Tanda-tanda Sakit Buah Pinggang Peringkat Awal

Masalah buah pinggang ini jika tidak rawat dan dicegah terutama pada peringkat awal, maka ianya akan menyebabkan masalah buah pinggang menjadi semakin teruk dan rosak. Namun begitu, sesetengah rakyat Malaysia masih tidak mengetahui tanda-tanda awal penyakit buah pinggang ini. Oleh itu, di sini akan dinyatakan serba sedikit tentang tanda-tanda sakit buah pinggang peringkat awal.

Tanda-tanda Sakit Buah Pinggang Peringkat Awal

Masalah kesihatan rakyat Malaysia semakin hari semakin membimbangkan. Hal ini demikian kerana, kurangnya kesedaran tentang kesihatan tubuh badan menjadi punca kepada tingginya masalah kesihatan.

Untuk makluman semua, masalah kesihatan atau penyakit yang sering menyerang rakyat Malaysia adalah kencing manis, darah tinggi, kolestrol, serangan jantung serta masalah buah pinggang.

Penyakit-penyakit seperti ini jika tidak dicegah dan dirawat dengan cepat, ianya boleh menyebabkan penyakit-penyakit tersebut menjadi lebih teruk.

Apa Itu Penyakit Buah Pinggang?

Penyakit buah pinggang kronik atau Chronic Kidney Disease (CKD) ialah keadaan dimana buah pinggang tidak dapat membersihkan toksin dan bahan buangan daripada darah dan menjalankan fungsinya dengan kapasiti penuh.

Penyakit buah pinggang kronik ini boleh berlaku secara kemerosotan progresif atau berterusan dari semasa ke semasa.

Dua jenis penyakit buah pinggang

Dua jenis penyakit buah pinggang yang kerap terjadi adalah:

  • chronic kidney disease (CKD)
  • Kecederaan buah pinggang acute

Chronic kidney disease (CKD) mempunyai lima peringkat. Bermula daripada peringkat 1 iaitu fungsi buah pinggang yang hampir normal sehinggalah terjadinya kegagalan buah pinggang atau sakit buah pinggang peringkat akhir atau end-stage kidney disease (ESKD).

Pada peringkat 5 ini, buah pinggang cuma berfungsi di bawah 10 hingga 15 peratus daripada kapasiti normalnya.

Sementara, untuk kes kecederaan buah pinggang acute pula adalah kegagalan buah pinggang berfungsi dan biasanya ianya terjadi dalam beberapa jam atau hari. Tetapi ini agak jarang berlaku.

Tanda-tanda sakit buah pinggang peringkat awal

Berikut merupakan tanda-tanda sakit buah pinggang peringkat awal yang korang perlu tahu.

Berkurang selera makan

Kekurangan selera makan oleh dikatakan menjadi punca tanda-tanda sakit buah pinggang pada peringkat awal. Hal ini demikian kerana, pengumpulan toksin dan sisa dalam badan boleh menjadikan korang kurang selera makan dan perkara ini sekaligus boleh membawa kepada berlakunya penurunan berat badan.

Bukan itu sahaja, jika individu tersebut berasa kenyang sepanjang masa dan tidak berasa lapar atau rasa ingin makan, ini berkemungkinan boleh menjadi tanda-tanda yang membimbangkan iaitu terjadinya sakit buah pinggang pada peringkat awal.

Kerap buang air kecil

Korang tentu nak tahu kan, kenapa kerap membuang air kecil dikatakan sebagai tanda-tanda sakit buah pinggan peringkat awal?

Untuk mereka yang mengalami masalah buah pinggang, individu tersebut mungkin membuang air kecil terlalu sedikit sehingga ianya menjadi terlalu kerap disebabkan kadar yang keluar tidak banyak.

Ini kerana, bagi individu yang normal sihat, kekerapan pembuang air kecil adalah sebanyak 6 hingga 10 kali sehari. Namun jika, seseorang itu kerap ke tandas melebihi 10 kali atau melebihi kekerapan yang dianggarkan, ini boleh menjadi petunjuk kepada berlakunya kerosakan buah pinggang.

Bukan itu sahaja, terdapat juga sesetengah individu terlihat darah atau lebihan dalam air kencing. Jika terjadi perkara seperti itu, ianya disebabkan sel darah mula bocor ke dalam air kencing di sebabkan masalah buah pinggang telah rosak.

Bengkak di buku lali dan kaki

Tanda-tanda sakit buah pinggang peringkat awal yang perlu korang tahu adalah bengkak di buku lali dan kaki.

Hal ini kerana, apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, maka badan mula mengekalkan natrium dan akhirnya menyebabkan pergelangan kaki dan tulang kering yang dikenali sebagai ederma mulai membengkak.

Masalah begini akan terjadi kerana buah pinggang membantu menapis sisa dan lebihan natrium badan, dan apabila ianya tidak berfungsi dengan baik maka pembengkakan kaki dan buku lali akan terjadi.

Mencegah Sakit Buah Pinggang

Dalam mencegah sakit buah pinggang, adalah penting kita memahami bagaimana buah pinggang berfungsi. Ini merupakan langkah pertama dalam mengawal tahap kesihatan buah pinggang korang.

Mengambil diet yang sesuai untuk buah pinggang, tidak merokok, menjaga tahap diabetes, mengawal hipertensi (tekanan darah tinggi) dan mengekalkan keadaan kesihatan yang baik boleh membantu buah pinggang korang berfungsi dengan lebih baik dan lebih lama, walaupun korang sudah mengalami tanda-tanda sakit buah pinggang peringkat awal.

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi tanda-tanda awal untuk penyakit buah pinggang. Namun begitu, di atas ini telah dinyatakan beberapa tanda-tanda sakit buah pinggang peringkat awal yang korang perlu tahu dan sedari.

Justeru, bagi individu-individu yang menyedari terjadinya tanda-tanda seperti yang dinyatakan, atok nasihatkan segeralah untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan tindakan yang perlu dilakukan.

Oleh itu, diharapkan agar perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk mengetahui tanda-tanda awal sakit buah pinggang.

Rujukan Lain

Pemberian STR adalah bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Di sini dikongsikan cara login STR 2023 & soalan-soalan lazim mengenai STR 2023.

Bagi yg nak tahu cara mengeluarkan duit ASB melalui portal myASNB, di sini dikongsikan cara keluarkan duit ASB online melalui myASNB..

Pasport korang dah tamat tempoh? Nak ke luar negara dalam masa terdekat ini? Baca cara renew passport Malaysia online ni utk rujukan korang..

Program MySTEP diteruskan lagi dengan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan! Minat nak mohon MySTEP? Jom baca cara memohon kerja MySTEP..

Tidak susah sebenarnya untuk menambahkan berat badan bayi. Ini merupakan cara menambah berat badan bayi baru lahir yang perlu korang tahu.

Kita memiliki pelbagai jenis stesen keretapi seperti KTM, ETS, MRT dan juga LRT. So, kali ini kita tengok pula cara beli tiket ETS online KTMB..

Signal WiFi korang lemah? Berikut dikongsikan cara kuatkan signal WiFi yang korang boleh lakukan. Ikuti 6 tips mudah ini..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!