Cara Check iPhone Original Atau Refurbish, Cuba Cek Korang Punya Tu..

Sebelum korang beli iPhone, ada beberapa perkara yang korang kena cek dahulu. Jadi, artikel ini Atok tulis sebagai langkah berjaga-jaga di mana cara check iPhone original atau refurbish bagi iPhone yang korang dah terbeli atau bakal beli.

Cara Check iPhone Original Atau Refurbish

iPhone sekarang memang popular di kalangan remaja dan dewasa. Ada yang menganggap pengguna iPhone adalah untuk mereka yang berduit, hensem, kaya dan tinggal di kayangan sahaja. Maklumlah, harga iPhone agak mahal berbanding telefon jenama lain.

Malangnya, ramai penjual iPhone yang bijak menipu pembeli. Harga sama mahal dengan original, tapi fake rupanya. Hal ini, korang kena lebih berhati-hati sebelum membeli apa jua jenama telefon. Lagi-lagi iPhone.

Jadi, Atok akan kongsikan kepada korang cara cek iPhone original atau refurbish. Jangan sampai tertipu dengan penjual-penjual di luar sana terutamanya penjual online.

Cara cek iPhone original atau refurbish

1. Pegi ke Settings
2. General
3. About
4. Model
5. Serial Number
6. Lihat pada model nombor

Kalau korang nak tahu cara cek iPhone original ataupun refurbish korang kena lihat pada model nombor pada langkah yang Atok berikan di atas.

Kalau model nombor mempunyai huruf pertama huruf ‘M’ maka iPhone korang original. Tapi kalau huruf pertama huruf ‘N’ maka ia adalah refurbished set.

Maksud pada huruf pertama model nombor

1. M – Retail Unit
2. N – Replacement Unit (can be refurbished)
3. P – Personalized Unit
4. F – Refurbished Unit

Cara cek iPhone original melalui serial number

Satu lagi cara cek iPhone original atau refurbish ialah dengan menggunakan semakan serial number iPhone yang tersendiri. Serial number adalah unik bagi setiap unit. Tiada dua iPhone memiliki serial number yang sama.

Berikut cara check iphone ori atau tak ori:

  • Pegi Settings
  • Pilih “General”
  • Klik “About”. Di sini korang boleh tengok serial number.
  • Copy serial number tu.
  • Buka link semakan Apple ni dan paste serial number.
  • Lengkapkan Captcha
  • Tekan “Submit”
  • Status iPhone korang akan dipaparkan.

Kesimpulannya, mesti korang peningkan apa itu maksud refurbish. Untuk refurbish ini ada dua, iaitu; daripada Apple sendiri, di mana komponen dalaman dan luaran original dari Apple. Manakala dari pihak ketiga pula menggunakan komponen original dan ada yang tidak original.

Jadi pelanggan perlu trade in iPhone mereka dan syarikat telekomunikasi akan jual telefon lama tadi kepada pihak ketiga. Pihak ketiga akan membaiki dan memperbaharui kemudian menjualnya sebagai iPhone Refurbished di pasaran.

Korang dah faham belum tu?

Apa-apapun, sebelum korang beli telefon kayangan ni, korang boleh ketahui cara check iPhone original atau refurbish menggunakan info yang dikongsikan di sini. Harap membantu korang semua.

Rujukan Lain

Panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah tanda tanda anxiety. Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda anxiety attack pada seseorang..

Guru menjadi kerjaya yang sangat popular dan menjadi rebutan di kalangan pelajar. Baca lima laluan kerjaya guru sekolah menengah atau sekolah di sini..

Banyak ke puasa Ramadan yang tertinggal? Kena ganti tu. Masih ingat niat puasa enam dan puasa ganti ramadan serta kelebihannya?

Di sini akan dikongsikan tentang cara menggunakan portal eGUMIS semakan wang tak dituntut online & proses bayaran balik..

Jom ketahui perkara-perkara yang membatalkan puasa. Hal ini, agar ibadah kita di bulan Ramadhan yang barokah ini tidak menjadi sia-sia..

Banyak lagi ke hutang rumah tu? Lagi berapa tahun nak habis? Kalau tak pasti, cuba buat semakan baki pinjaman LPPSA korang. Tiga cara dikongsikan di sini..

Munafik atau talam dua muka juga dikenali sebagai hipokrit. Biasanya, berpura-pura mengikuti ajaran agama namun tidak membenarkan dalam hatinya. Oleh itu, artikel ini berkaitan ciri-ciri orang munafik..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!