Panduan Solat Jenazah JAKIM

Menurut Imam Syafie dalam pengurusan solat jenazah, wali lebih utama iaitu mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Namun begitu, masih ramai lagi di antara kita terutama anak-anak muda sekarang yang tidak mengetahui tentang tatacara melaksanakan solat jenazah. Oleh itu, kepada mereka yang ingin belajar, di bawah ini atok akan dikongsikan serba sedikit tentang panduan solat jenazah JAKIM. Ianya sangat senang dan mudah difahami serta diingati oleh semua orang.

Panduan Solat Jenazah JAKIM

Bagi mereka yang beragama Islam yang telah meninggal dunia, akan dilaksanakan solat jenazah ke atas mereka. Hal ini demikian kerana, solat tersebut dilaksanakan agar dosa si mati dapat diampunkan dan mendapat rahmat serta keredaan Allah SWT. Selain itu, bagi mereka yang belum mengetahui, solat jenazah juga merupakan fardhu kifayah ke atas orang yang hidup kecuali bagi orang-orang yang mati syahid.

Bagi mereka yang baru hendak mula mempelajari cara mengerjakan solat jenazah, korang perlu mengetahui bahawa panduan yang korang harus ketahui adalah persediaan solat jenazah, rukun solat jenazah dan juga cara solat jenazah. Oleh itu, mari kita lihat persediaan solat jenazah bagi panduan solat jenazah JAKIM.

Persediaan pertama yang perlu dilakukan adalah mayat perlulah diletakkan melintang ke arah qiblat di depan imam. Seterusnya, kepala mayat lelaki hendaklah berada di sebelah kiri imam dan imam pula hendaklah berdiri di sebelah kepala atau dada mayat. Selanjutnya pula, bagi mayat perempuan kepalanya hendaklah berada di sebelah kanan imam dan imam pula hendaklah berdiri di pinggangnya.

Selain itu, imam dan makmum akan menghadap qiblat bagi solat ghaib untuk menandakan ada jenazah di depan. Bukan itu sahaja, sof solat jenazah sebaik-baiknya hendaklah tiga sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang. Tak cukup pun tak mengapa.

Seterusnya, untuk rukun solat jenazah adalah seperti berikut:

1) Setiap rukun yang ada haruslah bermula dengan niat iaitu niat pada takbiratul ihram.
2) Bagi yang berkuasa hendaklah berdiri tanpa sebarang rukuk dan sujud.
3) Hendaklah takbir sebanyak empat kali termasuk takbiratul ihram
4) Sesudah takbir pertama, korang perlulah membaca surah Al-Fatihah
5) Sesudah takbir kedua korang perlulah selawat atas Nabi Muhammad SAW.
6) Selanjutnya, sesudah takbir ketiga, korang boleh membaca doa khas bagi jenazah
7) Yang terakhir adalah memberi salam sesudah takbir keempat.

Justeru, ini merupakan beberapa rukun solat jenazah yang perlu korang tahu dalam panduan solat jenazah JAKIM.

Selanjutnya, panduan terakhir solat jenazah yang perlu korang pelajari adalah cara-cara melaksanakan solat jenazah. Berikut merupakan cara-cara melakukan solat jenazah:

1) Korang dikehendaki berdiri dengan betul dan kemudian lafazkan niat solat jenazah.

2) Untuk takbir pertama korang perlu mengangkat takbir dan kemudian niat dalam hati “sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini kerana Alla Taala” dan kemudian baca Al-Fatihah.

3) Seterusnya, untuk takbir kedua korang perlu mengangkat takbir dan kemudian selawat ke atas nabi seperti dalam tahiyyat akhir dalam solat. “Allahuma solli a’la Muhammad waa’la ali Muhammad”.

4) Untuk takbir ketiga korang juga perlu mengangkat takbir kemudian membacakan doa untuk si mati. Pastikan doa yang di baca adalah betul bagi mayat lelaki dan perempuan.
Allahummargh firlahu warhamhu” (lelaki) “Allahummargh firlaha warhamha” (wanita).

5) Cara solat jenazah yang keempat adalah korang juga perlu mengangkat takbir yang keempat dan kemudian korang hanya perlu memberi salam ke kanan terlebih dahulu dan selepas itu ke kiri.

6) Setelah selesai memberi salam, korang bolehlah membaca beberapa surah seperti surah Al-ikhlas 3 kali, surah Al- falaq 1 kali dan surah An-nas 1 kali. Seterusnya, surah Al-fatihah 1 kali, surah Al-baqarah ayat 1-5 dan ayat kursi 1 kali berserta doa yang sesuai.

Kesimpulannya, ini merupakan panduan solat jenazah JAKIM yang boleh korang pelajari dan fahami. Bagi mereka yang baru mula belajar tentang solat jenazah terutama cara-cara solat jenazah, di atas ini terdapat cara-cara ringkas untuk melakukan solat jenazah yang mudah untuk korang fahami dan ikuti.

Rujukan Lain

Barangan sekolah baru boleh menceriakan mood & perasaan anak-anak. Di sini atok list-kan senarai keperluan barang sekolah rendah yang perlu dibeli..

Oleh kerana cili-cili kering yg dijual di kedai memiliki rupa yg sama. Jadi, di sini atok bincangkan tips cara pilih cili kering tak pedas..

Kemerosotan ekonomi dijangka berlaku pada tahun 2023 ini. Jom bersedia. Kali ini atok akan kongsikan tentang tips simpan duit gaji kecil..

Baca beberapa tips simpan duit kahwin dalam masa setahun yang boleh korang amalkan sebelum tarikh mendirikan rumah tangga korang tiba..

Bagi korang yang bekerja dalam sektor kerajaan pasti ingin mengetahui tarikh-tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2023. Jom lihat di sini..

Bagi korang yang belum mengetahui ataupun sudah lupa mengenai keunikan bendera Malaysia. Jom ketahui maksud warna bendera Malaysia..

Kalendar cuti sekolah dan cuti umum 2023 ini adalah untuk memudahkan masyarakat merancang perjalanan dan perbelanjaan yg terlibat. Moga bermanfaat!

Korang perlu membuat semakan untuk mengetahui sama ada korang memiliki saman atau tidak. Jom check saman online pdrm di sini..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!