Harga Renew Lesen Memandu 2025

Kalau korang pemilik kenderaan di Malaysia, topik “Harga Renew Lesen Memandu 2025” memang wajib ambil tahu. Lesen memandu bukan sekadar kad plastik, ia adalah lesen sah untuk korang bergerak bebas di jalan raya. Tapi bila tarikh tamat makin dekat, ramai mula tertanya-tanya: berapa harga renew lesen sekarang? Kena pergi JPJ ke? Boleh buat online tak?

Harga Renew Lesen Memandu 2025

Dalam perkongsian ini, kita akan melihat harga terkini renew lesen memandu 2025 mengikut jenis lesen, cara pembaharuan (manual & digital), rebat khas, dan tips penting supaya korang tak tersangkut di kaunter JPJ atau Pejabat Pos. Semua info dikemaskini dan boleh dipercayai berdasarkan sumber rasmi seperti JPJ dan portal kerajaan.

Jenis Lesen Memandu di Malaysia

Sebelum kita masuk bab harga, jom kenali dulu jenis lesen yang ada:

Jenis LesenKeterangan
LDL (Learner’s Driving License)Lesen belajar memandu
PDL (Probationary Driving License)Lesen percubaan (2 tahun selepas lulus ujian JPJ)
CDL (Competent Driving License)Lesen penuh selepas tamat tempoh PDL
GDL / PSVLesen vokasional untuk pemandu kenderaan barangan atau awam

Harga Renew Lesen Memandu 2025 Mengikut Kategori

Berikut ialah kadar bayaran rasmi untuk renew lesen memandu tahun 2025:

Lesen Kompeten (CDL)

TempohHarga
1 tahunRM30
2 tahunRM60
3 tahunRM90
4 tahunRM120
5 tahunRM150
10 tahunRM270 (Diskaun RM30)

Lesen Motosikal (B2/B/C)

TempohHarga
1 tahunRM20
2 tahunRM40

Lesen Belajar (LDL)

KelasTempohHarga
A (Motorsikal)3 bulanRM2
B2 (Motorsikal)3/6 bulanRM2 / RM4
D (Kereta)6 bulanRM30

Lesen Percubaan (PDL)

KelasTempohHarga
A/B (Motorsikal)2 tahunRM2 – RM40
D (Kereta)2 tahunRM60

Lesen Vokasional (GDL / PSV)

JenisTempohHarga
GDL / PSV1 tahunRM20

Bagi yang insuran kereta dah nak mati tu, dan perlu memperbaharui insurans kereta secara online sebab malas nak cari parking. Korang boleh baca Cara Renew Roadtax Dan Insuran Kereta ni.

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online

Nak elak beratur panjang? korang boleh renew lesen secara digital melalui:

1. Aplikasi MyJPJ

  • Muat turun dari Google Play / App Store
  • Daftar akaun menggunakan MyKad & emel
  • Pilih menu “Lesen Memandu Kompeten”
  • Pilih tempoh & mod digital (lesen fizikal atau digital sahaja)
  • Bayar secara FPX / kad kredit
  • Simpan resit & lesen digital dalam aplikasi

Rebat RM5 diberikan jika pilih lesen digital sahaja

2. Portal MySikap

  • Layari MySikap JPJ
  • Log masuk & pilih “Pembaharuan Lesen”
  • Isi maklumat lesen & buat pembayaran
  • Cetak resit sebagai bukti

3. Portal MYEG

  • Layari MYEG
  • Pilih “Driving License Renewal”
  • Isi maklumat & pilih penghantaran pos atau ambil sendiri
  • Bayar secara online & tunggu lesen sampai

Nota: Orang Selangor yang baru nak buat driving license, adik ke atau anak sulung mungkin. Boleh semak Senarai Pusat Latihan Memandu Di Selangor ni.

Cara Renew Lesen Secara Manual

Kalau korang lebih selesa cara tradisional, boleh pergi ke:

Pejabat Pos

  • Bawa MyKad & lesen asal
  • Caj tambahan RM2 dikenakan
  • Tempoh pembaharuan: 1–5 tahun sahaja
  • Hanya untuk lesen CDL & LDL

UTC / JPJ

  • Waktu operasi lebih panjang (termasuk malam & hujung minggu)
  • Boleh renew semua jenis lesen termasuk PDL & GDL
  • Bawa dokumen lengkap & ambil nombor giliran

