Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024 / Hari Raya Puasa 1445H

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024 / Hari Raya Puasa 1445H merupakan tarikh yang sentiasa menjadi perhatian dan ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira yang beragama Islam atau bukan. Ini kerana, tarikh perayaan ini merupakan tarikh di mana semua rakyat Malaysia bercuti selama beberapa hari untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bersama dengan orang tersayang.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 / Hari Raya Puasa 1444H

Selain menyambut hari raya haji atau hari raya korban, rakyat Malaysia yang beragama Islam juga akan menyambut satu lagi perayaan yang sangat di nanti-nantikan oleh semua umat Islam tidak kira yang berusia muda mahupun tua. Dan terutama sekali kanak-kanak iaitu perayaan hari raya Aidilfitri atau hari raya puasa. Inilah hari kemenangan, hari raya Aidilfitri. Hari yang paling ditunggu setelah bulan Ramadan berlalu pergi.

Hal ini kerana, pada hari raya Aidilfitri seluruh keluarga serta sanak saudara akan berkumpul serta saling bersalam salaman dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. bukan itu sahaja, anak-anak juga tidak sabar untuk menanti hari raya Aidilfitri kerana pada hari tersebut mereka dapat memperagakan pakaian baru dan cantik.

Tarikh melihat anak bulan Syawal 2024

Bagi menyempurnakan titah perintah DYMM SPYDA, adalah dengan ini diumumkan bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal 2024 bagi tahun ini ditetapkan pada pada 8 April 2024 atau 9 April 2024.

Lokasi pencerapan anak bulan Syawal

Lokasi-lokasi pencerapan anak bulan Syawal yang ditetapkan adalah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain pencerapan anak bulan Syawal juga termasuklah di Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan.

Dan, akhir sekali pusat-pusat yang diluluskan untuk dijadikan lokasi pencerapan anak bulan Syawal ialah di Pusat Falak Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Setelah pencerapan anak bulan dilakukan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di atas, maka.. adalah dengan ini diisytiharkan, bahawasanya tarikh bagi hari raya Aidilfitri 2024 / hari raya Puasa 1445H adalah seperti di bawah:

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024 / Hari Raya Puasa 1445H

  • Tarikh: 10 April 2024 iaitu pada hari Rabu merupakan Hari Raya Aidilfitri Pertama bagi seluruh umat Islam dan ianya merupakan hari cuti bagi semua negeri di Malaysia.
  • Tarikh: 11 April 2024 iaitu pada hari Khamis merupakan tarikh dan hari bagi Hari Raya Aidilfitri Kedua bagi seluruh umat Islam dan ianya merupakan hari cuti bagi semua negeri di Malaysia.

Jika di lihat, di atas ini merupakan tarikh cuti yang terdapat pada kalendar hari raya 2024 yang di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia terutama sekali bagi mereka yang beragama Islam.

Tarikh ini masih belum muktamad sepenuhnya. Ini kerana anak bulan Syawal perlu dicerap di semua lokasi pencerapan pada tarikh yang sudah ditetapkan di atas.

Setelah korang mengetahui tarikh-tarikh bagi hari raya Aidilfitri bagi tahun 2024, kini korang juga harus mengenali sedikit sebanyak mengenai hari raya secara umumnya.

Untuk pengetahuan pembaca yg masih muda, hari raya Aidilfitri merupakan hari yang menandakan berakhirnya Ramadan iaitu bulan yang sangat suci di mana umat Islam berpuasa menahan diri daripada makan dan minum dari waktu subuh sehinggalah terbenam matahari.

Bukan itu sahaja, hari raya Aidilfitri ini juga di anggap sebagai salah satu perayaan yang paling penting bagi umat Islam selain hari raya haji atau hari raya korban. Hal ini demikian kerana, hari raya Aidilfitri ini sebagai hari untuk merayai kemenangan umat Islam yang berjaya menahan lapar dan dahaga yakni berpuasa selama sebulan.

Kebiasaannya pada hari raya pertama juga adat bersalam-salaman serta bermaaf-maafan akan dilakukan oleh setiap keluarga bagi memohon kemaafan jika pernah melakukan kesalahan atau mengguris hati mana-mana pihak atau ahli keluarga. Justeru kerana itu, pada hari raya pertama menjadi hari yang penting bagi seluruh umat Islam kerana pada tarikh hari raya pertama merupakan hari di mana seluruh sanak-saudara akan berkumpul dan meluangkan masa bersama-sama.

Sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri

Bagi yang mungkin dah terlupa, untuk mendapat keberkatan dalam menyambut hari raya Aidilfitri 2024 / hari raya puasa 1445H kali ini, berikut digariskan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. semasa menyambut hari bahagia ini:

Sunnah Pertama

Perbanyakkan takbir pada malam raya dan pagi raya. Di mana sahaja korang berada (selain dalam tandas).

Sunnah Kedua

Menghidupkan malam Aidilfitri dengan beribadah kepada Allah s.w.t, seperti melakukan solat, berzikir, membaca al Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan dua malam raya ikhlas kerana Allah nescaya hatinya tidak mati pada hari yang mati segala hati” (H.R Ibnu Majah)

Sunnah Ketiga

Mandi sunat Aidilfitri, memakai pakaian paling baik dan cantik yang dimiliki dan memakai bau-bauan sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.

Sunnah Keempat

Makmum solat Hari Raya Aidilfitri disunatkan pergi ke tempat solat raya lebih awal. Manakala, Imam solat Hari Raya Aidilfitri pula disunatkan datang lewat sedikit, iaitu ketika hendak mendirikan solat.

Sunnah Kelima

Makan dahulu sebelum keluar untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak keluar pada pagi hari Raya Aidilfitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Bukhari].

Sunnah Keenam

Memberi kelapangan kepada ahli keluarga atau tanggungan dari segi perbelanjaan, memperbanyakkan sedekah sekadar yang termampu.

Sunnah Ketujuh

Keluar dari rumah pergi solat melalui jalan lain dan balik ke rumah semula selepas solat melalui jalan lain. Bagi yang mampu, adalah lebih digalakkan pergi solat sunat Aidilfitri dengan berjalan kaki,

Sunnah Kelapan

Menzahirkan keceriaan dan kegembiraan ketika bertemu dengan orang mukmin lain, serta ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim. Lebih afdhal mengucapkan sebarang ucapan yang baik. Para sahabat Rasulullah s.a.w ketika bertemu sesama mereka pada hari Raya Aidilfitri mereka menyebut :تقبل الله منا ومنك (semoga Allah menerima amal kami dan juga amalmu).

Kesembilan

Menjaga batas pergaulan di Aidilfitri. Misalnya tidak berjabat tangan atau bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Contoh: ipar, isteri bapa saudara atau suami emak saudara dan seumpamanya.

Kesimpulannya, tarikh yang dinyatakan di atas merupakan tarikh hari raya Aidilfitri 2024 / hari raya Puasa 1445H yang sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun oleh semua golongan tidak kira bangsa mahupun etnik yang beragama Islam. Hal ini demikian kerana, tarikh hari cuti perayaan Aidilfitri bukan sahaja untuk umat Islam pulang ke kampung halaman menyambut perayaan, tetapi tarikh cuti tersebut sangat juga merupakan tarikh bagi individu yang bukan beragama Islam untuk berehat setelah penat bekerja dan belajar.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 / Hari Raya Puasa 1445H atok ucapkan kepada semua. Maaf zahir dan batin..

Rujukan Lain

Bagi individu yg tinggal di Selangor dan nak ambil lesen memandu, korang semak senarai pusat latihan memandu di Selangor di sini. Selamat belajar..

Bagi pesara atau ahli keluarga pastinya ingin mengetahui jadual tarikh bayaran pencen 2024 pesara kerajaan bukan? Jadi, mari lihat di sini..

Korang ragu-ragu kehalalan sesuatu produk? Logo halal ada tapi belum tentu ada sijilnya. Jom baca tiga cara semak status halal JAKIM online..

Tak dpt tido malam sebab anak demam selsema? Baca dulu beberapa cara sembuhkan selsema bayi yang boleh ibu bapa lakukan. Mudah-mudahan berkesan..

Bagi korang yang ingin mengetahui di manakah Pusat Latihan Polis berada selain di Kuala Lumpur, ini dia beberapa senarai PULAPOL di Malaysia..

Bagi korang yang ingin mengetahui harga renew lesen memandu 2024, kali ini dikongsikan harga renew lesen dan dokumen yg perlu dibawa ke kaunter.

Bagi korang yang berminat menyertai PDRM dan menjadi polis, sila rujuk iklan jawatan kosong Polis Diraja Malaysia 2024 dan cara memohon di sini.

Dah lama korang tak puasa kan? Niat pun dah hampir terlupa. Jadi kali ini kita nak ulangkaji sikit lafaz niat puasa ramadhan sebulan penuh dan sehari..

Senarai ini mungkin sesuai dan dapat membantu korang memilih hadiah untuk kawan perempuan korang. Ada 20 idea bajet di sini..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!