Tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital)

Setiap ibu yang sedang mengandung sentiasa mengimpikan bayinya lahir dengan selamat dan sihat. Namun begitu, sesetengah ibu yang baru pertama kali melalui proses ini pasti berasa risau dan khuatir tentang tanda-tanda nak bersalin yang dialami.

Tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital)

Di sini, atok nak kongsikan kepada korang semua tentang tanda-tanda ibu yang bakal bersalin dan dah perlu bersiap sedia ke hospital. Oleh itu, bagi para ibu yang baru pertama kali mengalami situasi bersalin ini, maka berikut merupakan tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital) yang perlu diketahui.

Sebelum kita lanjutkan dengan tanda-tanda nak bersalin, mari kita lihat terlebih dahulu apa itu bersalin bagi korang yang tidak mengetahuinya.

Jika korang tertanya-tanya apa itu bersalin, bersalin adalah di mana waktu atau masanya seorang ibu akan melahirkan bayi yang merupakan anugerah teristimewa daripada tuhan. Bayi selalunya akan dilahirkan selepas tamatnya waktu kehamilan iaitu antara minggu ke 37 atau minggu ke 42.

Namun begitu, terdapat juga sesetengah kes di mana bayi dilahirkan di luar jangkaan tarikh yang telah ditetapkan atau estimated due date. Oleh kerana itu, korang perlu tahu tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital) ini.

Berikut merupakan tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital) yang perlu di ketahui.

1. Kerap Sakit Belakang

Bagi golongan ibu yang baru pertama kali melalui proses kehamilan, jika ingin tahu tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital) adalah seseorang ibu itu akan berasa kerap sakit belakang. Bahagian badan yang kerap akan terasa adalah pada bahagian bawah atau bahagian abdomen. Hal ini demikian kerana, bayi yang berada dalam kandungan telah menurun atau mengubah kedudukan serta menekan tulang belakang kerana tarikh kelahiran bayi sudah mendekat.

2. Air Ketuban Pecah

Selain kerap sakit belakang, tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital) adalah air ketuban pecah. Ini merupakan antara petanda paling senang untuk diketahui oleh kebanyakkan golongan ibu. Namun begitu, sebelum terjadi air ketuban pecah, para ibu akan mengalami kontraksi yang agak teruk. Setelah berlakunya kontraksi, maka air ketuban akan pecah.

Biasanya. Air ketuban pecah adalah di sebabkan oleh air jernih yang berlebihan. Dan jika para ibu sedar air ketuban sudah pecah, maka korang perlu segera ke hospital untuk mendapatkan bantuan daripada doktor. Justeru, itu merupakan tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital).

3. Kurangnya Pergerakan Bayi

Kurangnya pergerakan bayi di dalam perut para ibu merupakan petanda bahawa si bayi sudah mulai bersedia untuk keluar. Tambahan pula, tidak semua tempoh kehamilan untuk semua orang adalah sama. Ini kerana, ada di antara sesetengah golongan ibu yang melahirkan anak lebih awal dari yang di jangka dan ada juga yang sedikit lambat dari yang di jangka. Namun jika para ibu sudah merasakan tanda-tanda sebegitu, maka para ibu sudah perlu ke hospital bagi mengelakkan terjadinya masalah kesihatan yang lain.

4. Bayi Semakin Ke Bawah

Selanjutnya, tanda-tanda nak bersalin yang korang boleh perhatikan adalah para ibu akan merasa bahawa posisi bayi semakin ke bawah. Hal ini terjadi apabila bayi mula bersedia untuk keluar dari kandungan ibu. Bahagian kepala bayi juga akan semakin menurun di bahagian pelvis.

Perkara sebegini biasanya akan berlaku sekitar 2 sehingga 4 minggu sebelum para ibu melahirkan bayi. Sekiranya, tanda-tanda tersebut terjadi, para ibu sudah boleh bersedia untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital) yang perlu korang tahu baik suami mahupun isteri. Tanda-tanda yang telah dinyatakan ini sangat membantu bagi para ibu yang baru pertama kali mengalami proses bersalin ini.

Justeru, diharapkan perkongsian yang di berikan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan para ibu yang bakal melahirkan bayi mereka dengan izin Allah SWT.

Info-info Lain

Rasanya yang enak dan memiliki banyak kebaikan. Persoalannya, menghasilkan telur separuh masak berapa minit? Jadi, ini dia cara yang betul!

Nak beli kereta baru? Lagi-lagi kereta Myvi baru 2023 ni. Jadi, hari ni Atok akan kongsikan untuk korang harga myvi baru dan bayaran bulanan..

Senarai ini mungkin sesuai dan dapat membantu korang memilih hadiah untuk kawan perempuan korang. Ada 20 idea bajet di sini..

Dalam artikel ini Atok kongsikan mengenai cara korang buat semakan cukai tanah Selangor melalui kad pengenalan sahaja. Diharap membantu..

Topik yang akan dibincangkan kali ini mengenai ciri-ciri pelajar cemerlang untuk kegunaan karangan dan ulasan korang. Jangan tiru bulat-bulat pula..

Artikel ini berkaitan petua turunkan darah tinggi yang confirm berkesan, khas kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi..

Loan aku ni lepas tak? Rekod CCRIS clear ke? So, hari ini Atok akan kongsikan kepada korang cara semak CCRIS online percuma. Jom baca..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!