Senarai Barang Umrah Untuk Wanita

Mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Allah terutama wanita, pasti sedang memikirkan apakah peralatan atau barang yang perlu dibawa untuk menunaikan umrah. Oleh itu, di bawah atok senarai pendek senarai barang umrah untuk wanita. Hanya senarai peralatan atau barangan asas saja ya.

Senarai Barang Umrah Untuk Wanita

Setiap umat Islam yang terpilih untuk menuju ke rumah Allah pasti akan berasa gembira dan bersyukur. Hal ini demikian kerana, untuk dijemput ke rumah Allah adalah salah satu impian bagi semua umat islam. Bagi mereka yang sudah biasa dan pernah menjejak kaki ke rumah Allah lebih daripada dua kali pasti sudah mengetahui apakah barangan yang perlu di bawa ketika menuju ke rumah Allah.

Passport

Bagi mereka yang baru pertama kali menjejak kaki atau menunaikan umrah, perkara pertama yang perlu mereka titikberatkan adalah passport. Setiap orang perlu memastikan passport yang akan digunakan masih sah dan mempunyai tarikh luput yang melebihi 6 bulan. Hal ini demikian, sekiranya passport milik korang tidak mempunyai syarat-syarat yang telah ditetapkan, maka korang tidak akan dibenarkan untuk berlepas.

Bukan itu sahaja, korang juga harus memastikan bahawa sebelum korang menaiki pesawat untuk berlepas, korang perlu menyemak dahulu sama ada passport yang akan digunakan dibawa atau pun tidak. Jika korang tertinggal passport, maka korang tidak dapat untuk menaiki pesawat tersebut. Justeru, passport merupakan hal yang penting ketika ingin menunaikan umrah dan juga antara senarai barang umrah untuk wanita yg mustahak.

Buku panduan umrah

Selain itu, senarai barang umrah untuk wanita yang perlu dibawa adalah buku panduan umrah. Walaupun korang sudah mengikuti kursus umrah sebelum berangkat menunaikan umrah sebagai salah satu persediaan awal, namun alangkah lebih baik jika korang membawa juga buku panduan umrah bersama-sama korang.

Hal ini demikian kerana, buku panduan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan sekiranya korang mengalami sebarang kekeliruan. Oleh itu, dengan adanya buku panduan umrah bersama-sama, secara tidak langsung sedikit sebanyak ianya membantu korang untuk menyelesaikan sebarang masalah yg timbul.

Telekung

Seterusnya, telekung juga merupakan salah satu senarai barang umrah untuk wanita yang perlu diketahui dan dibawa ketika menunaikan umrah. Hal ini dikatakan demikian kerana, bagi kaum wanita, telekung merupakan antara pakaian utama yang perlu dibawa semasa di tanah haram nanti.

Oleh hal yang demikian, korang perlulah menyediakan lebih kurang dua atau tiga pasang telekung yang berwana putih dan elakkan juga memakai atau membawa telekung yang berwarna-warni dan terang. Hal ini kerana, warna putih adalah warna yang suci dan bersih yang sesuai untuk dibawa ke tanah suci Mekah.

Pakaian yang menutup aurat

Selain membawa telekung, korang juga perlu meletakkan pakaian yang menutup aurat sebagai salah satu senarai barang umrah untuk wanita. Bagi wanita yang akan menunaikan umrah, digalakkan untuk membawa pakaian yang menutup aurat dan longgar seperti jubah atau baju kurung.

Korang juga perlu menyediakan beberapa helai tudung, stoking kaki dan stoking tangan (handsock) untuk melengkapkan aurat pakaian wanita. Hal ini demikian kerana, ianya wajib ditutupi atau dilindungi (auratnya) daripada pandangan mata lelaki yang bukan mahram terutama sekali ketika menunaikan umrah.

Kasut tawaf

Kasut tawaf juga sering dikenali sebagai kuff. Kasut tawaf ini merupakan salah satu senarai barang umrah untuk wanita kerana ianya adalah salah satu keperluan semasa menunaikan umrah. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila korang menggunakan kasut ini, secara tidak langsung ianya dapat mengelakkan kaki daripada tergelincir, melecet atau mengelupas.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi senarai barang umrah untuk wanita yang perlu diketahui dan dibawa ketika hendak menunaikan umrah. Namun begitu, di atas ini ialah beberapa senarai barang umrah untuk wanita yang paling asas perlu diketahui dan dibawa ketika hendak menunaikan umrah. Oleh itu, adalah diharapkan serba sedikit perkongsian ini dapat membantu korang mengetahui senarai barang umrah untuk wanita dan menambahbaik persediaan korang.

Pakej umrah paling murah

Ingin tahu bagaimana korang boleh mengerjakan Umrah dengan bajet kurang daripada RM7,000 seorang?

Atok jamin.. korang takkan jumpa pakej umrah di bawah RM7000 dari mana-mana agensi travel/umrah sekarang ini (Tahun 2023).

Rata-rata, pakej umrah yang ditawarkan pada masa ini adalah sekitar RM8000 dan ke atas.

Maklumlah, korang kan nak pergi dengan pasangan. Kalau seorang saja pun sudah cecah RM8000, maksudnya jika pergi 2 orang bajet sudah jadi RM16,000.

Itu kalau pergi berdua, kalau nak bawa anak-anak serta ibubapa sekali. Katakanlah seramai 5 orang. Kiraan kasarnya dah jadi RM8,000 X 5 Orang = RM40,000!

Wah.. Boleh licin duit simpanan!

Jadi, adakah korang sedang mencari pakej umrah yang paling murah?

Jawapannya memang takkan jumpa. Kecuali.. Korang kerjakan umrah secara sendiri atau DIY.

Kalau korang nak tahu caranya, boleh baca panduan di bawah..

Panduan pergi umrah sendiri tanpa melalui trave ejen

Peringatan: Pergi umrah sendiri tanpa melalui mana-mana ejen adalah lebih digalakkan kepada mereka yang sudah pernah melaksanakan umrah sebelum ini.

Rujukan Lain

Bagi korang yang bekerja dalam sektor kerajaan pasti ingin mengetahui tarikh-tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2023. Jom lihat di sini..

Bagi korang yang belum mengetahui ataupun sudah lupa mengenai keunikan bendera Malaysia. Jom ketahui maksud warna bendera Malaysia..

Kalendar cuti sekolah dan cuti umum 2023 ini adalah untuk memudahkan masyarakat merancang perjalanan dan perbelanjaan yg terlibat. Moga bermanfaat!

Ramai anak muda yg jarang ikut solat jenazah. Jadi, bagi yg nak belajar tu, atok kongsikan di sini cara dan panduan solat jenazah JAKIM.

Bimbang rekod kewangan telah disenaraihitam oleh pihak bank? Sini atok bincangkan seringkasnya bagaimana cara semak blacklist bank negara..

Antara universiti awam atau universiti swasta, mana satu pilihan korang? Oleh itu, jom kita lihat senarai lengkap IPTA di Malaysia..

Hutang keliling pinggang? Mahu bebas daripada hutang dgn segera? Jadi jom kita lihat cara membayar hutang dengan cepat menurut islam..

Ramai yang masih kurang jelas bagaimana cara membuat tuntutan MySalam. Jom baca cara membuat tuntutan MySalam RM700 dan MySalam penyakit kritikal..

Kepada korang yang tengah main kira-kira untuk bajet proton saga baru boleh la baca perkongsian Atok mengenai bayaran bulanan proton saga baru ini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!