Kalendar Cuti Umum 2023

Bulan berganti bulan, hari berganti hari, begitu juga tahun berganti tahun. Tidak terlepas juga untuk tahun ini di mana tahun 2022 bakal berakhir dan korang akan berjumpa dengan tahun yang baru iaitu tahun 2023. Kini pasti ramai yang ternanti-nanti akan kalendar cuti sekolah dan kalendar cuti umum 2023. Ini kerana setiap hujung tahun perkara yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang ramai adalah tarikh-tarikh cuti sekolah dan cuti umum bagi memudahkan masyarakat merancang perjalanan dan perbelanjaan yg terlibat.

Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2023

Untuk makluman, senarai cuti umum yang dikongsikan di sini adalah berdasarkan rujukan pelbagai sumber, seperti takwim persekolahan terkini KPM dan kalendar 2023. Tambahan pula, senarai cuti umum yang terdapat pada kalendar 2023 ini termasuk dengan empat belas negeri di Malaysia. Oleh itu, sebarang perubahan pada tarikh cuti akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Justeru, mari kita lihat serba sedikit senarai kalendar cuti sekolah dan kalendar cuti umum 2023.

Kalendar Cuti Sekolah Penggal 3, Sesi 2022 / 2023

Bagi sekolah-sekolah dalam kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), Cuti Penggal 3, Sesi Persekolahan 2022 / 2023 ialah seperti berikut:

Mula CutiAkhir CutiJumlah Hari
09 Disember 202231 Disember 202223 Hari

Manakala, bagi sekolah-sekolah dalam kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya), Cuti Penggal 3, Sesi Persekolahan 2022 / 2023 ialah seperti berikut:

Mula CutiAkhir CutiJumlah Hari
10 Disember 202231 Disember 202222 Hari

Kalendar Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2022 / 2023

Bagi sekolah-sekolah dalam kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), Cuti Akhir Persekolahan, Bagi Sesi Akademik 2022 / 2023 ialah seperti berikut:

Mula CutiAkhir CutiJumlah Hari
17 Febuari 202311 Mac 202323 Hari

Manakala, bagi sekolah-sekolah dalam kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya), Cuti Akhir Persekolahan, Bagi Sesi Akademik 2022 / 2023 ialah seperti berikut:

Mula CutiAkhir CutiJumlah Hari
18 Febuari 202312 Mac 202323 Hari

Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2023

Jadual hari kelepasan am negeri-negeri di seluruh Malaysia bagi tahun 2023 di bawah adalah berdasarkan Lampiran B yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kebinat, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2023

Kalendar Cuti Umum 2023 bagi bulan Januari

  • Tarikh: 1 Januari 2023 (ahad) – cuti sempena tahun baru bagi semua negeri kecuali (Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu)
  • 14 Januari 2023 (Sabtu) – cuti sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan (cuti bagi Negeri Sembilan sahaja)
  • 22 Januari 2023 (ahad) – cuti Tahun Baru Cina bagi semua negeri di Malaysia
  • 23 Januari 2023 (Isnin) – cuti Tahun Baru Cina hari kedua bagi semua negeri kecuali (Kelantan dan Terengganu)

Kalendar Cuti Umum 2023 bagi bulan Februari

  • Tarikh: 1 Februari 2023 (rabu) – cuti hari Wilayah Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
  • 5 Februari 2023 (ahad) – cuti Hari Thaipusam bagi negeri (Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
  • 18 Februari 2023 (Sabtu) – cuti sempena Israk Mikraj bagi negeri (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu)

Kalendar Cuti Umum 2023 bagi bulan Mac

  • Tarikh: 4 Mac 2023 (Sabtu) – cuti ulang tahun pertabalan Sultan Terengganu bagi negeri Terengganu sahaja.
  • 23 Mac 2023 (Khamis) – cuti awal Ramadan (Johor, Melaka dan Kedah) dan Hari Keputeraan Sultan Johor (bagi negeri Johor)

