Semakan Baki Pinjaman LPPSA. Pening Kepala Bila Fikir..

Korang pernah dengar tak LPPSA? Ha dengar sini, Atok nak cerita sikit LPPSA itu apa. LPPSA atau nama penuhnya Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam. Oleh itu, Atok akan kongsikan artikel mengenai semakan baki pinjaman LPPSA kepada korang semua.

Semakan Baki Pinjaman LPPSA. Pening Kepala Bila Fikir..

Semak baki pinjaman LPPSA ini untuk menguruskan Kumpulan Wang dan mentadbir kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam mengikut peruntukan dan untuk menasihati Menteri Kewangan tentang perkara yang berhubung dengan kemudahan pembiayaan perumahan untuk sektor awam.

LPPSA ini sangat berguna ya untuk korang, memudahkan orang ramai untuk membuat semakan baki pinjaman LPPSA. Semua hanya di hujung jari sahaja.

Tiga cara semak baki pinjaman LPPSA:

1. Layari Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB)

Korang kena buka laman web SPPB dahulu, sekiranya korang pertama kali menggunakan sistem SPPB ini, korang perlu mendaftar terlebih dahulu okay dengan klik butang LPPSA MyFinancing pada bahagian atas.

Lengkapkan ke semua butiran dalam borang yang korang perlu isi. Jika, korang pernah mendaftar sebelum ini, korang boleh masukkan ID Pengguna dan kata laluan.

Apabila korang sudah mendaftar SPPB tersebut. Korang dah boleh membuat semakan jumlah baki pinjaman LPPSA. Nanti akan keluar, Baki Pembiayaan dan Amaun Tungakkan dan Ansuran Bulanan Terkini.

  • Layari laman LPPSA di alamat https://www.lppsa.gov.my/
  • Pada bahagian menu yang terletak di bahagi atas web LPPSA, klik pada butang “LPPSA MyFinancing”
  • Klik pada butang “Pelanggan Baru”
  • Klik pada butang “Daftar Sekarang”
  • Lengkapkan segala butiran dalam borang online.

2. Semakan baki pinjaman LPPSA melalui Whatapps

Tahun 2023 ini, LPPSA telah menyediakan perkhidmatan yang menarik dan memudahkan mereka membuat semakan dengan hanya menggunakan Whatsapp sahaja. Senang sahaja caranya, meh ikut contoh yang Atok berikan.

  • Nombor Whatsapp rasmi LPPSA: 03-8880 2121
  • Anda akan dilayan oleh chatbot memberi pilihan menu.
  • Taip LPPSA Nama Penuh Nombor Kad Pengenalan Nombor Telefon Tarikh Pengesahan Perkhidmatan <Hari / Bulan / Tahun)
  • Contoh: LPPSA, Hairul Bin Monar, 991320110066, 0121234567, 31/08/2006

Melalui whatapps ini korang boleh menghubungi LPPSA 24 sehari dan korang boleh membuat pertanyaan maklumat berkaitan pembiayaan LPPSA melalui pilihan Menu.

3. Aplikasi MyFinancing:

Selain daripada itu, korang juga boleh muat turun aplikasi LPPSA MYFinancing melalui telefon mudah alih. Korang boleh kemukakan maklumat pembiayaan berkaitan LPPSA. Hanya dengan daftar dan log masuk sahaja, masalah korang selesai.

  • Android: Google Play
  • iOS: App Store

Fungsi Aplikasi MyDinancing:

  • Semak status terkini pembayaran.
  • Amaun baki pembayaran
  • Amaun pengeluaran bayaran
  • Amaun ansuran bulanan
  • Amaun tunggakan
  • Status akaun pembiyaan
  • Hebahan terkini LPPSA

Kesimpulannya, LPPSA secara online ini merupakan berita baik kepada mereka yang membuat pinjaman. Kini korang boleh menyemak baki pinjaman perumahan kerajaan di mana-mana sahaja.

Seperti langkah yang Atok telah kongsikan iaitu melalui laman web portal, Whatsapp dan juga aplikasi rasmi LPPSA. Diharap perkongsian ini membantu korang terutamanya kakitangan awam dalam membuat semakan baki pinjaman LPPSA dengan mudah.

Rujukan Lain

Stess boleh dikawal jika korang tahu caranya. Tahukah korang, bahawa kadar depression mahupun anxiety ini boleh diukur dengan Ujian DASS KKM Online?

Solat tahajjud ini akan menjadi cahaya yang menerangi kegelapan kubur nanti. Jadi, atok kongsikan bagaimana cara solat tahajud perempuan yang betul..

Panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah tanda tanda anxiety. Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda anxiety attack pada seseorang..

Guru menjadi kerjaya yang sangat popular dan menjadi rebutan di kalangan pelajar. Baca lima laluan kerjaya guru sekolah menengah atau sekolah di sini..

Banyak ke puasa Ramadan yang tertinggal? Kena ganti tu. Masih ingat niat puasa enam dan puasa ganti ramadan serta kelebihannya?

Di sini akan dikongsikan tentang cara menggunakan portal eGUMIS semakan wang tak dituntut online & proses bayaran balik..

Jom ketahui perkara-perkara yang membatalkan puasa. Hal ini, agar ibadah kita di bulan Ramadhan yang barokah ini tidak menjadi sia-sia..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!