Cara Membayar Hutang Dengan Cepat Menurut Islam

Sebelum kita melihat cara bayar hutang dengan cepat menurut islam, korang perlu mengetahui dahulu apa definisi hutang menurut islam. Hutang menurut islam ialah penyerahan sesuatu barang daripada pemiutang kepada penghutang secara pinjaman. Penjelasan lanjut ada diterangkan di bawah. Jadi jom kita lihat cara membayar hutang dengan cepat menurut islam.

Cara Membayar Hutang Dengan Cepat Menurut Islam

Pada zaman kini, ramai anak-anak muda mahupun golongan berusia yang meminjam wang daripada rakan, keluarga mahupun orang luar.

Namun begitu, pinjaman yang begitu banyak dan berlebihan daripada kadar kemampuan menyebabkan seseorang itu tidak mampu membayarnya semula dan secara tidak langsung pinjaman berikut telah menjadi hutang kepada si pemberi.

Walaupun di dalam Islam hutang piutang itu dibenarkan, bahkan pinjaman kepada mereka yang memerlukan juga di benarkan dan memberi pahala kepada si pemberi, namun ianya lebih baik dibayar semula setelah meminjamnya.

Pada hakikatnya, ramai di antara kita yang sudah meminjam tetapi tidak mampu untuk mengembalikannya semula. Walau bagaimanapun, membayar hutang adalah salah satu kewajipan bagi mereka yang sudah meminjam.

Definisi hutang

Hutang atau al-qard merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang (si pemberi hutang) kepada penghutang (orang yang berhutang) dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemiutang tanpa sebarang penambahan.

Hutang dalam islam

Hukum memberi hutang adalah sunat. Ia sangat digalakkan kerana orang yang memberi hutang akan mendapat ganjaran yang istimewa di sisi Allah SWT. Memberi hutang merupakan satu amalan yang mulia, andai tujuannya untuk membantu meringankan beban orang yang dalam kesusahan dan kesempitan hidup. Bukan dengan tujuan mengambil kesempatan atau faedah atau keuntungan daripada orang-orang yang berhutang.

Hukum berhutang pula adalah harus. Tapi harus diingat, hukum berhutang berubah mengikut keadaan. Jika seseorang itu benar-benar kesempitan, kesuntukan masa dan memerlukan wang untuk membiayai keluarganya, maka wajib untuk dia berhutang.

Tanggungajwab Penghutang

Orang yang berhutang hendaklah memahami bahawa:

  1. Hutang adalah amanah yang wajib dijelaskan.
  2. Berhutang dengan niat yang baik.
  3. Membayar hutang dengan cara baik.

Balasan orang yang tidak mahu bayar hutang

Ada enam ancaman terhadap orang yang tidak mahu melunaskan hutang-hutangnya, berikut disenaraikan:

  1. Mati dalam keadaan berhutang, pahala kebaikannya menjadi ganti.
  2. Urusan orang yang berhutang akan kekal tergantung.
  3. Orang yang berniat untuk tidak mahu melunaskan hutang akan dihukum sebagai pencuri.
  4. Orang yang berkemampuan tetapi melengahkan pembayaran hutang dianggap sebagai zalim.
  5. Dosa hutang tidak akan terampun walaupun mati syahid.
  6. Orang yang berhutang tergolong sebagai pendusta.

Kesimpulannya, bayarlah hutang!

Setelah mengetahui definisi hutang, tanggungjawab penghutang dan balasan orang berhutang yang culas di atas. Jom kita lihat pula cara membayar hutang dengan cepat seperti yang dijelaskan di bawah..

Niat

Dalam proses membayar hutang dengan cepat, perkara utama yang perlu dilakukan dan wajib dilaksanakan oleh semua penerima pinjaman adalah niat.

Kenapa niat dikatakan penting adalah kerana, apabila korang memiliki niat hendak membayar hutang yang dimiliki nescaya segala perkara yang korang lakukan akan dipermudahkan dengan lancar.

Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan niat yang dimiliki, Allah akan dapat melihat segala kesungguhan korang dan kerana itu segala masalah korang akan dipermudahkan.

