Cara Download Slip Gaji Kerajaan

E-Penyata Gaji Dan Laporan ANM adalah sistem online yang dibangunkan oleh JANM atau Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sistem ini adalah berfungsi sebagai akses utama kepada penjawat awam di peringkat persekutuan untuk menyemak, mengakses dan mencetak slip gaji kerajaan dengan senang dan cepat. Di sini atok kongsikan cara-cara download slip gaji kerajaan yg paling mudah. Ada tiga cara, iaitu download penyata gaji bulanan, download penyata gaji tahunan dan download penyata gaji untuk pinjaman.

Cara Download Slip Gaji Kerajaan

Selain itu, didapati juga pelbagai masalah timbul semasa kakitangan kerajaan menggunakan kemudahan E-Penyata Gaji Dan Laporan ini. Dalam post ini juga turut dikongsikan soalan lazim Sistem E-Penyata Gaji Dan Laporan yang sering ditemui para pengguna dan cara penyelesaiannya.

Cara Download Slip Gaji Kerajaan Melalui Sistem E-Penyata Gaji Dan Laporan

Sesudah berjaya Log In atau Daftar Masuk, korang klik pada submenu ”Sendiri” untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.

Untuk download Penyata Gaji Bulanan:

  • Klik pada submenu “Sendiri” di bawah menu “Penyata Gaji
  • Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”.
  • Jadual Penyata Gaji akan dipaparkan sekiranya penyata gaji bagi bulan dan tahun yang dinyatakan dalam pilihan carian sudah dimuat naik dalam sistem.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji.
  • Kemudian korang boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer.

Untuk download Penyata Pendapatan Tahunan:

  • Klik pada submenu ”Sendiri” di bawah menu ”Penyata Pendapatan Tahunan”.
  • Jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekirnya penyata pendapatan gaji tahunan sudah dimuat naik dalam sistem.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan.
  • Kemudian korang boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer.

Cara Download Slip Gaji Kerajaan Untuk Pinjaman / Loan

Sekiranya korang bercadang untuk memohon pinjaman di mana-mana badan atau institusi kewangan, first sekali memang korang akan diminta slip gaji 3 bulan la. Jadi, berikut adalah cara untuk download slip gaji bagi tujuan pinjaman.

  • Klik pada submenu “Penyata Gaji” di bawah menu “Penyata Untuk Pinjaman”.
  • Skrin pengesahan untuk masuk ke “Penyata Untuk Pinjaman” akan dipaparkan untuk memastikan korang memang ingin memuat turun penyata untuk pinjaman.
  • Klik pada butang “YA” akan membawa korang ke skrin “Penyata Untuk Pinjaman”
  • Pilih Nombor Gaji supaya penyata 3 bulan yang terkini akan dipaparkan di dalam jadual Penyata Gaji.
  • Kilk pada pautan “Menjana”.
  • Klik butang “OK” akan menjana penyata untuk pinjaman untuk bulan tersebut.

Tiga Keadaan Berkaitan Penyata Untuk Pinjaman

Terdapat tiga keadaan yg sering berlaku bagi penyata untuk pinjaman dan apakah tindakan yg perlu diambil.

Keadaan 1: Penyata gaji dijanakan dan masih sah

Tindakan: Untuk kes ini, korang boleh memuat turun penyata gaji tersebut dan bawa ke institusi kewangan sebagai rujukan.

Keadaan 2: Penyata gaji dijanakan tetapi tempoh sudah tamat

Tindakan: Untuk kes ini, korang perlu menjana penyata gaji untuk pinjaman lagi sebelum memuat turun penyata gaji yang sah untuk rujukan. Penyata gaji yang dimuat turun sebelum ini sudah tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi.

Keadaan 3: Sistem mempunyai versi penyata gaji yang baru selepas penyata gaji untuk pinjaman dijanakan.

Tindakan: korang perlu menjana penyata gaji untuk pinjaman dan memuat turun penyata gaji tersebut.

Senarai Soalan Lazim Sistem E-Penyata Gaji Dan Laporan

Siapa pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan terdiri daipada PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya TIDAK TERMASUK kerajaan negeri, badan berkanun, agensi berkanun dan tentera.

Tatacara penggunaan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan boleh diakses di lama web Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan berikut:

Tatacara Penggunaan Sistem

Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan No. Kad Pengenalan dalam Penyata Gaji kerana berbeza dengan No. Kad Pengenalan asal?

Korang dinasihatkan supaya menghubungi pegawai/kakitangan Unit Gaji/Pentadbiran korang supaya mengemaskini maklumat No.Kad Pengenalan korang yang sebenar. Kegagalan pengemaskinian ini akan menjejaskan capaian korang kepada ePenyata Gaji masing-masing.

