Tarikh Hari Raya Korban 2023 / Hari Raya Haji 1444H

Bersempena dengan hari raya haji atau hari raya korban, rakyat Malaysia terutama umat islam akan diberikan cuti umum untuk meraikannya. Namun begitu, tidak semua rakyat Malaysia di setiap negeri akan bercuti pada tarikh yang sama, hal ini kerana ada sahaja negeri di Malaysia yang akan bercuti lewat sehari daripada negeri yang lain. Di bawah dikongsikan cuti tarikh hari raya korban 2023 / hari raya haji 1444H mengikut negeri-negeri di Malaysia.

Tarikh Hari Raya Korban 2023 / Hari Raya Haji 1444H

Setiap tahun rakyat Malaysia yang beragama islam akan menyambut perayaan yang sering dinanti-nantikan baik golongan muda mahupun golongan berusia termasuk juga kanak-kanak kecil iaitu hari raya korban atau lebih di kenali sebagai hari raya haji.

Untuk makluman korang, raya haji atau raya korban ini jatuh pada hari kesepuluh di bulan zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar islam atau kalendar hijrah. Bukan itu sahaja, hari raya haji atau korban ini juga di sambut di seluruh dunia pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

Selain itu, bagi umat islam di Malaysia, tarikh hari raya haji 2023 adalah berbeza-beza mengikut tahun masihi dan cuti umum selama dua hari bermula pada 10 zulhijjah.

Bagi anak-anak muda yang tidak tahu, hari raya haji atau korban ini diraikan oleh semua umat islam di dunia dan terutama sekali bagi individu yang sedang menunaikan ibadah haji kerana, raya haji ini juga menandakan bahawa berakhirnya haji tahunan iaitu menziarahi ke kota suci Mekah.

Pada tahun ini, berdasarkan kalendar, cuti hari raya haji 2023 akan jatuh pada 29 Jun 2023 dan juga pada 30 Jun 2023.

  • Tarikh: 29 Jun 2023 iaitu hari Khamis, negeri yang akan bercuti pada hari dan tarikh tersebut adalah semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang beragama islam.
  • Tarikh: 30 Jun 2023 iaitu hari Jumaat merupakan hari raya kedua bagi hari raya haji atau hari raya korban. Bagi tarikh dan hari berikut, negeri yang terlibat adalah negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan juga negeri Terengganu.

Tarikh dan hari ini merupakan tarikh dan hari yang telah dinyatakan di dalam kalendar tahun 2023. Oleh itu, majoriti rakyat Malaysia terutama yang beragama islam akan ternanti-nanti tarikh dan hari ini untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya haji 2023 bersama keluarga tersayang.

Baju raya dah beli belum?

Kalau dapat kurta kaler off white memang cantik!

Namun begitu tarikh hari raya korban 2023 / hari raya haji 1444H yang dinyatakan di kalendar tahun 2023 dan juga di kalendar tahun-tahun yang berikutnya adalah untuk mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim di Gunung Marwah di sekitar Mekah.

Peristiwa tersebut merupakan peristiwa perintah Allah SWT untuk mengorbankan Nabi Ismail bagi menguji keimanan beliau. Oleh kerana itu, bermula dari hari ke-10 bulan Zulhijjah, selama empat hari umat islam di seluruh dunia meraikan ‘pengorbanan’ Nabi Ismail. Dan kerana itu juga, ianya ditetapkan sebagai cuti umum atau cuti kebangsaan bagi negara Malaysia dan juga negara-negara islam yang lain.

Secara umumnya, umat islam akan menyambut hari raya korban atau hari raya haji dengan mendengar khutbah di masjid dan setelah itu upacara penyembelihan lembu, kerbau, unta atau kambing akan dilakukan setelah melaksanakan solat sunat Aidiladha. Penyembelihan tersebut akan dilaksanakan selalunya pada hari raya pertama korban.

Kesimpulannya, tarikh hari raya korban 2023 / hari raya haji 1444H merupakan tarikh cuti hari raya yang telah dinyatakan pada kalendar tahun 2023. Walau bagaimanapun, ini cumalah anggaran.

Tarikh rasmi hari raya korban 2023 / hari raya haji 1444H yang dikeluarkan atau diisytiharkan di Malaysia oleh jawatankuasa adalah melalui penglihatan anak bulan pada hari pertama zulhijjah kerana hanya dengan kaedah tersebut tarikh sebenar dapat ditentukan.

Rujukan Lain

Korang ragu-ragu kehalalan sesuatu produk? Logo halal ada tapi belum tentu ada sijilnya. Jom baca tiga cara semak status halal JAKIM online..

Tak dpt tido malam sebab anak demam selsema? Baca dulu beberapa cara sembuhkan selsema bayi yang boleh ibu bapa lakukan. Mudah-mudahan berkesan..

Bagi korang yang ingin mengetahui di manakah Pusat Latihan Polis berada selain di Kuala Lumpur, ini dia beberapa senarai PULAPOL di Malaysia..

Bagi korang yang ingin mengetahui harga renew lesen memandu 2023, kali ini dikongsikan harga renew lesen dan dokumen yg perlu dibawa ke kaunter.

Bagi korang yang berminat menyertai PDRM dan menjadi polis, sila rujuk iklan jawatan kosong Polis Diraja Malaysia 2024 dan cara memohon di sini.

Setelah diperkenankan, inilah dia Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 / Hari Raya Puasa 1444H. Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan batin..

Koleksi ucapan hari lahir untuk orang tersayang yg korang boleh tiru dan edit. Berikan kpd ibu bapa, isteri, sahabat, adik beradik & sebagainya..

Baca 5 cara melegakan batuk bayi bagi ibu bapa yang agak sibuk atau menghadapi sebarang masalah untuk membawa bayi ke klinik. Penting untuk diketahui..

Topik yang akan dibincangkan kali ini mengenai ciri-ciri pelajar cemerlang untuk kegunaan karangan dan ulasan korang. Jangan tiru bulat-bulat pula..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!