Kalendar Cuti Umum 2023 bagi bulan April

  • Tarikh: 7 April 2023 (Jumaat) – good Friday (Sabah dan Sarawak)
  • 8 April 2023 (Sabtu) – Hari Nuzul Al-Quran cuti bagi semua negeri kecuali (Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak)
  • 15 April 2023 (Sabtu) – Hari perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah bagi negeri Melaka
  • 22, 23 dan 24 April 2023 (Sabtu – Isnin) – cuti Hari Raya Aidilfitri bagi semua negeri kecuali (Kedah dan Johor pada 24 April)
  • 26 April 2023 (rabu) – Hari keputeraan sultan Terengganu bagi negeri Terengganu

Kalendar Cuti Umum 2023 bagi bulan Mei

  • Tarikh: 1 Mei 2023 (Isnin cuti hari pekerja) dan 4 Mei 2023 (Khamis cuti hari Wesak)- – bagi semua negeri
  • 17 Mei 2023 (Rabu) – cuti hari keputeraan Raja Perlis bagi negeri Perlis
  • 22 Mei 2023 (Isnin) – hari Hol Pahang bagi negeri Pahang
  • 30 – 31 Mei 2023 (Selasa – rabu) – Pesta Kaamatan bagi Wilayah Sabah dan Labuan.

Kalendar Cuti Umum 2023 bagi bulan Jun

  • Hari Gawai

Hari Gawai merupakan perayaan utama yang disambut di Wilayah Sarawak pada 1 Jun dan 2 Jun setiap tahun.

Tarikh : 1 Jun 2023
Hari : Khamis
Negeri yang terlibat : negeri Sarawak

Tarikh : 2 Jun 2023
Hari : Jumaat
Negeri yang terlibat : negeri Sarawak

  • Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah hari cuti bagi meraikan sambutan Hari Kelahiran Raja Malaysia.

Tarikh : 5 Jun 2023
Hari : Isnin
Negeri yang terlibat : Semua Negeri

  • Hari Keputeraan Sultan Kedah

Hari Ahad ketiga pada setiap bulan Jun merupakan cuti umum di Kedah bagi meraikan Hari Keputeraan Sultan Kedah. Sultan yang bertakhta pada hari ini ialah Sultan Mahmudd Sallehuddin al-Mu’azzam Shah I.

Tarikh : 18 Jun 2023
Hari : Ahad
Negeri yang terlibat : Negeri Kedah

  • Hari Raya Haji

Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha juga dipanggil Hari Raya Korban merupakan salah satu hari penting bagi Umat Islam yang disambut di seluruh dunia.

Tarikh : 29 Jun 2023
Hari : Khamis
Negeri yang terlibat : Semua Negeri

Tarikh : 30 Jun 2023
Hari : Jumaat
Negeri yang terlibat : Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu

Kalendar Cuti Umum 2023 bagi bulan Julai

  • Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown

Pulau Pinang mendapat penganugerahan Tapak Warisan Dunia sehingga kerajaan telah mengistiharkan 7 Julai sebagai Hari Warisan Dunia George Town. Hari tersebut ditetapkan untuk membolehkan rakyat dan pengunjung meraikan budaya, bangunan, warisan dan sejarah negeri tersebut.

Tarikh : 7 Julai 2023
Hari : Jumaat
Negeri yang terlibat : Pulau Pinang

  • Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang diraikan pada setiap hari Sabtu pada minggu kedua bulan Julai.

Tarikh : 8 Julai 2023
Hari : Sabtu
Negeri yang terlibat : Pulau Pinang

  • Awal Muharram

Awal Muharram juga dikenali sebagai Maal Hijrah disambut meraikan permulaan Tahun Baru Islam.

Tarikh : 19 Julai 2023
Hari : Rabu
Negeri yang terlibat : Semua Negeri

  • Hari Kemerdekaan Wilayah Sarawak

22 April merupakan hari pengisytiharan kemerdekaan Wilayah Sarawak dari kawalan British dan menyertai persekutuan Malaysia.

