Cara Renew Passport Malaysia Online

Passport memiliki had tempoh penggunaannya sama seperti lesen memandu dan sebagainya. Oleh itu, bagi korang yang mempunyai passport tetapi sudah tamat tempoh, maka korang perlu perbaharui passport malaysia tamat tempoh itu semula supaya korang dapat menggunakan passport tersebut untuk urusan perjalanan ke luar negara. Dah tahu cara renew passport Malaysia online?

Cara Renew Passport Malaysia Online

Passport merupakan salah satu perkara yang penting bagi orang ramai yang ingin bercuti keluar negara. Tanpa passport, orang ramai tidak dapat untuk bercuti atau melakukan urusan kerja-kerja yang melibatkan pergerakan keluar negara.

Bukan itu sahaja, jika korang ingin bercuti keluar negara tetapi tidak membawa passport, maka korang tidak akan dibenarkan untuk menaiki pesawat untuk terbang keluar negara.

Justeru, kerana itu passport dikatakan antara barang yang paling penting kepada orang ramai yang sentiasa memiliki urusan di luar negara.

Namun begitu, pasti ada di antara korang yang masih belum tahu tentang cara renew passport tamat tempoh. Untuk pengetahuan korang selain renew passport di tempatnya iaitu secara walk in, korang juga boleh merenew passport melalui online iaitu atas talian.

Justeru, bagi korang yang tertanya-tanya bagaimana cara renew passport malaysia terkini, maka di sini akan dinyatakan tentang cara renew passport Malaysia online yang boleh korang ketahui.

Apa itu Passport?

Passport merupakan dokumen perjalanan yang berfungsi mengesahkan identiti dan kewarganegaraan seseorang. Antara fungsi utama passport ialah memudahkan perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali ke negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara pengeluar passport tersebut. Passport adalah hak milik kerajaan pengeluar dan ianya boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

Pasport juga dikaitkan dengan hak perlindungan undang-undang di luar negeri, dan hak untuk kembali ke negara di mana kewarganegaraannya. Pasport biasanya memaparkan maklumat seperti gambar foto pemilik, tandatangan, tarikh lahir, kewarganegaraan, serta kadang-kadang cara-cara yang lain untuk mengecam identiti pemilik.

myOnline passport

Untuk makluman, jika ada di antara korang yang ingin renew passport Malaysia secara online, korang boleh renew melalui myOnline Passport. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

Jika korang nak tahu apa itu myOnline passport atau MyIMMS eServices adalah sebuah portal yang telah diperkenalkan bagi pelbagai kemudahan yang dikendalikan oleh Jabatan Imegresen Malaysia seperti:

  • MyOnline Residence Pass
  • MyOnline Foreign Maid/Foreign Worker
  • MyOnline Permit
  • ePLSI

Di atas ini merupakan antara kemudahan yang dikendalikan oleh Jabatan Imegresen Malaysia melalui MyIMMS eServices.

Lantaran terlalu ramai orang yang ingin memperbaharui passport, maka dengan itu, kerajaan Malaysia telah membangunkan satu platform iaitu aplikasi permohonan secara dalam talian melalui platform MyIMMS eServices.

Platform ini secara tidak langsung dapat memudahkan orang ramai yang ingin membuat pembaharuan atau renew passport Malaysia. Justeru, mari kita lihat cara renew passport Malaysia online yg betul.

Cara renew passport Malaysia online

Berikut merupakan cara renew passport Malaysia online:

1) Korang perlu layari portal MyIMMS eServices.

2) Lihat di bahagian ‘MyOnline Passport’ kemudian klik pada ‘permohonan passport – application for the renewal of passport’.

3) Kemudian halaman yang seterusnya, terdapat penerangan mengenai tempoh pengeluaran passport, terma dan syarat, spesifikasi foto passport, jumlah bayaran dan juga lain-lain perkara.

4) Pastikan kesemua informasi yang dipaparkan dibaca dengan penuh teliti.

5) Seterusnya, klik pada butang setuju di bahagian bawah halaman yang di buka.

