Apa Itu ChatGPT Dan Cara Menggunakannya

Hangat dan tular diperkatakan baru-baru ini mengenai sebahagian pelajar yang telah menggunakan ChatGPT untuk menulis karangan atau tugasan yang diberikan guru. Ramai pendidik menyuarakan kegusaran tentang etika dan ketidaksesuaian penggunaan platform ChatGPT yang amat bijak untuk menjawab soalan secara interaktif. Jadi jom kenali apa itu ChatGPT dan cara menggunakannya..

Apa Itu ChatGPT Dan Cara Menggunakannya

Platform ChatGPT telah menunjukkan keberkesanan yang amat mengagumkan, berbanding platform seperti Google yang terhad sekadar memberi hasil carian seperti laman web, gambar, lokasi atau video.

Terkini, ChatGPT dikatakan mampu mengarang sajak, fiksyen, mencipta resepi dan menjawab soalan matematik yang sukar.

Apa itu ChatGPT?

Secara ringkas, ChatGPT ialah varian model bahasa GPT-3 (Generative Pre-training Transformer 3) yang dicipta oleh OpenAI.

GPT-3 merupakan model pembelajaran mesin yang menggunakan teknik pembelajaran mendalam untuk menjana teks, hampir serupa dengan hasil karangan manusia.

GPT-3 dilatih menggunakan set data yang dijana dan ia boleh memberikan respons yang bijak dan munasabah. Ini menjadikan GPT-3 amat berguna untuk tugas-tugas seperti penterjemahan bahasa, ringkasan teks, perbualan, pengaturcaraan, penulisan blog dan banyak lagi.

ChatGPT direka khusus bagi digunakan dalam aplikasi chatbot, yang mana ChatGPT boleh menjana respons kepada input yang dimasukkan pengguna dalam masa nyata (real-time).

ChatGPT dilatih melalui set data (yang sangat besar) perbualan manusia, menjadikan ChatGPT platform yang mampu memahami dan bertindak balas terhadap input bahasa semulajadi dengan cara yang serupa dengan perbualan manusia bersama rakan.

Ciri utama ChatGPT yang paling menonjol adalah kebolehannya menjana respons yang pelbagai kepada gesaan (prompt) yang diberikan. Ini bermaksud gesaan (prompt) yang sama tidak menghasilkan respons yang serupa.

Ciri inilah yang membolehkan ChatGPT mempunyai perbualan yang lebih semulajadi dan menarik dengan pengguna. Ia juga menjadikannya sesuai untuk aplikasi seperti bot sembang perkhidmatan pelanggan (chatbot) atau pembantu maya.

Lima kelebihan ChatGPT

  • Kemampuan untuk menghasilkan teks yang berkualiti tinggi dan memahami konteks dalam percakapan.
  • Dapat digunakan untuk tugas-tugas seperti pemahaman bahasa semulajadi, pengenalan inten, dan menjana jawaban yang relevan dalam percakapan.
  • Kemampuan untuk menangani tugas-tugas generatif teks yang kompleks dan melakukan tugas-tugas yang menuntut kompetensi bahasa yang tinggi.
  • Meningkatkan interaksi manusia-komputer dengan meningkatkan kemampuan pemahaman bahasa semulajadi.
  • Meningkatkan proses perniagaan dan pemasaran dengan memudahkan tugas-tugas seperti pengenalan inten dan menjana jawapan yang relevan untuk pertanyaan.

Kelemahan dan had ChatGPT

Sungguh pun ChatGPT kedengaran sangat mengagumkan, ia masih mempunyai beberapa kelemahan dan had keupayaan.

Kelemahan tersebut termasuklah ketidakupayaannya untuk menjawab soalan yang ditulis dengan cara kompleks. Dek kerana itu, sehingga ia memerlukan pengguna menulis semula soalan dalam cara yang tertentu untuk menjana respons yang betul.

Satu lagi kelemahan ChatGPT yang paling jelas ialah tahap kualiti dalam respons yang dijana. Walaupun respons yang dihasilkan kelihatan seolah munasabah, tetapi ia tidak masuk akal atau kurang sesuai dalam konteks soalan yang diberikan.

Selain itu, apabila pengguna meminta penjelasan tentang soalan yang samar-samar atau tidak jelas, ChatGPT hanya akan meneka maksud soalan pengguna. Biasanya respons ChatGPT membawa kepada jawapan yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan soalan yang diajukan.

