Rezeki itu muncul dalam pelbagai bentuk, tidak kisahlah sama ada berbentuk kesihatan, ketenangan, keluarga, sahabat dan pelbagai bentuk lagi. Kita sebagai umat manusia sangat mendambakan rezeki, tapi ramai yang tidak perasan dengan apa yang kita dapat itu merupakan rezeki. Kali ini Atok akan kongsikan kelebihan selawat jibril yang antaranya membuka pintu rahmat dan menyingkap pintu rezeki. Mudah-mudahan korang boleh amalkan selepas ini..
Isi Kandungan
Al Imam Assya’rany menceritakan bahwa Nabi SAW pernah bersabda,
“Barangsiapa yang membaca selawat ini, niscaya terbuka baginya tujuh puluh pintu rahmat. Dan Allah SWT akan meletakkan sebuah cinta kasih (mahabbah) pada harinya dan tidak ada orang yang benci kepadanya kecuali orang-orang yang hatinya munafik.“
Selawat merupakan amalan sunat yang sesiapa mengamalkannya akan memiliki ganjaran pahala. Selawat ini dikonsepkan sebagai mendoakan, memuji dan memohon berkat daripada Allah SWT.
Sebelum atau menjalankan aktiviti sehari-hari korang, boleh la amalkan doa, zikir dan selawat dengan harapan urusan dipermudahkan.
Begitu juga selawat jibril ini, walaupun pendek namun membawa keistimewaan yang luar biasa. Untuk mengetahui kelebihan selawat jibril ini teruskan membaca perkongsian Atok.
Selawat jibril pendek
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Rumi:
Sallallahu ‘ala muhammad shollallahu ‘alaihi wasallam.
Maksud:
“Semoga Allah melimpahkan selawat atas Muhammad, selawat atas keluarga serta keselamatan atasnya.”
Selawat jibril panjang
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرِ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
يَاحَبِيْبِى يَامُحَمَّدْ
يَاعَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَامُؤَيَّدْ يَامُمَجَّدْ
يَاإِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Rumi:
Sallallahu ‘ala muhammad shollallahu ‘alaihi wasallam.
Anta syamsun anta badrun.
Anta nurun fauqo nurin.
Anta iksiirun wa ghoolii.
Anta mishbaahush-shuduuri.
Ya habiibii Ya Muhammad.
Ya ‘aruusal khoofiqoini.
Ya Mu Ayyad ya Mumajjad.
Ya Imaamal Qiblataini.
Maksud:
“Semoga Allah melimpahkan selawat atas Muhammad, selawat atas keluarga serta keselamatan atasnya.
Engkau bagai matahari, engkau bagai bulan purnama.
Engkau cahaya di atas cahaya.
Engkau bagaikan emas murni yang mahal harganya.
Engkaulah pelita hati.
Wahai kekasihku, wahai Muhammad.
Wahai pengantin tanah timur dan barat (sedunia).
Wahai Nabi yang dikuatkan (dengan wahyu).
Wahai Nabi yang diagungkan, wahai imam dua arah kiblat.”
