Intipati Bajet 2023 Yang Perlu Korang Tahu

Masa yang sama dan hari yang sama. Seperti tahun-tahun sebelum, sekitar jam 4 petang dan pada hari Jumaat. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi tampil membentangkan Bajet 2023 dengan memakai baju Melayu rona biru. Sebagai rakyat Malaysia, ketahuilah oleh mu akan intipati-intipati bajet 2023 di bawah..

Intipati Bajet 2023 Yang Perlu Korang Tahu

Apa itu Belanjawan Malaysia?

Belanjawan Malaysia juga dikenali sebagai Bajet Malaysia dibentangkan setiap tahun oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Belanjawan Malaysia mengenal pasti cadangan hasil dan perbelanjaan kerajaan; ramalan keadaan ekonomi semasa; dasar fiskal untuk tahun-tahun akan datang; menggariskan inisiatif dasar baru.

Ia merupakan rancangan ekonomi tahunan dan memainkan peranan yang penting serta dinamik bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara dan juga pembahagian pendapatan negara. Idealnya di dalam keadaan kewangan yang stabil.

Belanjawan Malaysia biasanya dibentang di parlimen pada suku akhir tahunan iaitu antara September hingga Disember, sebelum permulaan tahun fiskal yang baru. Semua negeri dan wilayah di Malaysia mempunyai belanjawan masing-masing. Namun, oleh kerana kewangan negara bergantung kepada wang dari kerajaan persekutuan, maka belanjawan negeri dan wilayah akan dibentangkan setelah pembentangan bajet di peringkat Persekutuan.

Belanjawan Malaysia akan dibentangkan kepada khalayak umum melalui pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan di Parlimen Malaysia oleh Menteri Kewangan Malaysia dan memerlukan kelulusan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong.

Bajet 2023 penjawat awam

Ini ialah ole-ole daripada kerajaan untuk golongan penjawat awam. Berikut intipati bajet 2023 penjawat awam:

1) Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar. Dan yang menariknya, tafsiran peranti digital diperluas meliputi jam tangan pintar / smart watch.

2) Perlindungan Kemalangan Diri LPPSA. Subsidi RM100 bagi perlindungan insurans atau takaful isi rumah yang bernilai RM20 ribu.

4) Kenaikan kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) yang boleh dikumpul daripada 160 hari kepada 180 hari

5) Tambahan 5 hari cuti rehat khas bagi guru yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun menjadikan jumlah keseluruhan cuti rehat khas sebanyak 15 hari

6) Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara Kerajaan yang dibayar pada Januari 2023.

7) Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 bagi penjawat awam Gred 11 sehingga Gred 56. Sebagai tambahan kepada KGT asas.

8) Kebenaran penebusan awal GCR sehingga maksimum 90 hari.

9) Bantuan Kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600 dan dibayar pada bulan Mac 2023 dan juga Bantuan Kewangan Aidilfitri 2023 kepada pesara berjumlah RM300.

Nota: Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM350 kepada pesara dibuat pada bulan Januari 2023 dan Bantuan Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar pada bulan Mac 2023 kepada 1 juta pesara.

Nota: Bantuan tunai tambahan diterima penjawat awam bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500 secara kumulatif (yang terdiri daripada KGT Tambahan Khas: RM1,200 (RM100 x 12 bulan), Bantuan Khas Kewangan 2023: RM700 dan Bantuan Kewangan Aidilfitri 2023: RM600.

Bajet 2023 b40

Ini pula hadiah daripada kerajaan untuk golongan B40. Berikut intipati bajet 2023 B40:

1) Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (RM2.5 b)

• Bilangan penerima 450 ribu isi rumah, jenis bantuan bulanan adalah seperti berikut:

  • Bantuan Warga Emas
  • Bantuan Kanak-kanak
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  • Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar

2) Subsidi bil elektrik sehingga RM40 diperluas kepada PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah (RM96 j).

3) Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan memanfaatkan 8.7 juta penerima (RM7.8 b). Selain itu, tiga penambahbaikan dibuat yakni:

• Penambahbaikan I: Kategori baharu melibatkan bilangan anak melebihi 5 orang.

• Penambahbaikan II: Bantuan khas kepada warga emas bujang (RM600) dan bujang (RM350).

• Penambahbaikan III: Bantuan tambahan RM500 kepada ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan menjadikan bantuan maksimum keseluruhan RM3,000.

4) Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (RM1 b), meliputi:

• Bantuan kepada lebih 50 ribu isi rumah miskin tegar antaranya menerusi projek pertanian dan keusahawanan.

• Latihan, modal permulaan, insentif pertanian, pemasaran dan pendigitalan.

5) Skim Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera Keluarga Malaysia (ASB40) (RM100 j).

• Kemudahan pinjaman sehingga RM50 ribu untuk B40 Bumiputera melabur dalam ASB dengan kadar pinjaman 1.5% untuk tempoh sehingga 40.5 tahun atau umur 70 tahun (mana-mana yang terdahulu).

6) Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKA B40) (RM80 j)

• Perkhidmatan kesihatan termasuk saringan penyakit kencing manis bagi golongan berpendapatan rendah berusia 40 tahun ke atas.

Bajet 2023 m40

Ini pula buah tangan yg disenaraikan dalam bajet 2023 daripada kerajaan untuk golongan M40. Berikut intipati bajet 2023 M40:

1) Semakan semula kadar cukai pendapatan individu (RM800 j).

• Pindaan kadar cukai pendapatan ke atas 3 banjaran pendapatan bercukai.
• Manfaatkan hampir 1 juta pembayar cukai dengan jumlah penjimatan cukai sehingga RM1,000.

2) Inisiatif e-wallet sebanyak RM100 kepada M40 (RM800 j) yang akan memanfaatkan 8 juta individu dengan pendapatan tahunan di bawah RM100 ribu.

3) Pinjaman PTPTN

• Anak-anak kumpulan M40 kategori M1: Kadar pinjaman dinaikkan daripada 75% kepada 100% (RM450 j) yang akan manfaatkan 60 ribu pelajar.
• Anak-anak kumpulan M40: Kemudahan pinjaman laptop (RM77 j).

Bajet 2023 pelajar

Manakala, untuk golongan pelajar. Ini pemberian yg disenaraikan dalam bajet 2023 daripada kerajaan untuk golongan pelajar. Berikut intipati bajet 2023 pelajar:

1) Kenaikan kadar Elaun Sara Hidup pelajar tajaan MARA.

• Pelajar dalam negara: Antara RM650 hingga RM950 sebulan.
• Pelajar di luar negara: Antara RM1,380 hingga RM7,600 sebulan.

2) Kenaikan Elaun Pelajar tajaan PETRONAS.

• Elaun induksi: RM4,500 kepada RM5,000.
• Elaun buku dan peralatan belajar: RM1,000 kepada RM2,000.

3) Kenaikan Elaun Sara Hidup tajaan JPA.

• Elaun bagi pelajar dan pegawai dalam negara dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian.
• Elaun diseragamkan antara RM730 hingga RM980 sebulan.

4) Kemudahan pendidikan buat anak-anak Bumiputera (RM6.6 b).

• Melalui Majlis Amanah Rakyat, Yayasan Peneraju dan Universiti Teknologi MARA.
• Akses kepada pinjaman pendidikan.
• Peluang mengikuti bidang-bidang profesional.

5) Pinjaman PTPTN.

• Pengecualian bayaran balik kepada pelajar kelas pertama.
• Diskaun bayaran balik mulai 1 November 2022 hingga 30 April 2023.

. 6) Penyeragaman kadar duti setem bagi perjanjian pinjaman pendidikan.

