuduga Polis juga semestinya ‘memadamkan’ impian korang untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yg menjadi permata keluarga – yg byk berbakti kelak. Dan gagal temuduga Polis sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg menjadi ‘sebutan’ dan kebanggaan mak dan ayah di hadapan kawan-kawan mereka.
Nota Penting: kepada korang yg dapat panggilan ke ujian SPiER Polis kali ini. Tolong jangan sia-siakan peluang yg diberi dan buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian SPiER PDRM ini boleh diperolehi di contoh soalan SPiER PDRM.
Dan bagi korang yang dah semak dan dapat panggilan ke ujian fizikal Polis pada kali ini, tahniah diucapkan. Tapi tempat ujian tu bukan untuk calon yang suka-suka pergi. Apa perlu korang prepare? Dan apa yang berlaku di sana sebenarnya? Baca di ujian fizikal Polis.
Andainya korang tengah mengejar masa dan mungkin tak sempat baca perkongsian ni dengan tenang dan aman. Korang boleh lompat mana-mana tajuk yang betul-betul perlu sahaja. Gunakan kemudahan daftar isi kandungan berikut.
Permohonan jawatan kosong di Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Untuk mengisi kekosongan jawatan secara rasmi di PDRM, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan permohonan secara online melalui sistem e-PENGAMBILAN PDRM. Permohonan jawatan kosong PDRM dibuka beberapa kali dalam setahun dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Tempoh sahlaku permohonanan PDRM
Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan melalui PDRM adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan apabila tempoh sahlaku telah luput.
Persaingan jawatan kosong PDRM
Saban tahun, panggilan ke temuduga PDRM adalah ramai. Amat ramai sekali. Ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!
Ini kerana, tidak lain, sesi temuduga PDRM ini lah yang akan menjadi medan pembuangan calon.
Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,
Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga PDRM yang mantap!
Pesan Atok
Atok tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini. Korang dah lepas ujian fizikal. Korang dah lepas ujian SPiER. Amat sayang sekali kalau korang sangkut dalam sesi temuduga ini..
Soalan Temuduga Polis mengenai Skop Kerja
Korang mesti tahu deskripsi tugas jawatan yang dipohon. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga Polis.
Hafal senarai kerja atau deskripsi tugas jawatan.
Pesan Atok
Misalnya, hafal skop kerja jawatan Inspektor Polis Gred YA13, jika korang dipanggil temuduga untuk jawatan ni.
Contoh Soalan Temuduga Polis berkaitan jabatan / kementerian
Tidak lain, korang akan ditempatkan di Jabatan Polis Diraja Malaysia. Jadi soalan berkenaan Jabatan atau kementerian ini pasti akan diajukan.
Siapa menteri yang menerajui KDN sekarang?
Contoh Soalan Temuduga Polis
Soalan temuduga Polis mengenai kementerian ini dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu.
Siapa nama Ketua Polis Negara? Timbalan beliau?
Contoh Soalan Temuduga Polis
Basicly, atok nasihatkan hafal maklumat seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi dan lain-lain.
Dimana mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai kementerian dan jabatan ni?
Korang boleh layari Portal Rasmi Kementerian atau jabatan atau institut yang terlibat.
Contoh Soalan Bonus dalam temuduga Polis
Kenapa awak mohon jawatan ni?
Contoh Soalan Temuduga Polis
Never ever jawab camni – ” Saya bukan mohon jawatan ni tuan, ayah yang isikan “. Kalau korang jawab camni, boleh ucap selamat tinggal kepada jawatan tersebut awal-awal lagi.
Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan. Atok tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.
Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan dan kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang penyandang jawatan yang berkaliber. – pesan atok
Contoh Soalan Wajib Dalam Temuduga Polis
Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak.
Contoh Soalan Temuduga Polis
Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah wajib di dalam mana-mana temuduga tidak kira untuk jawatan kerajaan mahupun swasta.
Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). Pesan atok
Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuai untuk jawatan tersebut. Cuma pastikan korang tak melalut. 2 – 3 minit minit adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu, penemuduga akan mula berasa bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.
Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan ini?
Contoh Soalan Temuduga Polis
Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan tersebut.
Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan ini?
Contoh Soalan Temuduga Polis
Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik korang untuk menunjukkan kebolehan.
Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan tersebut. Korang perlu kreatif dalam soal ini.
Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.
7 Soalan dan Jawapan Temuduga Polis
Antara soalan lazim temuduga Polis, merangkumi bidang-bidang berikut;
- Pengenalan diri
- Kelayakan dan pengalaman
- Info jawatan
- Temuduga dalam Bahasa Inggeris
- Penyelesaian masalah
- Kenegaraan
- Isu Semasa
Bidang Pengenalan diri
Soalan temuduga Polis berkenaan pengenalan diri berfungsi mengesan kelemahan dalam diri calon. Di samping, melihat sejauh mana kesediaan calon dalam aspek peribadi. Korang boleh menjawabnya menggunakan kaedah :
- kronologi
- kreatif
- retorik
Perhatikan contoh di bawah :
Sila terangkan mengenai diri awak.