Walau bagaimanapun, ChatGPT kini masih dalam fasa pembelajaran atau perintis untuk meningkatkan keupayaannya dalam memberikan respons yang tepat dan jitu.

Jadi, buat masa ini, pengguna masih akan kerap kali menerima respons yang salah atau kurang tepat. Oleh sebab itu, andai pengguna hanya bergantung kepada platform ChatGPT untuk membuat tugasan atau mencari maklumat, sudah pasti banyak fakta dan data yang dijana mengandungi kesalahan, kurang sahih atau tidak munasabah. Ini memerlukan pengguna untuk menyemak respons yang diberi dan membuat penambahbaikan sendiri.

Cara Guna ChatGPT

Untuk menggunakan ChatGPT, korang perlu mempunyai akses kepada OpenAI API.

Setelah korang memperoleh API, korang boleh menggunakan platform ChatGPT dengan menghantar gesaan (prompt) dalam bentuk rentetan teks.

ChatGPT kemudiannya akan menjana respons berdasarkan maklumat yang telah dilatih.

Ikuti langkah-langkah berikut sekiranya korang baru pertama kali menggunakannya:

  • Buka platform ChatGPT
  • Log masuk (jika korang sudah mempunyai akaun, oleh log masuk terus)
  • Jika belum, korang kena daftar dulu, boleh guna akaun Google
  • Korang kena ‘verify your phone number’ dan masukkan no. tel
  • Klik ‘send code via SMS’
  • Masukkan code yang dihantar ke tel
  • Kemudian korang akan dibawa ke laman ChatGPT
  • Masukkan soalan yang korang nak tanya atau gesaan topik yang ingin dijana dalam kotak input

Cara menggunakan ChatGPT untuk marketing

ChatGPT dapat digunakan dalam berbagai cara untuk marketing, beberapa di antaranya adalah:

Menjana konten

ChatGPT boleh digunakan untuk menulis ulang artikel sedia ada, membuat artikel baru atau menghasilkan konten yang unik dan sesuai dengan audien korang.

Pembuatan skrip

Menggunakan ChatGPT untuk membuat skrip iklan atau video promosi yang menarik dan efektif.

Analisis sentimen

ChatGPT dapat digunakan untuk menganalisis sentimen dari ulasan produk atau layanan, yang dapat membantu perniagaan meningkatkan kualiti produk atau layanan.

Pembuatan bot

ChatGPT juga boleh digunakan untuk membuat bot percakapan (chatbot) yang dapat melayani pertanyaan pelanggan dan memberikan jawaban yang relevan.

Penghasilan tagline

ChatGPT dapat digunakan untuk membuat tagline yang menarik dan efektif untuk produk korang.

Analisis keyword

ChatGPT boleh digunakan untuk menganalisis kata kunci atau keyword yang digunakan dalam artikel yang dihasilkan, ini akan dapat membantu korang untuk meningkatkan SEO dan PPC.

Itulah dia sedikit perkongsian mengenai apa itu ChatGPT dan cara menggunakannya. Teknologi baru yang memiliki banyak potensi yang tidak boleh kita abaikan.

Rujukan Lain

Bagi yg nak tahu cara mengeluarkan duit ASB melalui portal myASNB, di sini dikongsikan cara keluarkan duit ASB online melalui myASNB..

Pasport korang dah tamat tempoh? Nak ke luar negara dalam masa terdekat ini? Baca cara renew passport Malaysia online ni utk rujukan korang..

Program MySTEP diteruskan lagi dengan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan! Minat nak mohon MySTEP? Jom baca cara memohon kerja MySTEP..

Tidak susah sebenarnya untuk menambahkan berat badan bayi. Ini merupakan cara menambah berat badan bayi baru lahir yang perlu korang tahu.

Kita memiliki pelbagai jenis stesen keretapi seperti KTM, ETS, MRT dan juga LRT. So, kali ini kita tengok pula cara beli tiket ETS online KTMB..

Signal WiFi korang lemah? Berikut dikongsikan cara kuatkan signal WiFi yang korang boleh lakukan. Ikuti 6 tips mudah ini..

Ramai masih tak mengetahui tanda-tanda awal penyakit buah pinggang. Oleh itu, di sini dikongsikan tanda-tanda sakit buah pinggang peringkat awal.

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!