Jika korang tidak ada niat untuk membayar hutang, korang akan memberi seribu alasan untuk menangguh pembayaran hutang.

Oleh itu, ini merupakan langkah pertama dalam cara membayar hutang dengan cepat menurut islam.

Amalkan doa bayar hutang

Seterusnya ialah berdoa. Allah Maha Pemurah lagi Maha Kaya. Jadi jangan bimbang. Minta sahaja. Tiada apa yg mustahil buat Allah SWT.

Sebaiknya mintalah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ada tiga doa bayar hutang di bawah. Korang pilih mana satu yang mudah untuk korang hafal.

Baca tiap kali lepas solat dan baca setiap kali korang susah hati apabila terfikir hutang yg bertimbun tu.

1) Pertama, doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Ali bin Abi Thalib RA.

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Allahummak fini bi halalika ‘an haramika wa aghnini bifadhlika ‘aman siwaka.

“Ya Allah! Cukupilah daku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Perkayakanlah daku dengan kurniaMu (hingga daku tidak minta) kepada selainMu.” (HR Tirmidzi)

2) Kedua, doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Muadz bin Jabal RA. Usai mendawamkan doa ini, Allah SWT memenuhi hutang yang dimiliki Muadz.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Allahumma inni audzubika minal hammi wal hazani wa ‘audzubika minal ‘ajzi wal kasali wa audzubika minal jubni wal bukhli wa audzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijali.

“Ya Allah, daku berlindung kepada-Mu dari kekhuatiran dan kesedihan dan daku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan dan daku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, dan daku berlindung kepada-Mu dari keutamaan agama dan menaklukkan orang-orang berkata, Saya dapat melakukannya, Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia, dan telah melunasi hutangku kepadaku.” (HR Dawud).

3) Ketiga, doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Abu Umamah RA.

اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء وتعز من تشاء وتذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شيء قدير رحمن الدنيا والآخرة ورحيمهما تعطيهما من تشاء وتمنع منهما من تشاء ارحمني رحمة تغنيني بها عن رحمة من سواك

Allahumma Malikal mulki tu’til mulka man tasya’ wa tanzi’ul mulka mimman tasya’ wa tu’izzu man tasya’ wa tudzillu man tasya’ biyadikal khair, innaka ‘ala kulli syain qadir, Rahmanad Dunya wal Akhirati wa Rahimuha tu’thihuma man tasya’ wa tamna’u man tasya irhamni rahmatan tughnini biha ‘an rahmati man siwaka.

“Ya Allah, Engkau pemilik kerajaan. Hargai siapa pun yang Kau kehendaki dan hina siapa pun yang Kau kehendaki, di tangan-Mu kebaikan , kerana Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang Maha Penyayang di dunia dan di akhirat, dan Yang Maha Penyayang di antara mereka. Engkau memberikannya kepada siapa pun yang Engkau kehendaki dan mencegahnya dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Kasihanilah daku dengan rahmat yang cukup kepada ku, Tak ada yang dapat memberi rahmat selain Engkau ya Allah.” (HR At Thabrani)

Amalkan dengan istiqomah doa-doa bayar hutang ini. Kerana ini adalah cara bayar hutang dengan cepat yang ramai abaikan!

Hidup Sederhana

Cara membayar hutang yang sudah lama seterusnya ialah memerlukan korang mengubah sedikit gaya hidup. Bagi korang yang berhutang, apa lagi hutang lama. Korang perlu dan digalakkan menjalani kehidupan yang sederhana.

Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila korang ingin menjalani hidup yang mewah, korang akan menangguh setiap pembayaran hutang dan sekaligus ianya cenderung untuk terbelit riba.

Oleh itu, korang hendaklah menjalani kehidupan yang sesuai dengan kemudahan dan kemampuan yang korang miliki.

Tidak ada gunanya untuk korang jalani hidup yang mewah jika korang perlu menanggung hutang yang terlalu banyak.

Justeru, hidup sederhana merupakan antara cara membayar hutang dengan cepat menurut islam.

