Cara Beli Tiket ETS Online KTMB

Jika sebelum ini kita bercerita tentang pengangkutan awam seperti bas, kini tiba giliran pengangkutan awam yang lain pula iaitu keretapi. Seperti yang diketahui, di Malaysia kita memiliki pelbagai jenis stesen keretapi seperti KTM, ETS, MRT dan juga LRT. So, kali ini kita tengok pula cara beli tiket ETS online KTMB.

Cara Beli Tiket ETS Online KTMB

KTM, ETS, MRT dan juga LRT merupakan antara pengangkutan awam jenis keretapi yang sering di gunakan oleh orang ramai. Tidak kira sama ada dari usia muda mahupun tua untuk tujuan bekerja dan juga bersiar-siar.

Berita baik yang masih belum diputuskan ialah kerajaan sedang merangka mekanisma agar OKU dan pelajar sekolah rendah diberikan tambang percuma menaiki pengangkutan awam. Ini memang membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat. Kita berharap kerajaan dapat segera memutuskan perkara ini dalam masa yg terdekat.

Untuk pengetahuan semua juga, korang boleh lihat bahawa kesemua keretapi awam ini banyak terdapat di banda-bandar kerana seperti yang dikatakan keretapi merupakan salah satu pengangkutan awam yang sering digunakan untuk urusan pergerakan ke destinasi tempat kerja korang.

KTM, ETS dan MRT ini juga sering menjadi pilihan orang ramai dalam melakukan pergerakan perjalan dek kerana dengan menggunakan pengangkutan awam seperti keretapi ini dapat menjimatkan masa perjalanan dan memudahkan pergerakan.

Mengapa keretapi dikatakan menjimatkan masa perjalanan? Ini kerana penggunaan keretapi tidak perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan hanya perlu menunggu ketibaan keretapi sahaja untuk memulakan perjalanan. Oleh kerana itu, ianya sering menjadi pilihan orang ramai yang keluar bekerja pada waktu pagi.

Selain itu, keretapi seperti KTM, ETS dan LRT juga sering menjadi pengangkutan bagi mereka yang tinggal di bandar untuk pulang ke kampung terutama sekali ketika musim perayaan. Hal ini demikian kerana, selain untuk mempercepatkan perjalanan dan mengelakkan kesesakan lalu lintas, sesetengah pengguna sanggup menggunakan ETS dan KTM sebagai pengangkutan mereka untuk pulang ke kampung.

Oleh itu, disebabkan terlalu ramai yang menggunakan KTM dan ETS, maka pengguna terpaksa tergesa-gesa datang ke kaunter tiket untuk membelinya dek kerana tiket keretapi seperti ETS sering kehabisan.

Namun begitu, kini pengguna KTM dan ETS tidak perlu bersusah payah untuk datang secara langsung ke kaunter tiket untuk membeli tiket perjalanan. Hal ini demikian kerana, korang boleh sahaja membeli atau menempah tiket ETS melalui online untuk mengelakkan tiket habis dengan cepat.

Apa itu ETS?

ETS adalah kependekan untuk Electric Train Service. ETS merupakan perkhidmatan tren laju antara bandar di antara Padang Besar, Butterworth, Kuala Lumpur dan Gemas yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu pada 12 Ogos 2010 yang lalu.

Untuk pengetahuan korang, ETS ialah perkhidmatan penumpang rel antara bandar yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggunakan tren elektrik berbilang unit (EMU). Bukan itu sahaja, ETS juga merupakan perkhidmatan keretapi elektrik kedua yang dikendalikan oleh syarikat keretapi Malaysia.

Sehingga kini, terdapat 36 stesen yang berkhidmat di sepanjang laluan ini, iaitu dua di Perlis, empat di Kedah, empat di Pulau Pinang, 13 di Perak, lima di Selangor, empat di Kuala Lumpur, dua di Melaka dan dua lagi di Negeri Sembilan.

Kelajuan maksimum ETS adalah 140 km/jam, walaupun sebenarnya tren ETS ini direka untuk mencapai kelajuan sehingga 160 km/jam. Setiap tren ETS boleh mengangkut 350 orang penumpang maksimum pada satu-satu masa, dan terdiri daripada enam gerabak sepanjang 138 meter dan berat 231.8 tan.

Manakala, setiap gerabak pula bersaiz 22.95 meter (panjang), 2.75 meter (lebar) dan 4 meter (tinggi).

Cara beli tiket ETS online

Justeru, bagi yang ingin tahu cara bagaimana untuk membeli tiket ETS secara online, di sini akan dinyatakan tentang cara beli tiket ETS online KTMB.

Berikut merupakan cara pembelian tiket ETS secara online.

1.Korang perlu melayari laman web KTMB ataupun melalui KTMB Mobile.

2.Pastikan anda memilih perkhidmatan ETS pada origin dan destination.

3.Kemudian pilih tarikh pergi dan balik

4.Korang boleh memilih bilangan penumpang yang diinginkan

5.Kemudian tekan search

6.Seterusnya, masa perjalanan ETS pada masa itu akan terpapar.

7.Selanjutnya, korang perlu untuk log masuk untuk meneruskan tempahan tiket tersebut.

Justeru, itu merupakan sedikit sebanyak cara beli tiket ETS online KTMB yang korang perlu tahu. Cara tersebut tidaklah begitu sukar dan sangat mudah. Apa yang paling penting adalah ianya sangat menjimatkan masa korang dalam pembelian tiket.

Kesimpulannya, ini merupakan sedikit sebanyak tentang cara beli tiket ETS online KTMB yang boleh korang ketahui. Bukan itu sahaja, juga telah dikongsikan serba sedikit tentang definisi ETS bagi mereka yang tidak mengetahuinya.

Oleh itu, bagi korang yang sedang bekerja tetapi dalam masa yang sama korang ingin membuat tempahan atau membeli tiket ETS, maka korang sangat digalakkan untuk membeli tiket ETS ini secara online.

Hal ini secara tidak langsung dapat memudahkan urusan korang yang sedang bekerja tanpa perlu bersusah payah datang ke kaunter tiket untuk membeli tiket ETS.

Oleh itu, diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang ingin membeli tiket ETS secara online.

Rujukan Lain

Dividen ASB dah masuk! Malas pula nak beratur. Jadi kali ni, jom kita lihat cara daftar ASB online pertama kali dan semak dividen ASB..

Bagi yg belum tahu cara membuat semakan baki loan Bank Rakyat secara online. Di sini dikongsikan cara semak baki pinjaman bank rakyat secara online..

Pemberian STR adalah bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Di sini dikongsikan cara login STR 2023 & soalan-soalan lazim mengenai STR 2023.

Bagi yg nak tahu cara mengeluarkan duit ASB melalui portal myASNB, di sini dikongsikan cara keluarkan duit ASB online melalui myASNB..

Pasport korang dah tamat tempoh? Nak ke luar negara dalam masa terdekat ini? Baca cara renew passport Malaysia online ni utk rujukan korang..

Program MySTEP diteruskan lagi dengan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan! Minat nak mohon MySTEP? Jom baca cara memohon kerja MySTEP..

Tidak susah sebenarnya untuk menambahkan berat badan bayi. Ini merupakan cara menambah berat badan bayi baru lahir yang perlu korang tahu.

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!