Cara Kuatkan Signal WiFi (6 Tips Mudah)

Terdapat beberapa cara yang korang boleh lakukan untuk memastikan signal wifi korang menjadi lebih kuat dan korang dapat mengakses internet dan mencari maklumat dengan lebih pantas dan laju. Berikut dikongsikan cara kuatkan signal WiFi yang korang boleh lakukan. Ikuti 6 tips mudah di bawah..

Cara Kuatkan Signal WiFi

Penggunaan internet sangat diperlukan di dalam kehidupan dan ianya sering digunakan oleh ramai orang yang ingin mencari maklumat dalam laman sesawang dan juga untuk menjalankan perniagaan serta perjumpaan mesyuarat secara atas talian. Namun begitu, terkadang signal wifi yang sangat perlahan dan lambat sering menjadi masalah kepada orang ramai yang sangat memerlukan akses internet dengan cepat.

Sebagai contoh, ketika Malaysia dilanda dengan gelombang virus yang sangat dahsyat iaitu covid 19, banyak masyarakat terutama golongan yang bekerja dan sedang belajar terpaksa menggunakan internet sebagai medium untuk mereka berhubung dengan orang lain, bekerja dan belajar.

Bukan itu sahaja, para pelajar universiti juga menghadapi masalah gangguan signal wifi yang sangat perlahan sehingga menyukarkan mereka untuk berinteraksi dengan pensyarah dan juga pelajar yang lain ketika sesi pembelajaran dan pembentangan assignment mereka.

Apa itu WiFi?

Wi-Fi atau juga disebut sebagai WiFi adalah piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar menerusi WLAN (Wireless Local Area Network). WiFi berperanan membolehkan alat elektronik untuk bertukar data atau disambung ke internet dengan menggunakan gelombang radio 2.4 GHz UHF dan 5 GHz SHF.

Kerap kali Wi-Fi sering dianggap singkatan untuk wireless fidelity. Namun, sebetulnya Wi-Fi ialah tanda dagangan dan digunakan dengan terma audiophile Hi-Fi.

Wi-Fi Alliance mendefinisikan Wi-Fi sebagai mana-mana produk WLAN yang berdasarkan piawaian 802.11. Kelebihan Wi-Fi ialah ia berasaskan piawaian IEEE 802.11. Buat masa ini, jarak capaian Wi-Fi adalah di antara 75 hingga 125 meter.

Sebelum korang mengetahui tentang cara kuatkan wifi, korang perlu tahu mengapa korang mempunyai wifi yang agak perlahan. Maka dengan itu, korang perlu menjalankan ujian kelajuan internet untuk melihat jenis kelajuan internet oleh router korang sebelum ianya ditukarkan kepada isyarat wayarless.

Kenapa WiFi slow?

Tetapi secara asasnya, 5 sebab wifi lemah atau slow adalah disebabkan oleh:

  1. Router yang lemah
  2. Router diletakkan dalam tempat tertutup
  3. Rumah besar / banyak dinding / banyak tingkat
  4. Banyak sangat device dalam satu wi-fi yang sama
  5. Network adapter / penerima kat PC atau peranti korang lemah

Setelah korang jalankan ujian kelajuan sambungan internet oleh router korang dan dah tahu punca kenapa WiFi korang slow, korang boleh ambil mana-mana tips di bawah untuk cara kuatkan signal WiFi.

Router diletakkan di kedudukan yang lebih baik

Mengapa kedudukan router dikatakan sebagai salah satu daripada 5 cara kuatkan signal wifi korang adalah kerana, jika korang meletakkan router di tempat yang sukar menembusi bahan pepejal seperti dinding, peralatan logam dan sebagainya, maka kelajuan internet akan menjadi perlahan dan sentiasa terputus.

Oleh itu, adalah lebih baik jika korang meletakkan router wifi di lokasi pusat atau ruang terbuka yang lebih luas untuk memastikan kelajuan internet korang dapat sampai ke setiap kawasan rumah anda tanpa sebarang halangan.

Sambungan ke jalur 5Ghz

Selain itu, jika korang memiliki router wifi dwi jalur atau tri jalur, anda harus menggunakan jalur 5Ghz untuk menguatkan lagi signal wifi korang. Hal ini dikatakan demikian kerana, jika anda menggunakan peralatan seperti komputer riba, televisyen, telefon bimbit, tablet dan sebagainya.

Jalur 5Ghz adalah sambungan jalur yang baik untuk menguatkan signal wifi korang sekaligus akses internet akan menjadi lebih pantas berbanding korang menggunakan jalur 2.4Ghz.