Bagi tujuan ini;

i.  Pengemaskinian ini turut perlu dilakukan di HRMIS oleh anggota sendiri.
ii. Pengemaskinian oleh Unit Gaji/Pentadbiran PDRM HQ,  anggota PERLU mengemukakan salinan kad pengenalan masing-masing.

Maklumat di Sistem ePenyata Gaji hanya akan dipinda sesudah proses pembayaran gaji bulan berikutnya dan tindakan perkara (i) diambil oleh korang.

Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan ke atas maklumat yang salah dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan? Contoh pembetulan maklumat: Nama penuh seperti dalam kad pengenalan, Potongan gaji, Jantina dan Tuntutan elaun.

a. Maklumat dalam Penyata Gaji yang dimuat naik ke dalam Sistem ePenyata Gaji & Laporan adalah berdasarkan maklumat yang dikemaskini di dalam sistem gaji di pejabat perakaunan tuan/puan.

b. Korang dikehendaki menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat bertugas untuk sebarang pembetulan atau pindaan maklumat dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan.

c. Unit ePayslip TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AUTHORITY / KUASA dalam apa jua pindaan atau penambahan maklumat di dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan.

Semasa mengakses Sistem ePenyata Gaji dan Laporan, korang mendapati masalah Penyata Gaji korang tidak wujud. Kenapa masalah ini berlaku?

Penyata gaji bulanan diproses sesudah Unit ePayslip mendapat maklumat gaji dari Pejabat Perakaunan. Penyata gaji tersebut akan dimuat naik sebaik sahaja pemprosesan berkaitan selesai.

Ianya boleh dicapai selewat-lewatnya sehari sebelum gaji kakitangan awam bulan berkenaan.

Sila layari Jadual Gaji 2023 ini untuk mendapatkan maklumat tarikh pembayaran gaji bagi tahun semasa.

Bagaimana untuk memperolehi Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan yang lama iaitu sebelum tahun 2010?

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan digunakan secara rasmi oleh penjawat awam mulai bulan Oktober tahun 2010. Sistem ini dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu.

Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan yang dikeluarkan pada tahun-tahun SEBELUM Oktober 2010 adalah secara manual (hardcopy). Hanya SATU penyata sahaja yang dikeluarkan kepada setiap individu/penjawat awam. Tiada salinan simpanan yang disimpan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara. Tanggungjawab menyimpan dan melupus penyata tersebut adalah di bawah tanggungjawab individu sendiri.

Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terlupa Kata Laluan atau menghadapi masalah No. Akaun tidak wujud?

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

a. Pihak tuan/puan dinasihatkan mencuba sekali lagi dengan menggunakan link Lupa Kata Laluan dan mengikuti arahan seterusnya dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Gaji;

b. Seterusnya, sila klik Reset Kata Laluan dan masukkan CAPTCHA. Kata Laluan Sementara akan dihantar melalui sms/emel yang sudah didaftarkan.

c.Pastikan korang mendaftar masuk dengan Kata Laluan Sementara dalam tempoh tiga puluh (30) minit, dan seterusnya menukar Kata Laluan Sementara dengan Kata Laluan Baharu mengikut kriteria yang sudah ditetapkan iaitu:

  • Patuh 8-12 character
  • Mengandungi sekurangnya 1 huruf besar
  • Mengandungi sekurangnya 1 huruf kecil
  • Mengandungi sekurangnya 1 nombor
  • Mengandungi sekurangnya 1 aksara khas

Berapa lama tempoh Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan disimpan di dalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:

a. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
b. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan mengikut tempoh yg dinyatakan di atas.

Apakah yang perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah selepas login?

Korang yang menggunakan Internet Explorer versi 6 sehingga versi 9 yang menghadapi masalah paparan ePenyata Gaji atau eLaporan masing-masing, sila kemaskini (updates) perisian Microsoft Security mengikut versi browser Internet Explorer yang digunakan, sebagaimana yang disarankan oleh Microsoft Security Network (MSN).

Korang juga digalakkan agar sentiasa membuat Clear Browsing Data / History browser yang digunakan pada komputer masing-masing agar tidak mengganggu capaian pengguna ke Internet. Sebarang masalah berkaitan updates perisian Microsoft Security dan Clear Browsing Data / History, korang perlu merujuk kepada Juruteknik atau Pegawai IT di tempat korang bertugas.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat NO. GAJI bagi tujuan pendaftaran?

Pihak tuan/puan dipohon menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat pihak tuan/puan bertugas.

Bagaimana untuk mengakses Sistem ePenyata Gaji dan Laporan melalui aplikasi smartphone?