Jual harta benda yang berharga

Walaupun agak berat bagi seseorang untuk menjual harta benda yang berharga yang pernah dimiliki, namun demi melunaskan hutang dengan kadar segera, korang harus juga menggadai atau menjual harta benda yang berharga.

Walaupun korang akan berasa rugi menggadaikan harta benda yang berharga yang dimiliki, namun apabila korang berjaya melunaskan hutang hasil jualan harta benda yang dimilik, nescaya hidup korang akan lebih tenang dan tidak terbeban dengan hutang.

Oleh kerana itu, menjual harta benda yang berharga dapat membantu korang membayar hutang dengan cepat.

Segerakan bayaran hutang

Jika korang tahu korang memiliki hutang yang perlu di jelaskan, korang hendaklah membayarnya dengan kadar segera untuk mengelakkan hutang menjadi tertangguh dan menjadi lebih banyak.

Sekiranya sudah memiliki sedikit kemampuan, korang haruslah membayar segala hutang yang dimiliki kepada si pemberi pinjaman.

Tambahan pula, Allah SWT sangat tidak menyukai golongan yang suka menunda-nunda pembayaran hutang kerana ianya wajib dibayar jika seseorang itu sudah memiliki kemampuan.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi cara membayar hutang dengan cepat menurut islam yang boleh korang gunakan dan amalkan jika korang terlibat dengan masalah hutang bertimbun.

Oleh itu, di atas ini telah dinyatakan beberapa cara membayar hutang dengan cepat menurut islam.

Harus diingat, terdapat hadith yang menegaskan bahawa barang siapa yang memiliki hutang selama hidup haruslah melunasi hutang mereka, kerana hal tersebut akan menjadi salah satu kunci utama kemudahan kita ketika berada di kehidupan akhirat.

Hidup merdeka tanpa hutang

Siapa yang tidak mahu kan? Hati senang, hidup pun tenang.

Adakah korang nak tahu:

A) 10 prinsip & perkara penting yang perlu diLakukan untuk melangsaikan semua hutang di dalam hidup korang!

B) 3 Langkah yang boleh korang lakukan untuk mengurangkan dan melunaskan hutang korang satu demi satu dengan lebih pantas.

C) 3 Langkah efektif yang perlu korang lakukan apabila menghadapi kesulitan dan gagal membayar hutang korang

D) 3 Perangkap nafsu & kehendak yang perlu korang elakkan dari terjebak dengan masalah hutang.

E) Dan apakah amalan harian serta doa yang mampu membantu melepaskan diri korang daripada hutang serta tekanan hidup akibat hutang.

Kalau nak tahu, atok cadangkan korang baca panduan di bawah:

Panduan bebas hutang dengan cepat

Rujukan Lain

Baca beberapa tips simpan duit kahwin dalam masa setahun yang boleh korang amalkan sebelum tarikh mendirikan rumah tangga korang tiba..

Bagi korang yang bekerja dalam sektor kerajaan pasti ingin mengetahui tarikh-tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2023. Jom lihat di sini..

Bagi korang yang belum mengetahui ataupun sudah lupa mengenai keunikan bendera Malaysia. Jom ketahui maksud warna bendera Malaysia..

Kalendar cuti sekolah dan cuti umum 2023 ini adalah untuk memudahkan masyarakat merancang perjalanan dan perbelanjaan yg terlibat. Moga bermanfaat!

Ramai anak muda yg jarang ikut solat jenazah. Jadi, bagi yg nak belajar tu, atok kongsikan di sini cara dan cara solat jenazah ringkas.

Bimbang rekod kewangan telah disenaraihitam oleh pihak bank? Sini atok bincangkan seringkasnya bagaimana cara semak blacklist bank negara..

Antara universiti awam atau universiti swasta, mana satu pilihan korang? Oleh itu, jom kita lihat senarai IPTA di Malaysia..

Perkongsian cara download slip gaji kerajaan melalui tiga kaedah iaitu: penyata gaji bulanan, penyata gaji tahunan dan penyata gaji untuk pinjaman..

Apakah makanan orang berpantang lepas bersalin? Oleh itu, mari kita lihat beberapa makanan orang berpantang selepas bersalin czer..

Leave a Comment

error: Content is protected !!