Contoh Jawapan Temuduga Polis:
Nama saya Abu bin Bakar. No kad pengenalan, 808080-80-8080. Sejak dari sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi Polis yang akan berkhidmat kepada negara. Untuk mencapai matlamat ini, saya telah menyertai dan aktif dalam Kadet Polis di sekolah. Selain itu, saya juga menyiapkan diri dengan mengambil pengajian dalam bidang diploma keselamatan awam. InsyaAllah selepas ini, jika berpeluang saya, akan menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda pengurusan jenayah di UMT.
Saya berusaha bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan terbaik dalam bidang pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman 1 tahun bekerja dalam bidang keselamatan di sektor swasta dan terlibat dalam projek-projek berkaitan keselamatan awam. Saya yakin dan percaya, dengan gabungan kelayakan akademik dan pengalaman yang saya miliki, saya mampu memikul tanggungjawab yang diberi.
Bidang Kelayakan dan pengalaman
Soalan temuduga berkenaan kelayakan dan pengalaman berperanan melihat sejauh mana kesungguhan, kreativiti dan daya usaha calon.
Korang akan diteliti dari segi kesesuaian dan kaitan pengalaman dengan tugas yang dipohon dan bagaimana pengalaman tersebut membantu calon menjalankan tugasan kelak.
Lihat contoh di bawah :
Oleh kerana awak baru saja habis pengajian, adakah awak mempunyai pengalaman kerja?
Contoh Jawapan Temuduga Polis:
Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk diam tanpa berusaha. Buat masa ini, saya menghabiskan masa membantu keluarga di restoran. Selain dapat mencari wang tambahan, saya boleh membantu keluarga menguruskan restoran.
Semasa bekerja, saya belajar bagaimana menguruskan pembelian barang-barang dapur, menguruskan akaun perniagaan, berkomunikasi dengan pelanggan. Saya juga menimba ilmu bagaimana berhubung dengan pelanggan agar mereka lebih kerap datang dan melipatgandakan keuntungan restoran kami.
Bidang Info jawatan
Soalan temuduga berkenaan info jawatan. Di sini korang akan dilihat adakah korang mengambil tahu jabatan atau kementerian yang bakal korang ditugaskan kelak. Ini menjadi kunci kepada panel untuk melihat minat sebenar korang.
Jadi ambil tahu sebanyak mungkin mengenai bidang tugas yang korang mohon. Soalan boleh berkisar mengenai misi, visi, bidang tugas, indeks KPI dan lain-lain. Hal ini sudah atok bincangkan di atas.
Temuduga dalam Bahasa Inggeris
Sekiranya panel penemuduga bertanya dalam bahasa Melayu, jawab dengan bahasa Melayu yang amat bagus. Tapi jika panel soal dalam bahasa Inggeris, jangan ternganga. Jawab dengan dalam bahasa Inggeris yang amat baik. Ingat tu!
Teliti contoh berikut :
What do you learn from your practical training?
Contoh Jawapan Temuduga Polis:
I gained a lot of new knowledge anda also practice the knowledge that I have dduring my study before this. I feel very happy because i can observe how the system and also the work are implemented. Therefore it is a best time for me to know about my field more deeply.
Bidang Penyelesaian masalah
Soalan temuduga berkaitan penyelesaian masalah juga sering diajukan. Mana tahu korang ‘terkena’ soalan jenis ini. Korang boleh ambil tips bagaimana menjawab temuduga Polis di bawah.
Analisa contoh ini:
Apakah yang awak dapat sumbangkan untuk mewujudkan situasi bekerja yang positif dalam pasukan sekiranya awak diterima?
Contoh Jawapan Temuduga Polis:
Bagi menjadikan sesuatu pasukan itu bekerja dengan gembira, setiap anggotanya perlulah mempunyai bebanan kerja seimbang. Ini akan mewujudkan rasa keadilan di samping rasa diri masing-masing adalah penting kepada pasukan.
Oleh itu, saya berpendapat, pembahagian tugas kepada semua anggota dalam pasukan adalah penting berdasarkan kelemahan dan kekuatan setiap anggota. Hal ini dapat memberikan produktiviti yang tinggi dan menjadikan situasi kerja lebih baik dari sebelumnya.
Bidang Kenegaraan
Soalan temuduga Polis jenis kenegaraan ini memang azab sikit. Lebih-lebih lagi bagi calon yang kurang memberi perhatian kepada soal-soal nasional.
Cuba ambil tahu apa kempen kerajaan yang sedang dijalankan sekiranya korang dipanggil ke temuduga.
Lihat contoh ini :
Boleh terangkan secara ringkas dan padat apa itu konsep Malaysia Madani?
Contoh Jawapan Temuduga Polis
Malaysia Madani atau SCRIPT dalam bahasa Inggerisnya ialah satu dasar kepemimpinan negara yang diusulkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Anwar Ibrahim yang dilancarkan pada Januari 2023.
Secara amnya, Malaysia Madani berfokuskan kepada keharmonian masyarakat majmuk, pembangunan mampan dan tadbir urus baik. Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan (Sustainability, Care & Compassion, Respect, Innovation, Prosperity dan Trust).