• RM10 bagi perjanjian pinjaman pendidikan di peringkat sijil atau profesional seperti yang dikenakan kepada pelajar diploma ke atas.

7) e-Pemula (RM400 j).

• Kredit e-dompet RM200.
• Manfaatkan 2 juta belia antara 18 hingga 20 tahun termasuk pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.

Bajet 2023 bantuan awal persekolahan

Sementara, untuk golongan murid sekolah rendah. Ini pemberian yg disenaraikan dalam bajet 2023 daripada kerajaan untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Berikut intipati bajet 2023 bantuan awal persekolahan:

1) Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM825 juta. Melibatkan pemberian RM150 kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibubapa. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini akan memanfaatkan 5.5 juta murid dan bayaran akan dibuat mulai bulan Januari 2023.

Bajet 2023 rancangan makanan tambahan

Satu lagi, untuk golongan murid sekolah rendah juga. Ini pemberian yg disenaraikan dalam bajet 2023 daripada bagi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Berikut intipati bajet 2023 Rancangan Makanan Tambahan (RMT):

1) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bernilai RM777 juta. Ia melibatkan kadar dinaikkan sebanyak RM1 berkuatkuasa 1 Oktober 2022. Bagi Semenanjung: RM2.50 kepada RM3.50. Manakala, bagi Sabah dan Sarawak: RM3.00 kepada RM4.00. Penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini akan memanfaatkan 800 ribu murid, 7,300 pengusaha makanan dan pembekal susu tempatan.

Bajet 2023 perumahan

Ini pemberian yg disenaraikan dalam bajet 2023 daripada kerajaan untuk membantu rakyat dalam pemilikan rumah. Berikut intipati bajet 2023 perumahan:

1) Pengecualian duti setem bagi pemilikan rumah pertama

• Pengecualian sepenuhnya duti setem bagi rumah bernilai RM500 ribu ke bawah hingga akhir tahun 2025
• Pengecualian bayaran duti setem akan dinaikkan daripada 50% kepada 75% untuk rumah bernilai RM500,001 ke RM1 j sehingga 31 Disember 2023

2). Pindah milik harta tanah atas dasar kasih sayang

• Dikenakan duti setem RM10 bagi surat cara mulai tahun 2023

3) Inisiatif tambahan

• Baik pulih rumah di luar bandar (RM460 j)
• Kenaikan kadar siling bantuan bina baharu rumah bagi Semenanjung: RM56 ribu kepada RM66 ribu seunit dan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan: RM68 ribu kepada RM79 ribu seunit.
• Kenaikan kadar siling bantuan pulih rumah bagi Semenanjung: RM13 ribu kepada RM15 ribu. Sementara, bagi Sabah, Sarawak dan Labuan: RM15 ribu kepada RM17 ribu.

4) Program Perumahan Rakyat (PPR) (RM367 j)

o Antaranya di Marang, Terengganu; Arau, Perlis; dan Rantau Panjang, Kelantan yang akan memanfaatkan 12,400 bakal penghuni baharu.

5) Program Rumah Mesra Rakyat (RM358 j) iaitu pembinaan 4,250 unit rumah.

6) Projek Perumahan Awam Malaysia (RM463 j) dengan sasaran pembinaan 23 ribu unit rumah.

7) Pembiayaan perumahan

• Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) – Nilai jaminan ditingkatkan sehingga RM3 b

8) Skim PR1MA Rent-to-Own akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023

9) Projek Kemajuan Kampung Baru Cina (RM84 j)

• Pembinaan baharu rumah keluarga miskin yang rosak akibat bencana atau yang tidak lagi selamat diduduki

10) Kesejahteraan kehidupan komuniti

• Penyelenggaraan rumah strata kos rendah dan sederhana termasuk menggantikan lif usang (RM290 j)

Bajet 2023 peniaga

Ini pemberian yg disenaraikan dalam bajet 2023 daripada kerajaan untuk membantu rakyat untuk berkecimpung dalam perniagaan. Berikut intipati bajet 2023 peniaga:

1) Program Usahawan Siswazah (PUSh) (RM20 j)

• Memanfaatkan 1 ribu graduan untuk menceburi bidang keusahawanan.