6) Kemudian, korang perlu melengkapkan segala maklumat yang telah dikehendaki dan pastikan tidak berlaku sebarang kesilapan.

7) Seterusnya, korang perlu memilih cawangan kutipan passport dan setelah itu korang perlu memuat naik gambar mengikut kriteria yang telah dinyatakan. Di maklumkan jika korang gagal berbuat demikian, ianya akan menyebabkan permohonan korang ditolak.

8) Selanjutnya, korang perlu melengkapkan pembayaran dengan menggunakan fungsi perbankan internet atau kredit kad.

9) Setelah selesai segala maklumat dan arahan yang diberikan serta pembayaran juga telah dilaksanakan, maka korang perlu menyimpan resit yang telah diberikan.

Justeru, ini merupakan antara cara renew pasport Malaysia online yang korang perlu tahu. Bukan itu sahaja, setelah selesai segalanya, pemohon akan diminta hadir sendiri untuk mengambil passport dengan mengemukakan kad pengenalan, resit bayaran dan passport sedia ada.

Untuk pengambilan passport yang telah di-renew ini, tiada wakil yang dibenarkan untuk mengambilnya.

Kesimpulannya, bagi korang yang tidak tahu dan tertanya-tanya tentang cara renew passport Malaysia online, korang bolehlah rujuk cara-cara yang telah dinyatakan di atas.

Cara-cara tersebut dapat membantu korang yang ingin memperbaharui passport yang telah tamat tempoh penggunaannya secara online atau atas talian.

Justeru, diharapkan perkongsian yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang ingin memperbaharui passport Malaysia secara online.

Beberapa soalan lazim mengenai cara perbaharui passport malaysia tamat tempoh

Where to renew passport malaysia?

Passports can be renewed in Malaysia at any Malaysian Immigration Department office or, if you are overseas, at the Malaysian High Commission or Embassy. You may also renew your passport online using the e-services site of the Malaysian Immigration Department. Before renewing your passport, verify the expiration date and ensure that you have all of the essential papers, including a completed application form, your current passport, and a passport-sized photo.

How much renew passport malaysia?

In Malaysia, the cost of renewing a passport varies based on the kind of passport and the processing period. The price for a basic 10-year adult passport is roughly RM200. The charge for express processing may be greater. For the most up-to-date information on passport renewal fees, see the Malaysian immigration department’s official website.

How long renew passport malaysia?

After the applicant files a full and valid application, the renewal time for a Malaysian passport is generally 7 working days. The period may vary based on the conditions and workload of the passport office, therefore check with the local passport office for the most up-to-date information.

Rujukan Lain

Nak sambung belajar? Atok akan pecahkan perbezaan tingkatan 6, matrikulasi dan diploma berdasarkan beberapa kriteria. Moga membantu korang memilih..

Nak masuk matrikulasi? Bagi yang masih tertanya-tanya bilakah permohonan kemasukan matrikulasi 2023 dibuka, KPM telah mengeluarkan tarikh rasmi..

Malas nak jalan jauh-jauh pegi kaunter semata-mata nak beli tiket bas? Tiada masalah. Kita belajar cara beli tiket bas online kali ni..

Dividen ASB dah masuk! Malas pula nak beratur. Jadi kali ni, jom kita lihat cara daftar ASB online pertama kali dan semak dividen ASB..

Bagi yg belum tahu cara membuat semakan baki loan Bank Rakyat secara online. Di sini dikongsikan cara semak baki pinjaman bank rakyat secara online..

Pemberian STR adalah bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Di sini dikongsikan cara login STR 2023 & soalan-soalan lazim mengenai STR 2023.

Bagi yg nak tahu caran mengeluarkan duit ASB melalui portal myASNB, di sini dikongsikan cara keluarkan duit ASB online melalui myASNB..

Bagi korang yang NAK tahu senarai IKBN dan IKTBN serta kursus yang ditawarkan, ini senarai penuh IKBN dan IKTBN beserta kursus yang ditawarkan..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!