Semak CCRIS Online Percuma

CCRIS merupakan Central Credit Reference Information System merupakan satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta untuk membantu mereka memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau peminjam. Mesti ada yang tertanya-tanya kan, loan aku ni lepas tak? Rekod CCRIS clear ke? So, hari ini Atok akan kongsikan kepada korang cara semak CCRIS online percuma..

Semak CCRIS Online Percuma

Sekarang CCRIS boleh buat online sahaja, korang hanya boleh daftar secara online di akaun eCCRIS dengan murah di rumah sahaja.

Sebelum ini korang kena pergi ke Bank Negara Malaysia atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pendaftaran eCCRIS. Oleh itu, Atok akan ajar korang cara semak CCRIS online percuma dengan layari laman web mereka.

Apa itu CCRIS?

1. CCRIS ialah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Cenral Credit Reference Information System) sistem yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia.

2. Dikendalikan BNM untuk memudahkan pengurusan risiko kredit antara bank.

3. CCRIS memproses data yang diterima daripada institusi kewangan peserta dan digabungkan menjadi laporan.

4. Laporan disediakan kepada insitusi kewangan, peminjam atas talian dan agensi pelapor kredit yang diluluskan.

5. Peminjam boleh mengakses laporan kredit secara dalam talian secara percuma.

Semak CCRIS online percuma

1. Layari laman sesawang CCRIS, eccris.bnm.gov.my dan tukar bahasa ke BM dahulu, kemudian klik butang ‘Daftar Sekarang’.

2. Isi semua maklumat peribadi korang
– Nama penuh
– Nombor MyKad
– Tarikh lahir
– Nombor telefon
– Alamat email

3. Sahkan butiran serta terma dan syarat sebagai tanda bersetuju.

4. Pengesahan digital
– Perlu melengkapkan pendaftaran melalui pindahan sekali sahaja sebanyak RM1 ke akaun Bank Negara Malaysia.
– RM1 akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh dua hari bekerja selepas pendaftaran.
– Jika pengesahan berjaya, OTP 6 digit akan dihantar ke nombor telefon dan email korang.
– Jika tidak berjaya sistem eCCRIS akan memberikan arahan lanjut untuk melengkapkan proses pendaftaran.

5. Jika berjaya langkah diatas, skrip akan memaparkan website eCCRIS dan terus ke Log Masuk Kali Pertama.

6. Isi maklumat MyKad korang dan nombor OTP 6 digit dan hanya sah selama 7 hari.

7. Tetapkan ID pengguna dan Kata laluan korang.

8. Tetapkan imej, frasa, soalan dan jawapan keselamatan.
– Soalan di atas akan membantu korang jika terlupa kata laluan dan keselamtan akaun korang.

9. Log masuk ke laman web eCCRIS mengguanakan ID Pengguna untuk mendapatkan laporan CCRIS korang.

Maklumat yang di dapati melalui semakan eCCRIS

  • Kredit belum berbayar
  • Akaun di bawah pemerhatian khas
  • Permohonan kredit

Cara baca laporan eCCRIS:

0 – Tiada tunggakan
1 – Lewat 1 bulan
2 – Lewat 2 bulan
3 – Lewat 3 bulan

Nota: Jika korang tak bayar lebih 3 bulan, nama korang berada dalam rekod permerhatian Akaun Perhatian Khas atau Special Attention Account (SAA).

Kod penting dalam laporan CCRIS

  • Kod 10: Pinjaman hartanah
  • Kod 00: Pinjaman peribadi
  • Kod 00: Kad kredit
  • Kod 30: Pinjaman kereta code 30
  • Kod 23: Pinjaman ASB loan
  • Kod 90: Pinjaman pajak gadai

Kesimpulannya, sistem CCRIS telah mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta dan membekalkan semua maklumat kepada kewangan peserta termasuklah bayaran pinjaman PTPTN korang semasa belajar tu.

Yang paling penting, eCCRIS ini percuma iaitu tiada caj akan dikenakan lebih-lebih lagi korang boleh buat semakan CCRIS secara online sahaja dan bila-bila masa.

Korang nak semak masa shopping ke, makan ke, mandi pun boleh tau. Dengan ini, Atok harap artikel cara semak CCRIS online percuma ni dapat membantu korang semua.

Info-info Lain

Mesti korang serabut dan pening nak bawa barang apa masuk asrama. Jom baca senarai barang keperluan asrama perempuan yang wajib korang bawa..

Rasanya yang enak dan memiliki banyak kebaikan. Persoalannya, menghasilkan telur separuh masak berapa minit? Jadi, ini dia cara yang betul!

Nak beli kereta baru? Lagi-lagi kereta Myvi baru 2023 ni. Jadi, hari ni Atok akan kongsikan untuk korang harga myvi baru dan bayaran bulanan..

Senarai ini mungkin sesuai dan dapat membantu korang memilih hadiah untuk kawan perempuan korang. Ada 20 idea bajet di sini..

Dalam artikel ini Atok kongsikan mengenai cara korang buat semakan cukai tanah Selangor melalui kad pengenalan sahaja. Diharap membantu..

Topik yang akan dibincangkan kali ini mengenai ciri-ciri pelajar cemerlang untuk kegunaan karangan dan ulasan korang. Jangan tiru bulat-bulat pula..

Artikel ini berkaitan petua turunkan darah tinggi yang confirm berkesan, khas kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!