2) Program Pembangunan Usahawan Orang Asli (RM2 j)

• Bantuan peralatan perniagaan dan bimbingan keusahawanan kepada 550 Orang Asli

3) Kemudahan pembiayaan untuk belia (RM305 j)

• Pembiayaan di bawah TEKUN – termasuk TEKUN Belia dan TEKUN Belia Mobilepreneur (RM20 j)
• Pembiayaan di bawah MARA – termasuk Program Pembangunan Usahawan Teknikal dan Start-up Accelerator Programme (RM15 j)
• Pembiayaan di bawah BSN – BSN Semarak Belia dan Skim Penjaja Kecil Keluarga Malaysia: Muda (RM150 j)
• Pembiayaan di bawah SME Bank – Program Pembiayaan Usahawan Muda 2.0 (YEF 2.0) (RM90 j)
• Pembiayaan di bawah Agrobank – Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia Belia (RM30 j)

4) Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia (RM50 j)

• Pinjaman sehingga RM50,000 dengan kadar faedah 4%
• Memanfaatkan 10 ribu usahawan belia
• Penjanaan pendapatan seperti jualan foodtruck

5) Program MyPSV

• Subsidi bayaran kepada B40 mendapatkan lesen e-hailing, bas dan teksi
• Menjana 4 ribu peluang kerjaya

6) Skim TEKUN Mobilepreneur (RM10 j)

• Membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motorsikal. Ini akan memanfaatkan 1,000 belia.

7) Tunas Usahawan Belia Bumiputera (RM10 j)

• Program TUBE turut diperluas kepada bekas penghuni Sekolah Henry Gurney dan juga lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM2 j)
• Bantuan latihan kemahiran dan modal perniagaan sehingga RM15 ribu
• Latihan dan bimbingan oleh SME Corp dengan model komprehensif

8) Galakan aktiviti e-dagang di bawah MATRADE, MARA dan MDEC (RM59 j)

9) Usahawan francais (RM15 j)

• Program pembangunan kapasiti vendor 2.0
• Geran penyelidikan dan pengkomersialan vendor 2.0

9) Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (RM10 j)

10) Meningkatkan produktiviti produk koko dan perkayuan (RM7 j)

• Peningkatan nilai tambah produk koko melalui pemindahan tanaman fine or flavor cocoa
• Bantuan kepada usahawan Bumiputera dalam industri perkayuan

Rujukan Lain

Di sini dikongsikan cuti bagi tarikh hari raya korban 2023 / hari raya haji 1444H mengikut negeri-negeri di Malaysia. Salam Aidiladha untuk semua..

Nak melancong ke luar negara dalam masa terdekat ini? Jadual padat tapi solat kena jaga. Jom pelajari cara solat jamak dan qasar (syarat & niat)..

Di sini atok kongsikan tiga doa agar cepat dapat kerja yang diinginkan bagi korang yang sedang berusaha mendapatkan kerja. Moga dimakbulkan..

Di sini diterangkan cara semakan penyata KWSP online melalui i-Akaun dan cara pendaftarannya bagi individu yang baru mula membuka KWSP..

Jadual tarikh bayaran PERKESO 2023 ini adalah berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO di portal rasmi mereka. Moga bermanfaat..

Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Kelantan 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Kelantan bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.

Dah lama korang tak puasa kan? Niat pun dah hampir terlupa. Jadi kali ini kita nak ulangkaji sikit lafaz niat puasa ramadhan sebulan penuh dan sehari..

Bagi korang yang mahu mengambil ujian MUET tahun ini, berikut akan dinyatakan tarikh dan cara pendaftaran MUET Sesi 1 2023. Moga bermanfaat..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!