Perkara Penting Sebelum Renew Lesen

  • Lesen Tamat Tempoh Lebih 3 Tahun

Korang perlu ambil semula ujian praktikal JPJ

  • Renew Lesen PDL

Mesti dilakukan dalam masa 1 tahun selepas tamat

Jika lewat, perlu buat rayuan atau ambil ujian semula

  • Renew Lesen LDL

Tempoh maksimum 2 tahun

Jika tamat, perlu mula semula dari awal

  • Semak Saman JPJ / PDRM

Elak masalah semasa pembaharuan

Boleh semak melalui MyJPJ atau portal rasmi

Rebat & Diskaun Menarik

  • Rebat RM5 untuk pembaharuan digital melalui MyJPJ
  • Diskaun RM30 untuk pembaharuan 10 tahun serentak
  • Tiada denda lewat tetapi korang tidak boleh memandu jika lesen tamat tempoh

Tips Bijak Renew Lesen

  • Pilih tempoh panjang – Renew 5 atau 10 tahun untuk jimat masa & kos
  • Renew awal – Elak kesulitan & risiko disenarai hitam
  • Gunakan aplikasi MyJPJ – Jimat masa & dapat rebat
  • Simpan salinan digital – Mudah untuk semakan & bukti

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Lesen Memandu

Berapa harga renew lesen memandu?

Buat masa ini, harga renew lesen memandu ialah RM30 untuk satu tahun. Tetapi untuk renew bagi tempoh10 tahun, kadar istimewa dikenakan iaitu hanya RM270 sahaja.

berapa denda kalau lambat renew lesen?

Tiada denda dikenakan. Tidak kira lesen kereta atau pun motosikal. Tetapi, tempoh lesen menjadi pendek. Itu saja.

berapa harga lesen motor 2025?

Harga ambil lesen motor adalah seperti berikut:

1) Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450.
2) Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) – RM900 hingga RM1100.

Boleh renew lesen guna wakil?

Ya, tapi perlu bawa dokumen lengkap termasuk gambar & surat wakil.

Lesen digital sah digunakan?

Ya, lesen digital dalam MyJPJ sah digunakan di Malaysia.

Boleh renew lesen di luar negeri asal?

Boleh. Renew di mana-mana JPJ, UTC atau Pejabat Pos seluruh Malaysia.

Harga Renew Lesen Memandu 2025 Berbaloi & Mudah

Dengan pelbagai pilihan pembaharuan, sama ada manual atau digital dan harga yang kekal berpatutan, harga renew lesen memandu 2025 sememangnya berbaloi untuk semua pemandu.

Sama ada korang pemilik kereta, motosikal, atau pemandu vokasional, pastikan lesen korang sentiasa aktif dan sah.

Jangan tunggu saat akhir. Renew lesen korang sekarang dan nikmati perjalanan yang tenang dan bebas risau.

Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan supaya mereka pun tahu cara paling mudah dan jimat untuk renew lesen tahun ini!

Nak renew 5 tahun terus minggu ni?

Rujukan Lain

Kali ini, kita akan kenali Bunga Kantan dari pelbagai sudut. Dari rupa dan jenis-jenis bunga kantan, keunikan dalam masakan dan manfaat kesihatan..

Jom.. Dapatkan idea-idea ucapan selamat hari Deepavali 2025 di sini!

Korang tak pasti layak atau tidak untuk bantuan STR dan SARA? Jom baca cara semakan STR & SARA Menggunakan MyKad ni.

Dalam artikel ni, Atok kongsi tips, contoh soalan, dan cara nak jawab soalan temuduga UPSI Bahasa Inggeris. Jom kita..

Atok ringkaskan di sini kelayakan cuti kakitangan awam setakat yang termampu, kalau ada tersilap mohon betulkan di ruangan komen. Moga bermanfaat..

Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Selangor 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Selangor bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.

Bagi individu yg tinggal di Selangor dan nak ambil lesen memandu, korang semak senarai pusat latihan memandu di Selangor di sini. Selamat belajar..

Bagi pesara atau ahli keluarga pastinya ingin mengetahui jadual tarikh bayaran pencen 2025 pesara kerajaan bukan? Jadi, mari lihat di sini..

Korang ragu-ragu kehalalan sesuatu produk? Logo halal ada tapi belum tentu ada sijilnya. Jom baca tiga cara semak status halal JAKIM online..

Tak dpt tido malam sebab anak demam selsema? Baca dulu newborn selsema & cara mengatasinya yang boleh ibu bapa lakukan. Mudah-mudahan berkesan..

Bagi korang yang ingin mengetahui di manakah Pusat Latihan Polis berada selain di Kuala Lumpur, ini dia beberapa senarai PULAPOL di Malaysia..

Jadual tarikh bayaran PERKESO 2025 ini adalah berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO di portal rasmi mereka. Moga bermanfaat..

Nak beli kereta baru? Lagi-lagi kereta Myvi baru 2025 ni. Jadi, hari ni Atok akan kongsikan untuk korang harga myvi baru dan bayaran bulanan..

1 thought on “Harga Renew Lesen Memandu 2025”

Leave a Comment

error: Content is protected !!