Gunakan WiFi Extender

Apa benda Wifi Extender ni? Wifi Extender berfungsi melebarkan liputan signal Wifi utama (yg sedia ada) didalam sesebuah rumah. Proses pemasangan Wifi Extender juga cukup mudah. Benda ni korang boleh cari di shopee. Taip je WiFi Extender. Pilihlah brand apa nak.

Kalau brand TP-LINK, Korang cuma perlu setkan beberapa setting di dalam Wifi Extender tu. Setting ni boleh diakses melalui browser dengan menaip http://tplinkrepeater.net.

Wifi Extender menyediakan option Quick Installation dimana korang hanya follow sahaja skrin yang memerlukan beberapa input. Setting yang diperlukan ialah usernama dan user id Wifi utama korang. Sebabnya ialah Wifi Extender perlu ‘ngam’ dengan Wifi utama. Bila dah ‘ngam’ nanti, Wifi Extender dan Wifi utama boleh saling memindahkan data ke peranti di rumah korang.

Kata laluan yang kukuh

Penggunaan kata laluan yang kukuh juga antara salah satu cara untuk menguatkan signal wifi. Hal ini demikian kerana, jika kata laluan yang korang gunakan tidak terlalu kukuh dan mudah untuk di-hack, kemungkinan besar untuk orang lain mencuri internet korang adalah sangat tinggi.

Oleh itu, korang harus memastikan kata laluan wifi korang kukuh untuk melindungi daripada internet korang di curi.

Kemaskini perisian router wifi

Salah satu masalah atau punca signal wifi korang bermasalah adalah korang tidak mengemaskini perisian router wifi dalam tempoh masa yang sepatutnya di kemaskinan. Hal ini demikian, jika korang membiarkan router wifi tidak dikemaskini dalam jangka masa yang lama atau tidak pernah sama sekali mengemaskini router wifi korang.

Ini secara tidak langsung akan menjadi masalah dan punca kepada terjejasnya signal wifi yang teruk dan perlahan. Justeru, korang harus memastikan router wifi sentiasa di kemaskinikan untuk mengelakkan signal wifi menjadi teruk.

Antena luaran

Jika korang lihat dari luar router tidak mempunyai antena, kalau ada pun nampak pendek jer. Namun hakikatnya router mempunyai antena dan ianya berada di dalam peranti yang korang tidak dapat melihatnya.

Antena yang berada di dalam tersebut sangat lemah daripada antena luaran sehingga korang harus memasang antena luaran untuk memastikan signal wifi korang menjadi lebih kuat. Justeru, antena luaran ini sangat bagus untuk korang yang inginkan signal wifi korang menjadi lebih kuat. Bagi yang nak beli, boleh beli. Boleh cari di shopee.

Macam atok, main hack jer. Atok potong tin minuman aluminimum tu. Potong bahagian atas, potong bahagian bawah dan akhir sekali belah menjadi sekeping camtu. Kemudian lekapkan ke router wifi korang. InsyaAllah sedikit sebanyak ia akan membantu memperkuatkan signal wifi yang diterima oeh router.

Kesimpulannya, masih terdapat banyak lagi cara untuk kuatkan signal wifi korang. Namun begitu, 6 cara kuatkan signal wifi yang dinyatakan di atas ini adalah antara cara yang korang boleh gunakan untuk menguatkan wifi di rumah atau di tempat kerja.

Rujukan Lain

Bagi yg belum tahu cara membuat semakan baki loan Bank Rakyat secara online. Di sini dikongsikan cara semak baki pinjaman bank rakyat secara online..

Pemberian STR adalah bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Di sini dikongsikan cara login STR 2023 & soalan-soalan lazim mengenai STR 2023.

Bagi yg nak tahu cara mengeluarkan duit ASB melalui portal myASNB, di sini dikongsikan cara keluarkan duit ASB online melalui myASNB..

Pasport korang dah tamat tempoh? Nak ke luar negara dalam masa terdekat ini? Baca cara renew passport Malaysia online ni utk rujukan korang..

Program MySTEP diteruskan lagi dengan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan! Minat nak mohon MySTEP? Jom baca cara memohon kerja MySTEP..

Tidak susah sebenarnya untuk menambahkan berat badan bayi. Ini merupakan cara menambah berat badan bayi baru lahir yang perlu korang tahu.

Kita memiliki pelbagai jenis stesen keretapi seperti KTM, ETS, MRT dan juga LRT. So, kali ini kita tengok pula cara beli tiket ETS online KTMB..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!