Tarikh : 22 Julai 2023
Hari : Sabtu
Negeri yang terlibat : Negeri Sarawak

  • Hari Keputeraan Sultan Pahang

Pahang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Hari Keputeraan Sultan Pahang ialah hari kelepasan am dan hari cuti di negeri Pahang.

Tarikh : 30 Julai 2023
Hari : Ahad
Negeri yang terlibat : Negeri Pahang

Kalendar Cuti Umum 2023 bagi bulan Ogos

  • Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor

Di negeri Johor, tarikh kemangkatan almarhum sultan merupakan hari cuti umum. Hari tersebut di rujuk sebagai Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

Tarikh : 23 Ogos 2023
Hari : Rabu
Negeri yang terlibat : Negeri Johor

  • Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka

Hari ulang tahun kelahiran gabenor Melaka terkini, Mohd Ali Rustam merupakan hari kelepasan umum bagi seluruh negeri Melaka.

Tarikh : 24 Ogos 2023
Hari : Khamis
Negeri yang terlibat : Negeri Melaka

  • Hari Kebangsaan

31 Ogos 1957 merupakan tarikh kemerdekaan tanah Melayu daripada penjajahan British, membentuk sebuah negara berdaulat yang kita kenali pada hari ini sebagai Malaysia. Sempena memperingati dan meraikan kebebasan dan kemerdekaan negara kita, tarikh 31 Ogos telah di iktiraf sebagai hari cuti umum kebangsaan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Tarikh : 31 Ogos 2023
Hari : Khamis
Negeri yang terlibat : Semua negeri

Kalendar Cuti Umum 2023 bagi bulan September

  • Hari Malaysia

Hari Malaysia adalah hari cuti yang disambut setiap 16 September bersempena penubuhan Persekutuan Malaysia.

Tarikh : 16 September 2023
Hari : Sabtu
Negeri yang terlibat : Semua Negeri

Tarikh : 17 September 2023
Hari : Ahad
Negeri yang terlibat : Kelantan dan Terengganu

  • Maulidur Rasul

Maulidur Rasul diperingati oleh umat Islam pada bulan Rabi ‘ul-Awwal, bulan ketiga di dalam kalendar Islam.

Tarikh : 28 September 2023
Hari : Khamis
Negeri yang terlibat : Semua Negeri

Kalendar Cuti Umum 2023 bagi bulan September

  • Hari jadi Yang di-Pertua Sabah

Wilayah Sabah meraikan Hari jadi Yang di-Pertua Sabah dan cuti umum pada hari Sabtu minggu pertama di bulan Oktober. Gabenor Wilayah Sabah dinamakan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam bahasa Melayu dan, beliau juga turut dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong negara Malaysia.

Tarikh : 7 Oktober 2023
Hari : Sabtu
Negeri yang terlibat : Sabah

  • Hari jadi Yang di-Pertua Sarawak

Di Wilayah Sarawak, Malaysia Timur, Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak diraikan dengan cuti umum.

Tarikh : 14 Oktober 2023
Hari : Sabtu
Negeri yang terlibat : Negeri Sarawak

Kalendar Cuti Umum 2023 bagi bulan November

  • Hari Keputeraan Sultan Perak

Di negeri Perak, hari Jumaat pertama di dalam bulan November merupakan Hari Keputeraan Yang Amat Mulia Sultan Perak dan telah diumumkan sebagai hari kelepasan am di peringkat negeri Perak.

Tarikh : 3 November 2023
Hari : Jumaat
Negeri yang terlibat : Negeri Perak

  • Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Negeri Kelantan meraikan Ulangtahun Keputeraan Sultan Kelantan pada 11 dan 12 November sebagai cuti umum di peringkat negeri. Sultan Kelantan yang terkini, Muhammad V sangat dikasihi oleh rakyat jelata, dan sambutan hari keputeraan baginda meriah dan penuh bersemangat.