Sekiranya korang menggunakan telefon pintar, dimaklumkan bahawa bagi mengakses dokumen penyata gaji adalah bergantung kepada aplikasi telefon korang. Sekiranya aplikasi telefon korang tidak menyokong untuk membaca format PDF, korang akan gagal mendapatkan penyata gaji korang. Oleh itu sila pasang aplikasi pdf reader didalam telefon pintar terlebih dahulu.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mendapat sms/emel yang memberitahu Perkara: Reset Kata Laluan di Sistem ePenyata Gaji & eLaporan dengan disertakan kata laluan untuk memasuki sistem?

Ini bermakna korang sudah mengetik Lupa Kata Laluan dan sistem sudah menghantar kata laluan sementara melalui emel atau/dan sms kepada alamat atau/dan no telefon yang didaftarkan didalam sistem.

Sekiranya korang sudah mendaftarkan emel dan no telefon korang yang sah didalam sistem dan sebenarnya korang tidak pernah pun mengetik Lupa Kata Laluan, sila abaikan sms/emel yang diterima. Jangan risau, korang masih boleh memasuki sistem menggunakan kata laluan sedia ada.

Apakah maklumat yang perlu disertakan semasa mengemukakan masalah/aduan?

Korang dikehendaki menyertakan maklumat berikut untuk tujuan semakan:

a. NO.Kad Pengenalan;
b. NO. GAJI;
c. NO. KOD PEJABAT PERAKAUNAN; dan
d .NO.KOD PUSAT PEMBAYAR.

Maklumat tersebut boleh diperolehi daripada Unit Gaji tempat korang bertugas.

Bagaimanakan cara untuk menghubungi pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan sekiranya terdapat masalah/aduan?

Korang dikehendaki mengemukakan masalah/aduan tersebut kepada Unit ePayslip dialamat emel: epayslip@anm.gov.my

Bolehkah suami/isteri/rakan/saudara mendaftar/mendaftar semula sebagai pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan bagi mewakili saya?

Berdasarkan polisi keselamatan pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan tidak akan memberi maklum balas kepada pengadu yang bukan pengguna berkenaan. Oleh demikian, bagi pengguna yang ingin mendaftar pertama kali/daftar semula atau menghadapi masalah terhadap ePenyata, dipohon pengguna membuat aduan sendiri kepada ePenyata melalui portal utama Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan Aduan Dan Maklumbalas atau emel kepada alamat epayslip@anm.gov.my menggunakan emel rasmi/peribadi masing-masing.

Bagaimana cara untuk mendaftar kali pertama sebagai pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Sila klik “Pertama Kali Mendaftar” di Sistem ePenyata Gaji & Laporan.

Sebelum mendaftar, pastikan pihak tuan/puan mempunyai maklumat seperti berikut:

a. No. Kad Pengenalan (seperti tertera dalam kad pengenalan)
b. No. Gaji
c. Alamat emel yang sah dan betul (Mohon menggunakan emel jabatan bagi tujuan berurusan dengan unit ePayslip supaya maklumbalas daripada pihak ePayslip tidak disalahguna oleh pihak ketiga).

Bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pertama kali mendaftar, sila gunakan No. Gaji baharu. Contoh seperti berikut:

Contoh No.Gaji BAHARU yang dimaksudkan:

No.Gaji PDRM : 00123456 (8 digit)
No.Gaji BARU : 80123456 (8 digit – Batalkan digit ‘0’ yang pertama daripada No.Gaji PDRM dan diGANTIkan dengan digit ‘8’

Saya ingin mendapatkan penyata gaji saya yang lama namun tidak terdapat didalam sistem. Apakah yang membolehkan saya mendapatkannya semula?

Sistem hanya menyimpan maklumat penyata gaji bulanan bagi tempoh 18 bulan terakhir manakala maklumat Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun terakhir. Sistem akan mengeluarkan maklumat yang melebihi dari tempoh tersebut secara otomatik.

Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memuat turun penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan ke dalam hardisk atau pendrive tuan/puan sebelum ia dikeluarkan dari sistem.

Sila dapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata tahunan pendapatan yang melebihi tempoh yang dinyatakan di atas daripada Pejabat yang membayar gaji dimana tuan/puan berkhidmat ketika itu.

Saya sudah membuat reset katalaluan, namun tiada maklum balas yang diterima melalui emel atau sms. Apakah yang perlu saya lakukan?

Maklum balas tidak diterima kemungkinan disebabkan oleh perkara-perkara berikut iaitu

a. Maklumat nombor telefon atau emel tidak dimasukkan kedalam sistem semasa tuan/puan membuat pendaftaran kali pertama; atau
b. Maklumat nombor telefon atau emel yang didaftarkan didalam sistem tidak lagi sah atau bukan kepunyaan tuan/puan menyebabkan maklum balas tidak sampai kepada tuan/puan.

