Cara Menambah Berat Badan Bayi Baru Lahir

Untuk korang yang memiliki bayi yang baru lahir, tidak susah sebenarnya untuk menambahkan berat badan bayi yang baru lahir. Oleh itu, berikut merupakan cara menambah berat badan bayi baru lahir yang perlu korang tahu.

Cara Menambah Berat Badan Bayi Baru Lahir

Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila melihat bayi mereka dilahirkan dengan sihat dan memiliki berat yang baik bagi seseorang bayi. Namun begitu, tidak semua bayi yang dilahirkan di dunia ini dillahirkan dalam keadaan berat yang diinginkan oleh golongan ibu bapa.

Hal ini secara tidak langsung membuatkan golongan ibu bapa yang memiliki bayi yang sedikit kecil dan ringan khuatir akan kesihatan bayi mereka yang terlalu ringan. Walau bagaimanapun, setiap masalah atau kekhuatiran yang dialami pasti ada jalan penyelesaiannya.

Justeru, bagi ibu bapa yang ingin tahu bagaimana caranya untuk menambahkan berat badan bayi mereka, maka di bawah ini akan dinyatakan serba sedikit tentang cara menambah berat badan bayi baru lahir.

Jaga waktu tidur bayi

Umum mengetahui bahawa bayi yang baru lahir, rutin atau lumrahnya adalah makan dan tidur sahaja. Justeru, bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang mencukupi bagi memastikan berat badan bayi semakin bertambah.

Untuk korang yang nak tahu cara untuk tambahkan berat badan bayi dengan menjaga waktu tidur adalah seperti berikut:

  • Pastikan ibu bapa mengikut pola tidur bayi iaitu 16 jam sehari dan pastikan bayi tidak berada dalam keadaan kelaparan.
  • Sediakan ruang tidur yang selesa supaya bayi dapat berehat dengan selesa.
  • Ibu bapa juga boleh mendapatkan katil bayi yang memiliki ciri-ciri keselamatan yang baik untuk mengelakkan perkara tak diingini terjadi.

Oleh itu, ini merupakan salah satu cara menambah berat badan bayi baru lahir yang perlu korang tahu terutama sekali ibu bapa.

Berikan bayi susu ibu

Selain tidur yang mencukupi, bayi yang baru lahir juga memerlukan susu ibu untuk menambahkan berat badan.

Hal ini demikian kerana, susu ibu merupakan sumber susu alami dan berkhasiat yang sesuai untuk kesihatan bayi. Namun begitu, terdapat beberapa tips pemberian susu ibu.

Berikut merupakan tips yang boleh korang lakukan.

  • Susu ibu harus diberikan mengikut jadual atau sewaktu bayi berasa lapar. Namun begitu, adalah lebih baik jika ibu memberikan susu kepada bayi yang baru lahir secara terus daripada payudara ibu sendiri.
  • Ibu juga boleh memberikan susu ibu melalui botol susu jika bayi yang baru lahir sukar untuk minum secara terus daripada payudara ibu.
  • Pastikan ibu tidak membiarkan bayi menangis jika mereka kelaparan.
  • Jika ibu memiliki atau mengalami jangkitan puting, disegerakan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengelakkan bayi menolak untuk minum susu ibu dan sekaligus menyebabkan berat badan bayi semakin menurun.

Jaga kebersihan kulit bayi

Pasti korang tertanya-tanyakan mengapa menjaga kebersihan kulit bayi dikatakan juga sebagai cara menambah berat badan bayi baru lahir.

Untuk pengetahuan semua, penjagaan kulit bayi sangat penting supaya bayi sentiasa berada dalam keadaan selesa dan apabila ia selesa, bayi dapat tidur dalam keadaan tenang dan sekaligus dapat menaikkan berat badan bayi.

Namun begitu, korang harus tahu tips yang betul untuk penjagaan kulit bayi seperti:

  • Pilih jenis baju atau fabrik yang sesuai seperti bahan cotton yang lembut yang sesuai untuk bayi.
  • Pastikan bayi dimandikan dengan teratur untuk mengelakkan kulit bayi kering dan tidak berlaku sebarang penyakit.

Justeru, jika kulit bayi dijaga dengan betul, secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan lagi berat badan bayi.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi cara menambah berat badan bayi baru lahir yang boleh di amalkan oleh golongan ibu yang baru melahirkan anak. Hal ini bagi memastikan bayi mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bertenaga.

Justeru, cara-cara yang dinyatakan di atas ini sangat membantu ibu bapa, serta diharapkan perkongsian ini juga dapat membantu bayi korang menambahkan lagi berat badan.

Rujukan Lain

Malas nak jalan jauh-jauh pegi kaunter semata-mata nak beli tiket bas? Tiada masalah. Kita belajar cara beli tiket bas online kali ni..

Dividen ASB dah masuk! Malas pula nak beratur. Jadi kali ni, jom kita lihat cara daftar ASB online pertama kali dan semak dividen ASB..

Bagi yg belum tahu cara membuat semakan baki loan Bank Rakyat secara online. Di sini dikongsikan cara semak baki pinjaman bank rakyat secara online..

Pemberian STR adalah bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Di sini dikongsikan cara login STR 2023 & soalan-soalan lazim mengenai STR 2023.

Bagi yg nak tahu caran mengeluarkan duit ASB melalui portal myASNB, di sini dikongsikan cara keluarkan duit ASB online melalui myASNB..

Pasport korang dah tamat tempoh? Nak ke luar negara dalam masa terdekat ini? Baca cara renew passport Malaysia online ni utk rujukan korang..

Program MySTEP diteruskan lagi dengan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan! Minat nak mohon MySTEP? Jom baca cara memohon kerja MySTEP..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!