Semakan Cukai Tanah Selangor Melalui Kad Pengenalan

Cukai tanah, rasanya tak semua readers Atok tahu mengenai cukai tanah ni berkaitan apa kan. Cukai tanah dikenali sebagai sewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965. Dalam artikel ini Atok kongsikan mengenai cara korang buat semakan cukai tanah Selangor melalui kad pengenalan sahaja.

Semakan Cukai Tanah Selangor Melalui Kad Pengenalan

Yang penting, tiada pembayaran akan dikenakan kepada mereka yang membuat semakan cukai tanah. Melainkan korang memang nak buat pembayaran untuk cukai tanah.

Urusan pembayaran cukai tanah di negeri Selangor kini boleh korang buat secara online. Hal ini bertujuan untuk memudahkan pemilik tanah membuat pembayaran lebih pantas dan mudah. Korang tidak perlu lagi membuat pembayaran secara manual dan perlu ke kaunter berdekatan.

Zaman sekarang memang ramai yang suka buat pembayaran secara online sahaja. Sebelum itu, korang perlu membuat semakan cukai tanah Selangor melalui kad pengenalan.

Panduan semak cukai tanah

1. Perlu layari laman web rasmi SPTG iaitu dikenali sebagai ehasil Selangor.
2. Secara langsung, laman web akan memaparkan semakan cukai.
3. Isi segala maklumat yang diminta seperti No Akaun, Jenis Perincian Hakmilik dan Captcha dan tekan butang ‘Cari’.
4. Setelah itu, maklumat mengenai carian cukai tanah akan dipaparkan kepada korang.
5. Sebarang masalah boleh hubungi pejabat SPTG di 03-5544 7343 atau pun hubungi email SPTG hasilptg@selangor.gov.my

Apa itu Cukai Tanah

1. Sebarang jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN sebagai sewa.
2. Sebarang pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN mengikut mana-mana undang-undang perlu dipungut seolah-olah sewa atau hasil tanah.
3. Sebarang pembayaran akan dibayar kepada PBN berkenaan dengan tuggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.
4. Cukai petak adalah cukai yang dikenakan setiap hakmilik strata, unit untuk bangunan yang bertingkat. Misalnya, rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse atau rumah kedai.

Cara pembayaran Cukai Tanah

1. Semakan maklumat cukai tanah perlu dibuat sebelum pembayaran dapat dilaksanakan. Pastikan maklumat seperti nombor hakmilik, nombor lot dan nombor akaun adalah betul dan tepat.

2. Klik butang Buat Pembayaran Sekarang dan Tekan Setuju dan Teruskan.

3. Masukkan maklumat No Akaun dan Jenis Perincian sebelum membuat pembayaran.

4. Pembayaran secara talian melalui FPX, kad kredit atau akaun 2B2 iaitu Business to Business.

5. Sila cetak atau simpan (save) resit transaksi bayaran dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran.

6. Penyata pembayaran online (resit cukai tanah) hanya boleh diperolehi di Kaunter Semakan Bahagian Hasil Pejabat Tanah dan Galian Selangor selepas 3 hari pembayaran dibuat.

7. Sekiranya mempunyai masalah untuk mencetak resit cukai tanah dan ingin mengulang cetak, sila ke kaunter Bahagian Hasil, Pejabat Tanah dan Galian Selangor atau mana-mana Pejabat Tanah dan Daerah yang berdekatan selepas 3 hari pembayaran dibuat.

8. Bayaran tambahan berjumlah RM20.00 akan dikenakan bagi setiap kali cetakan semula.

9. Jika terdapat sebarang perbezaan maklumat, sila hubungi Bahagian Hasil, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor di talian 03-5544 7343, 03-5544 7328, 03-55205636 atau faks ke 03-55136707.

10. Tempoh pengemaskinian adalah 3 hari bekerja (tanpa ada gangguan pada sistem)

Kesimpulannya

Kerajaan terutamanya negeri Selangor telah menubuhkan wesite yang memudahkan orang ramai terutamanya dalam membuat semakan serta pembayaran bagi Cukai Tanah. Di mana cukai tanah adalah cukai yang dikenakan ke atas tanah yang di pegang oleh seseorang di negeri Selangor.

Untuk menentukan jumlah cukai tanah yang perlu dibayar, Kerajaan Negeri Selangor menggunakan kadar cukai tanah yang ditetapkan dari masa ke semasa. Nilai tanah ini akan ditentukan berdasarkan lokasi, saiz, kegunaan dan keadaan tanah tersebut.

Cukai tanah hendaklah dibayar setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kalau korang tak bayar seperti tarikh yang ditetapkan korang akan dikenakan sekatan atau denda.

Jadi, Atok harap artikel ini banyak membantu korang untuk memahami konsep dan cara membuat semakan cukai tanah Selangor melalui Kad Pengenalan sahaja. Sebarang masalah korang boleh hubungi mereka yang bertugas.

Info-info Lain

Kali ini Atok akan kongsikan kelebihan selawat jibril yang antaranya membuka pintu rahmat dan menyingkap pintu rezeki. Mudah-mudahan korang boleh amalkan..

Di sini Atok sediakan 20 ucapan selamat pengantin baru (ringkas & islamik) untuk korang. Sesuai diujarkan kepada kawan, family & crush korang! Yeah..

Kali ini Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda influenza A yang perlu diketahui. Pengesanan awal, boleh menyelamatkan nyawa korang..

Mesti korang serabut dan pening nak bawa barang apa masuk asrama. Jom baca senarai barang keperluan asrama perempuan yang wajib korang bawa..

Rasanya yang enak dan memiliki banyak kebaikan. Persoalannya, menghasilkan telur separuh masak berapa minit? Jadi, ini dia cara yang betul!

Nak beli kereta baru? Lagi-lagi kereta Myvi baru 2023 ni. Jadi, hari ni Atok akan kongsikan untuk korang harga myvi baru dan bayaran bulanan..

Senarai ini mungkin sesuai dan dapat membantu korang memilih hadiah untuk kawan perempuan korang. Ada 20 idea bajet di sini..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!