Kelebihan selawat jibril
1. Dipermudahkan urusan dan diberikan rezeki yang melimpah
2. Memperoleh rahmat dan berkah dari Allah SWT dan syafa’at dari Nabi Muhammad di hari akhirat.
3. Mendapatkan pimpinan dari malaikat yang terbaik
4. Mendapat pelindungan dari Allah SWT
5. Mendapatkan pengampunan dari semua dosa-dosa yang telah diperbuatnya baik yang sengaja ataupun tak sengaja
6. Mendapat pertolongan dan keselamatan dari Allah SWT
7.Mendekatkan diri kepada Rasulullah SAW
8. Mendapatkan pertolongan di hari kiamat
9. Disambut dari malaikat apabila menjelang ajal
10. Membuka pintu rezeki
11. Melariskan jualan dan perniagaan
12. Membuka 70 pintu rahmat
13. Dianugerahkan keselamatan oleh Allah SWT dari segala malapetaka
14. Membuat seseorang ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT
15. Hatinya akan disucikan dari sifat munafik sehingga hati dan fikirannya tenang, tenteram dan damai.
Dalam hadis Imam ‘Ali Bin Ishaq as-Samarqandiy berkata:
“Aku mendengar al-Khidhir dan Ilyas keduanya berkata: ‘Kami mendengar dari Nabi SAW. bersabda: “Tidaklah seorang mukmin membaca صَلَّى اللّٰهُ عَلٰى مُحَمَّدٍ
Melainkan dia akan dicintai seluruh manusia, sekalipun banyak sekali manusia yang membencinya. Rasulullah SAW. pernah berkata pada saat di atas mimbar, ‘Siapa yang membaca selawat (di atas), niscaya Allah akan mengabulkan tujuh puluh pintu rahmat.’
Manakala sebagaimana dikatakan oleh Rasulullah SAW:
“Barang siapa membaca selawat ini maka ia telah membuka 70 pintu rahmat untuk dirinya dan Allah menitipkan cintanya pada hati manusia sehingga mereka tidak akan marah kepadanya kecuali orang yang menyimpan kemunafikan di dalam hatinya”, (HR Imam Sya’roni).
Kisah selawat Jibril
Selawat jibril ini asalnya selawat yang pertama kali diucapkan oleh Malaikat Jibril ketika membisikkan kepada Nabi Adam AS sebagai mahar untuk menyunting Siti Hawa. Jadi, terdapat banyak keistimewaan jika kita mengamalkan selawat jibril ini.
Cara mengamalkan selawat Jibril
Namun, korang kena tahu cara untuk mengamalkan selawat jibril ini. Para ulama menyarankan amalkan bacaan selawat jibril ini sebanyak 1000 kali selepas solat maghrib. Ada juga yang menyebutkan dibaca sebanyak 100 kali selepas maghrib. Atok harap, dengan mengamalkan selawat ini akan membawa manfaat kepada korang.
Perkara yang Atok boleh simpulkan di sini, semakin banyak amalan yang kita lakukan, maka akan memberikan manfaat kebaikan yang melimpah kepada sesiapa sahaja yang mengerjakannya. Selain mengamalkan selawat jibril, korang juga boleh menjadikan bacaan selawat ini sebagai pelengkap memohon rezeki setiap kali lepas berdoa.
Jangan pula korang paksa diri dengan mengamalkan sehingga 1000 dengan cara yang terpaksa dan memudaratkan kesihatan. Insha’Allah, Allah tahu niat hambaNya. Dengan perkongsian artikel kelebihan selawat jibril ini, Atok harap korang rajin amalkan selawat ini selepas maghrib. Bahkan di lain-lain waktu juga. Ketika memandu, berjalan dan sebelum tidur.
Rujukan Lain
Atok kongsikan kepada korang petua hilangkan sakit gusi berdenyut bagi mengurangkan rasa sakit di bahagian gusi tu sementara menunggu doktor..
Mesti korang tengah pening nak fikir hantaran untuk lelaki macam mana. Jangan risau, Atok dah sediakan senarai barang hantaran lelaki bajet (checklist) ni.
Korang kena baca artikel ini dulu untuk mengetahui lebih mengenai 8 khasiat minyak zaitun dan boleh dijadikan amalan kepada diri dan keluarga..
Tahu tak, sapa orang dalam gambar duit kertas tu? Itulah Agong yang pertama. Ok.. Pada kali ini jom kita tengok senarai yang DiPertuan Agong Malaysia.
Korang tiada sejarah mempunyai kencing manis tapi risau? Sebagai langkah berjaga-jaga, baca tanda tanda kencing manis pada peringkat awal ini..
Bagi yang masih belum memahami apa itu i-saraan KWSP dengan lebih jelas, di sini akan diterangkan serba sedikit tentang apa itu i-saraan KWSP..
Topik Atok pada kali ini, kesultanan melayu Melaka dan perbincangan mengenai pengasasan dan sistem pentadbiran masyarakat melayu Melaka terdahulu..