Niat Puasa Ramadhan Sebulan Penuh Dan Sehari

Salam semua. Puasa yang tertinggal tahun lepas dah ganti belum? Harap semua dah settle la kan. Dah lama korang tak puasa kan? Niat pun dah hampir terlupa. Jadi kali ini kita nak ulangkaji sikit pasal lafaz niat puasa sebulan penuh dan lafaz niat puasa sehari.

Niat Puasa Ramadhan Sebulan Penuh Dan Sehari

Jika sebelum hari raya aidiladha atau lebih dikenali sebagai hari raya korban umat islam tidak diwajibkan untuk berpuasa namun ianya berbeza bagi hari raya aidilfitri atau hari raya puasa di mana umat islam diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan tidak kira sama ada golongan muda mahupun berusia. Kecuali, korang termasuk salah satu daripada golongan berikut:

Wanita yang datang haid dan nifas

Wanita yang haid dan nifas dilarang berpuasa selama masa haid dan nifas tersebut. Namun, mereka tetap harus mengganti puasa di kemudian hari.

Wanita yang hamil dan menyusukan anak

Golongan seterusnya orang yang boleh meninggalkan puasa ialah wanita hamil dan wanita menyusui. Apabila ibu yang sedang mengandung dan menyusui tidak mampu berpuasa, Allah SWT meringankan untuk tidak berpuasa dan menggantinya di kemudian hari.

Orang tua atau lanjut usia

Orang tua yg sudah uzur dan tidak kuat lagi menjalankan ibadah puasa diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa. Sebagai gantinya, orang tersebut diwajibkan untuk membayar fidyah, yaitu memberi makan fakir miskin setiap kali orang tersebut tidak berpuasa.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 184;

Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin.”

Satu fidyah tu banyak mana tok? Ukuran satu fidyah adalah setengah sho’ atau seberat 1.5kg beras. Kenapa beras? Sebab orang Malaysia makan nasi. Kalau korang Ramadhan di Eropah maka bagi la 1.5kg roti atau gandum.

Musafir

Golongan terakhir yang mempunyai keringanan puasa ialah musafir. Apabila seseorang yang melakukan perjalanan jauh atas tujuan yang baik, kalau dia sedang berpuasa maka diizinkan untuk berbuka atau boleh juga tidak berpuasa apabila keadaannya berat dan menyulitkan atau memudaratkan. Namun, orang tersebut tetap wajib mengganti puasanya di kemudian hari ya.

Rukun islam yang ketiga

Hal ini demikian kerana berpuasa selama sebulan merupakan salah satu rukun islam yang ketiga bermakna ianya wajib dilaksanakan dan berdosa jika di tinggalkan. Namun begitu, bagi kanak-kanak kecil yang belum Akhil baligh, mereka tidak di galakkan untuk berpuasa jika tidak berkemampuan tetapi jika mereka mampu menahan diri dari lapar dan dahaga, maka mereka boleh meneruskan berpuasa selama sebulan.

Selain itu, bagi individu yang sudah lupa atau bagi remaja yang masih belum mengetahui maksud puasa dari segi bahasa dan istilah syarak, maka di sini akan dikongsikan mengenai maksud puasa dari segi bahasa dan istilah syarak.

Bila raya tok? Ok, bagi yang dah tak sabar nak beraya tu. Korang leh baca tarikh hari raya aidilfitri 2023 ni. Dah tahu tarikh, baru semangat sikit nak puasa kan..

Pengertian puasa

Untuk pengetahuan korang, puasa dari segi bahasa ialah menahan diri. Manakala puasa dari segi istilah syarak pula ialah menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari berserta niat.

Justeru, ini merupakan maksud puasa yang perlu korang tahu dan ingat sampai bila-bila. Bukan itu sahaja, selain korang harus mengetahui tentang maksud puasa dari segi bahasa dan istilah syarak, korang juga harus mengetahui lafaz niat puasa Ramadhan.