Tarikh : 11 November 2023
Hari : Sabtu
Negeri yang terlibat : Negeri Kelantan

Tarikh : 12 November 2023
Hari : Ahad
Negeri yang terlibat : Negeri Kelantan

  • Hari Deepavali

Hari Deepavali merupakan perayaan bagi pengganut agama Hindu di seluruh dunia, dan ia merupakan cuti am rasmi di kebanyakan negara yang mempunyai penduduk Hindu, termasuk di negara kita Malaysia.

Tarikh : 12 November 2023
Hari : Ahad
Negeri yang terlibat : Semua Negeri kecuali Sarawak

Tarikh : 13 November 2023
Hari : Isnin
Negeri yang terlibat : Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Sarawak dan Terengganu

Kalendar Cuti Umum 2023 bagi bulan Disember

  • Hari Keputeraan Sultan Selangor

11 Disember 2023 merupakan Keputeraan Yang Amat Mulia Sultan Selangor dan telah diumumkan sebagai hari kelepasan am di peringkat negeri. Sultan Selangor terkini ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj merupakan Sultan Selangor ke-9 yang memerintah negeri Selangor sejak 22 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Tarikh : 11 Disember 2023
Hari : Isnin
Negeri yang terlibat : Negeri Selangor

  • Hari Krismas

Krismas adalah perayaan bagi penganut Kristian di seluruh dunia yang disambut pada 25 Disember setiap tahun. Ia merupakan cuti umum di negara kita.

Tarikh : 24 Disember 2023
Hari : Ahad
Negeri yang terlibat : Sabah

Tarikh : 25 Disember 2023
Hari : Isnin
Negeri yang terlibat : Semua Negeri

Justeru, ini adalah senarai kalendar cuti sekolah dan kalendar cuti umum 2023 untuk sepanjang tahun 2023. Selain daripada cuti umum yang melibatkan semua negeri, terdapat beberapa cuti tambahan bagi negeri-negeri tertentu sahaja mengikut tarikh-tarikh dan hari yang telah dinyatakan.

Kesimpulannya, Kalendar cuti sekolah dan kalendar cuti umum 2023 sering menjadi tumpuan atau perkara yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar dan para pekerja untuk melihat hari-hari cuti istirahat mereka daripada melakukan pekerjaan dan pembelajaran. Oleh itu, di atas ini merupakan serba sedikit senarai kalendar cuti sekolah dan cuti umum bagi tahun 2023 yang boleh korang lihat.

Rujukan Lain

Batuk tak hilang lagi? Atok kongsikan serba sedikit tentang petua hilangkan batuk berkahak dan gatal tekak yang boleh korang cuba di rumah..

Barangan sekolah baru boleh menceriakan mood & perasaan anak-anak. Di sini atok list-kan senarai keperluan barang sekolah rendah yang perlu dibeli..

Oleh kerana cili-cili kering yg dijual di kedai memiliki rupa yg sama. Jadi, di sini atok bincangkan tips cara pilih cili kering tak pedas..

Kemerosotan ekonomi dijangka berlaku pada tahun 2023 ini. Jom bersedia. Kali ini atok akan kongsikan tentang tips simpan duit gaji kecil..

Baca beberapa cara simpan duit kahwin dalam masa terdekat yang boleh korang amalkan sebelum tarikh mendirikan rumah tangga korang tiba..

Bagi korang yang bekerja dalam sektor kerajaan pasti ingin mengetahui tarikh-tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2023. Jom lihat di sini..

Bagi korang yang belum mengetahui ataupun sudah lupa mengenai keunikan bendera Malaysia. Jom ketahui maksud warna bendera Malaysia..

Korang tidak perlu berasa bimbang sekiranya masih tidak tahu bagaimana cara solat yang betul bagi wanita. Baca cara solat sempurna bagi wanita ni..

Lesen perniagaan korang dah nak luput? Jangan bertangguh. Jom tengok how to renew SSM online atau cara renew SSM online EzBiz..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!