Tuan/puan perlu melaporkan perkara ini kepada epayslip@anm.gov.my bagi membolehkan tuan/puan mendaftar semula dalam sistem.

Bagaimana cara untuk mendapatkan salinan e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod untuk tujuan pinjaman?

  1. Klik pada submenu “Penyata Gaji” di bawah menu “Penyata Untuk Pinjaman”.
  2. Skrin pengesahan untuk masuk ke “Penyata Untuk Pinjaman” akan dipaparkan untuk memastikan korang ingin memuat turun penyata untuk pinjaman.
  3. Klik pada butang “YA” akan membawa korang ke skrin “Penyata Untuk Pinjaman” manakala klik pada butang “TIDAK” akan menghantar korang balik kepada skrin sebelum tekan ke menu “Penyata Untuk Pinjaman”.
  4. Pilih No. Gaji supaya penyata 3 bulan yang terkini akan dipaparkan di dalam jadual Penyata Gaji.
  5. Klik butang “OK” akan menjana penyata untuk pinjaman untuk bulan tersebut.
  6. Seperti yang disebutkan di dalam skrin, korang perlu memuat turun penyata untuk pinjaman tersebut dan membawa ke institusi kewangan seperti (LPPSA, bank, koperasi) untuk rujukan sebelum Tarikh Luput.

Tatacara untuk muat turun e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod boleh didapati pada pautan berikut : Tatacara Penggunaan Sistem eSPGL pada muka surat 10.

Bagaimana untuk mengesahkan e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod tersebut masih sah / sudah tamat tempoh?

Maklumat e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod boleh disemak melalui pilihan berikut:

1) Bahagian(column) Sah Sehingga apabila korang sudah menjana e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod di bawah menu “Penyata Untuk Pinjaman”; atau
2) Melalui pautan Payslip Verification (korang perlu memasukkan maklumat No. Kad Pengenalan / No. Pasport, No. Gaji, QR kod & Captcha kod dan klik butang “Verify”).

Bagaimana sekiranya e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod sudah tamat tempoh?

Korang perlu menjana semula penyata gaji untuk pinjaman kerana penyata gaji yang dimuat turun tersebut tidak boleh digunakan lagi sebagai rujukan. Klik Menjana dan butang “OK” untuk menjana semula e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod yang baru.

Apakah pilihan telco yang ditawarkan di dalam sistem ePenyata Gaji & Laporan (eSPGL)?

Pilihan telco yang ditawarkan di dalam sistem ePenyata Gaji & Laporan (eSPGL) adalah :

  • Maxis
  • Digi
  • Celcom
  • UMobile
  • Tune Talk
  • XoX
  • Unifi Mobile (Berkuatkuasa pada 1 September 2022)

Saya tidak dapat menggunakan Aplikasi Mudah Alih ePayslip JANM versi 1.0.0. Apakah yang saya perlu lakukan?

Untuk makluman, Aplikasi Mudah Alih ePayslip JANM versi 1.0.0 sudah diberhentikan (berkuatkuasa 1 September 2022). Sila kemaskini aplikasi versi terkini seperti pautan dibawah.

Demikianlah perkongsian cara download slip gaji kerajaan melalui tiga kaedah iaitu: download penyata gaji bulanan, download penyata gaji tahunan dan download penyata gaji untuk pinjaman. Serta beberapa soalan lazim Sistem E-Penyata Gaji Dan Laporan yang sering ditemui dan cara penyelesaiannya. Diharap ada di antara masalah yg korang hadapi terjawab dalam post ni.

Rujukan Lain

Bakal menunaikan umrah tidak lama lagi? Di sini atok list-kan senarai barang umrah untuk wanita. Hanya yg paling asas dan mustahak saja..

Di sini atok kongsikan senarai cuti umum 2023 Sabah. Semoga perkongsian cuti umum Wilayah Sabah bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.

Ada rumah lelong murah berdekatan? Atau korang mmg dah lama berniat membeli rumah lelong? Jom kita lihat adakah berbaloi beli rumah lelong..

Korang tidak perlu berasa bimbang sekiranya masih tidak tahu bagaimana cara solat yang betul bagi wanita. Baca cara solat sempurna bagi wanita ni..

Korang perlu membuat semakan untuk mengetahui sama ada korang memiliki saman atau tidak. Jom check saman online PDRM di sini..

Apabila suami mula curang, sebagai seorang isteri pasti akan berasa cemburu dan marah. Mari baca cara bagaimana menangani suami curang..

Tgh solat, time tu la baru teringat keta dah kunci ke belum. Harap2 selipar aku tak diambil orang. Jom baca cara dapatkan khusyuk dalam solat..

Dalam artikel ini dikongsikan beberapa keperluan untuk memulakan penternakan kambing yg mesti korang tahu sebelum memulakan projek ternakan.

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!