Bidang Isu Semasa
Soalan temuduga jenis ini memang lazim sekali diajukan. Pasti korang sering mendengar cadangan agar membaca akhbar bercetak / akhbar online daripada rakan atau saudara mara apabila korang beritahu mereka yang korang dipanggil ke temuduga Polis.
Soalannya boleh jadi apa saja yang sedang menjadi trending semasa di dalam dan luar negara. Persiapkan diri. Di bawah hanya contoh sahaja.
Perhatikan contoh soalan berikut :
Apa pendapat awak mengenai kenaikan harga barang?
Contoh Jawapan Temuduga Polis
Pada pendapat saya, jika kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan harga barangan mentah dan minyak seperti di pasaran minyak global, saya boleh menerimanya.
Tapi sekiranya kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh pihak yang memonopoli pasaran seperti yang terjadi di musim perayaan dan musim kenaikan gaji. Hal ini adalah suatu yang tidak harus berlaku sama sekali. Pihak kerajaan perlu memantau kenaikan harga barang yang tidak sepatutnya berlaku ini.
Sediakan Resume Korang
Satu lagi yg juga tidak kurang pentingnya ialah penyediaan resume.
Korang sudah bersedia untuk menjawab soalan-soalan temuduga Polis. Itu bagus!
Tapi tahukah korang, semasa sesi temuduga itu berlangsung. Salah sorang panel sebenarnya sedang membaca dan memerhatikan dokumen penting diri korang yg disebut sebagai resume itu.
Dokumen ini wajib disediakan. Ia umpama surat jualan yg akan membantu memasarkan diri korang untuk jawatan yg sedang dipohon itu.
Tak tahu cara menyediakan resume yg betul? Korang baca contoh resume – cara menulis resume yg power.
Kesimpulan
Jadi itulah dia 7 contoh Soalan dan 7 contoh jawapan temuduga polis yang boleh atok cadangkan kepada korang. Soalan temuduga Polis ini boleh jadi pelbagai ragam dan aneka. Tapi kebiasaannya, skop dan bidang soalan itu tidak lari jauh daripada apa yang atok bincangkan di atas.
Sebagai peringatan: contoh soalan temuduga Polis yang atok beri di atas hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.
Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan di bawah.
Rujukan & Contoh Soalan Temuduga
Setakat ini, memang belum ada rujukan temuduga yg khusus utk jawatan di bawah PDRM. Apa yg terbaik boleh atok syorkan ialah rujukan di bawah.
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Polis).
Selain itu,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.
Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
1) Korang jadi insan mulia
Untuk pengetahuan korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga Polis ini akan atok salurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga kerajaan, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga Polis ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main PUBG
Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan temuduga Polis ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan contoh skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga polis. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga Polis.
5) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang gorang la kan..
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan temuduga Polis ni murah giler. Cuma RM40. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40? Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Tok, agak-agak sempat ke pos buku ni?
Ianya bukan buku, tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muatturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam (kalau korang bayar menggunakan blillpliz / online banking).
Jadi tak perlu lagi tunggu J&T datang ke rumah. Cara ni lebih cepat untuk korang mula berlatih temuduga di rumah! Lagi pun, tarikh iv tu dah makin hampir.
Korang patut miliki segera rujukan ini kerana ia sesuai digunakan semasa temuduga polis. Lagi pun, ia cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga kerja di sektor awam.
Rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Polis. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga di sektor awam.
Rujukan Lain
Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam tempoh terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam pula sambil cuma berdoa lulus sahaja. Doa, doa juga tapi jangan lupa berusaha! Jadi usaha sikit dengan membaca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.
Lagi satu, perkongsian contoh soalan temuduga Polis ni untuk korang yang minat kerja dengan kerajaan saja.
Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab prospek kerjaya yang lebih menjanjikan), korang bleh baca cara memohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.
Sebelum korang jalan berlenggang kangkong, kangkong masak belachan ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.
Korang baru siap duduk temuduga minggu lepas? Tgh tunggu keputusan lulus ke gagal? Atok ada kongsikan beberapa tanda lulus temuduga kerajaan.
Penutup
Sebelum tu, korang yg terpilih ke sesi iv Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29. Tahniah diucapkan. Korang memang de best. Siapkan diri awal-awal, baca soalan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 ni sekarang!
Sementara itu, bagi korang yang akan menduduki psikometrik bagi jawatan-jawatan lain, korang jangan sekali-kali duduk selagi belum baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.
Juga untuk yang dipanggil ke exam online Penolong Pegawai Pembangunan, korang hadam dahulu contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29. Mustahak ni.
Lastly, yang kena hadir temuduga Penolong Pegawai Penilaian di JPPH. Atok hadiahkan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilaian W29 ni. Buat bekal.
Lagi beberapa hari SPA akan jalankan peperiksaan PPT N29 untuk penempatan di KKM. Jadi, Atok da coretkan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir (Pengurusan Stor).
OK, ni btl2 last. Artikel ini akan membantu korang membuat semakan keputusan temuduga SPA secara online. Selain itu, adab dan tips menduduki temuduga juga disentuh..
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Atok pon da nak chaw ni. Salam semua.