Hal ini demikian kerana, selain seseorang individu itu perlu menahan lapar dan dahaga, lafaz niat juga penting bagi orang yang hendak berpuasa. Oleh itu, setiap umat islam yang berpuasa perlulah membaca niat puasa terlebih dahulu. Bukan itu sahaja, niat puasa ini kebiasaannya di baca sebelum atau semasa sahur dan ada juga yang membaca sebelum tidur pada waktu malam iaitu sebelum bangun waktu sahur. Tapi kurang digalakkan.

Namun begitu, dalam berpuasa korang juga harus mengetahui syarat-syarat niat puasa supaya puasa korang diterima oleh Allah SWT. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa isi mengenai niat puasa dimana niat puasa perlu diucap pada setiap malam atau sekaligus untuk sebulan.

Namun begitu, kebanyakan kitab fiqh telah menggariskan beberapa panduan dalam berniat ketika berpuasa seperti Al-Jazm iaitu niat yang benar tanpa rasa keraguan, Al-Ta’yiin iaitu menentukan jenis puasa sama ada puasa Ramadhan atau puasa sunat dan Al-Tabyiit iaitu menetapkan niat pada malam hari iaitu antara waktu selepas tenggelam matahari hingga terbit fajar sadiq.

Setelah mengetahui serba sedikit tentang maksud puasa berserta dengan syarat niat puasa, maka korang juga harus mengetahui tentang lafaz niat puasa ramadhan sebulan penuh dan sehari.

Lafaz niat puasa Ramadhan harian

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramdhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz niat puasa sebulan penuh

Berikut bunyi niat puasa sebulan..

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala.

Demikian dua niat puasa Ramadhan iaitu niat puasa Ramadhan harian dan juga niat puasa Ramadhan sebulan yang korang kena hafal dan baca sebelum berpuasa.

Justeru, bagi korang yang kerap lupa untuk membaca niat puasa tu, maka korang bolehlah membaca niat puasa sebulan ini untuk mengelakkan alasan yg kerap digunakan iaitu ‘lupa baca niat’.

Begitu juga sebaliknya jika korang sudah terbiasa dengan niat harian maka korang perlulah meneruskan dengan niat harian tersebut.

Kesimpulannya, di atas ini merupakan sedikit perkongsian mengenai puasa Ramadhan, syarat niat puasa dan juga lafaz niat puasa Ramadhan sebulan penuh dan sehari yang perlu korang ketahui.

Oleh itu, dengan perkongsian ini, diharapkan ianya sedikit sebanyak dapat membantu individu yang sering lupa akan niat puasa ramadhan dan juga bagi memudahkan individu untuk memilih sama ada untuk membaca niat puasa harian atau sebulan.

Rujukan Lain

Koleksi ucapan hari lahir untuk orang tersayang yg korang boleh tiru dan edit. Berikan kpd ibu bapa, isteri, sahabat, adik beradik & sebagainya..

Di sini dikongsikan cuti bagi tarikh hari raya korban 2023 / hari raya haji 1444H mengikut negeri-negeri di Malaysia. Salam Aidiladha untuk semua..

Nak melancong ke luar negara dalam masa terdekat ini? Jadual padat tapi solat kena jaga. Jom pelajari cara solat jamak dan qasar (syarat & niat)..

Di sini atok kongsikan tiga doa agar cepat dapat kerja yang diinginkan bagi korang yang sedang berusaha mendapatkan kerja. Moga dimakbulkan..

Di sini diterangkan cara semakan penyata KWSP online melalui i-Akaun dan cara pendaftarannya bagi individu yang baru mula membuka KWSP..

Jadual tarikh bayaran PERKESO 2023 ini adalah berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO di portal rasmi mereka. Moga bermanfaat..

Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Kelantan 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Kelantan bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.

Di sini atok akan kongsikan senarai telefon pintar tidak boleh guna WhatsApp untuk tahun 2023. Adakah model smartphone lama korang termasuk?

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!