Oleh kerana lagi berapa hari menjelang puasa, sebagai seorang muslim kita harus tahu perkara-perkara yang membatalkan puasa. Hal ini, agar ibadah kita di bulan Ramadhan yang barokah ini tidak menjadi sia-sia. Puasa ini berkonsepkan menahan diri daripada perbuatan yang membatalkan puasa bermula daripada subuh hingga maghrib. Misalnya, dilarang makan dan minum apabila semasa berpuasa. Namun, bukan itu sahaja perbuatan yang membatalkan puasa. Korang jangan buat pula..
Isi Kandungan
Berikut, Atok akan kongsikan, beberapa perkara yang membatalkan puasa kepada korang.
Perkara yang membatalkan puasa, antaranya termasuklah..
1. Makan dan minum dengan sengaja
Sekiranya korang makan dan minum dengan niat sengaja tidak kiralah sedikit ataupu banyak sekali pun tetap membatalkan puasa. Namun, kalau korang lupa dan tidak sengaja, maka puasa korang tidak terbatal dan orang boleh meneruskan puasa sehingga berbuka puasa.
Jangan pula, tak sengaja tapi tetap juga ditelannya air tu. Bukan, salah tu salah. Selain itu, kalau korang mempunyai habit mengigit selain daripada makanan seperti kuku juga tetap batal tau. Jadi kena beringat dan hati-hati tau.
2. Sengaja muntah
Muntah dengan sengaja merupakan perkara yang membatalkan puasa korang juga tau. Sekiranya muntah maka puasa korang terbatal dan wajib membayarnya dengan qada’ puasa.
Misalnya, ketika perut kosong korang akan rasa mual dan ingin muntah kan. Jadi, muntah sahaja penyelesaiannya untuk melegakan perut korang. Muntah tidak membatalkan puasa tapi kalau korang sengaja maka puasa korang terbatal.
3. Merokok
Walaupun rokok bukan bersifat makanan tapi tetap membatalkan puasa. Mungkin ada yang menganggap, merokok menghirup wap sahaja bukan makan dan minum. Namun, wap asap yang masuk ke dalam rongga menyebabkan puasa korang terbatal. Yang penting, wap asap yang berbentuk seperti rokok dan tembakau.
Tapi, kalau korang masak dan terhidu bauan masakan tidak masalah. Asalkan korang tak sedut secara keterlaluan wap masakan yang berkepul atas kuali tu dengan hidung dan mulut. Atok buat ni masa kecik. Kononnya nak kurangkan rasa lapar. Haha..
4. Haid atau nifas
Isu ini ialah perkara yang membatalkan puasa bagi wanita. Ini akan berlaku pada wanita sahaja. Hal ini kerana, setiap bulan mengambang, wanita di luar sana akan mengalami haid termasuk pada bulan puasa.
Jadi, ketika korang berpuasa korang kena berada dalam keadaan suci. Kalau korang datang haid maka puasa akan terbatal. Walaupun, lagi beberapa minit nak berbuka puasa. Wajib qada’ puasa ya.
5. Bekam juga termasuk perkara yang membatalkan puasa
Bekam merupakan rawatan yang mengeluarkan darah mengandungi toksin pada tubuh badan manusia. Kaedah bekam ini mungkin tidak sama seperti di atas yang Atok telah terangkan, namun korang tidak diperkenankan mengeluarkan apa-apa pun darah dari dalam tubuh ketika puasa. Termasuklah mengeluarkan darah daripada tubuh seperti bekam ini. Secara automatik, ini juga dikira perkara yang membatalkan puasa korang.
6. Suntikan
Apabila korang bersuntik, ia bersifat memasukkan ubat cecair ke dalam tubuh. Jadi, ia membatalkan puasa. Hal ini demikian kerana, cecair yang masuk dari suntikan ini menyebabkan rasa haus dan lapar akan hilang. Jadi, dengan bersuntik, ia merupakan perkara yang perlu dielakkan apabila berpuasa. Kecuali atas faktor keselamatan seperti suntikan ubatan.
7. Pitam
Pitam ataupun pengsan sehingga waktu maghrib atau hampir berbuka puasa juga adalah perkara yang membatalkan puasa. Jika, korang sedar sebelum waktu berbuka atau maghrib korang wajib teruskan puasa dan tidak terbatal sama sekali. Korang kena rehat dengan cukup lah selepas itu. Kalau doktor nasihatkan korang buka puasa boleh je. Tapi kenalah ganti puasa yang korang terlepas tu.
Konklusinya, oleh kerana lagi beberapa hari kita akan menjalankan ibadah puasa, Atok harap korang faham dan manfaatkan perkongsian daripada Atok ini. Terdapat banyak perkara yang menjadi persoalan kepada ramai orang apabila puasa.
Jadi, kalau korang was-was bolehlah bertanya kepada mereka yang pakar. Itu lebih baik lah. Atok disini hanya memperingatkan dan menyampaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Atok tak pakar bab agama ni.
Jadi, Atok harap perkongsian perkara yang membatalkan puasa ini membantu korang sedikit sebanyak dalam menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.
Selamat berpuasa semua..
Rujukan Lain
Bermacam-macam petua dan cara hilangkan sakit gigi berdenyut dicuba oleh orang yang tak suka pergi ke hospital atau klinik. Jom cuba yang ini..
Stess boleh dikawal jika korang tahu caranya. Tahukah korang, bahawa kadar depression mahupun anxiety ini boleh diukur dengan Ujian DASS KKM Online?
Solat tahajjud ini akan menjadi cahaya yang menerangi kegelapan kubur nanti. Jadi, atok kongsikan bagaimana cara solat tahajud perempuan yang betul..
Panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah tanda tanda anxiety. Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda anxiety attack pada seseorang..
Guru menjadi kerjaya yang sangat popular dan menjadi rebutan di kalangan pelajar. Baca lima laluan kerjaya guru sekolah menengah atau sekolah di sini..
Banyak ke puasa Ramadan yang tertinggal? Kena ganti tu. Masih ingat niat puasa enam dan puasa ganti ramadan serta kelebihannya?
Di sini akan dikongsikan tentang cara menggunakan portal eGUMIS semakan wang tak dituntut online & proses bayaran balik..