Ciri Ciri Pelajar Cemerlang (Untuk Karangan & Ulasan)

Karangan merupakan subjek latihan yang sangat popular diberikan di kalangan pelajar bermula daripada sekolah rendah sehingga menengah atas. Karangan ini bersifat memberi pendapat mengenai fakta-fakta mengikut pemahaman seseorang pelajar. Karangan juga mempunyai bentuk atau format tertentu. Karangan juga menguji gaya penulisan tersendiri dan daya kreativiti pelajar. Topik yang akan kita bincangkan kali ini mengenai ciri-ciri pelajar cemerlang untuk kegunaan karangan dan ulasan korang.

Ciri Ciri Pelajar Cemerlang (Untuk Karangan & Ulasan)

Peringatan: Jangan tiru bulat-bulat idea atok di bawah. Olah dan ubahsuai mengikut gaya bahasa masing-masing. Kalau korang didapati meniru oleh guru, sila tanggung sendiri ya. Jadi, harap maklum.

Berikut ialah 6 ciri-ciri pelajar cemerlang..

Bermoral tinggi dan berakhlak baik

Pelajar yang bermoral tinggi serta berakhlak baik merupakan nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian. Dengan sifat akhlak baik, pelajar dapat menerapkan nilai keagamaan yang dipelajari dan bijak dalam membuat keputusan yang betul.

Boleh dijadikan sebagai pelajar contoh kepada rakan-rakan sebaya. Sifat seperti ini dapat membantu pelajar agar tidak mudah terjebak dengan permasalahan sosial seperti melepak dan bergaul dengan golongan yang bermasalah.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, perlu menjadi tauladan dan memberikan contoh baik kepada anak manakala cikgu pula akan menambah nilai sahsiah baik kepada anak murid.

Sentiasa mengikut ajaran agama

Setiap agama sangat mengalakkan kita melakukan kebaikan terutamanya agama islam. Menerapkan amalan yang baik kepada kita sejak kecil lagi. Begitu juga dengan agama lain seperti Kristian, Hindu dan Budha.

Agama korang akan jadikan sebagai landasan bagi membentuk diri untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

Misalnya, seorang pelajar Islam sentiasa menunaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT untuk mencapai impian. Dengan menunaikan tanggungjawab kepada pencipta sambil berdoa untuk mencapai kejayaan.

Tidak mensia-siakan masa

Seperti yang korang ketahui, masa itu emas dan tidak boleh di ulang kembali seperti di dalam drama dan filem di luar sana. Tidak mensia-siakan masa juga merupakan salah satu ciri-ciri pelajar cemerlang.

Pelajar yang tidak mensia-siakan setiap saat masa itu akan menyediakan bijak dalam menjaga masa misalnya seperti menyediakan jadual masa harian yang fleksibel agar aktiviti seimbang.

Oleh disebabkan itu, menyediakan jadual aktiviti harian dengan bijak merupakan salah satu contoh yang baik boleh dijadikan teladan agar kehidupan tidak berakhir dengan penyesalan.

Memberi tumpuan ketika belajar

Memberi tumpuan merupakan ciri-ciri pelajar cemerlang, di mana korang akan lebih fokus dan mudah memahami pelajaran. Menghargai setiap detik waktu proses pengajaran yang guru ajar selama pembelajaran dijalankan.

Kalau korang mengantuk, ia merupakan perkara biasa kan. Lagi-lagi tengah hari selepas korang makan dan kenyang. Datang lah segala syaitan menyeru korang untuk tidur.

Jadi, sebagai seorang pelajar yang bijak, korang kena lakukan perkara yang bijak misalnya mencuci muka dan berdiri sambil mendengar cikgu mengajar. Percayalah dengan berdiri sambil belajar merupakan cara yang terbaik membuatkan korang fokus untuk belajar.

Aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

Selain daripada cemerlang dalam pelajaran, pelajar juga aktif dalam melibatkan aktiviti kokurikulum merupakan salah satu ciri-ciri pelajar cemerlang. Pelajar cemerlang juga rajin melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti kelab beruniform dan kelab persatuan.

Menjadi seorang pelajar yang cemerlang korang bukan sahaja cerdas otak namun badan kenalah cergas. Korang kena bijak dalam membahagikan masa dengan cemerlang dalam pelajaran juga aktif dalam aktiviti sekolah annurkan.

Mengulang kaji pelajaran

Dengan mengulang kaji pelajaran, ia merupakan satu aktiviti yang bijak agar korang mudah ingat mengenai pelajaran tersebut. Melakukan pelbagai latihan di rumah merupakan usaha yang bijak untuk korang menguasai subjek mata pelajaran.

Kalau korang setakat menghafal dan menyiapkan kerja sekolah sahaja ia tidak memadai. Namun, korang perlu rajin mengulang kaji pelajaran untuk memudahkan korang mengingati dan menghafal pembelajaran.

Contohnya, korang mengulang kaji pelajaran selama tiga jam sehari ia sudah memadai untuk korang mengaktifkan memori jangka panjang dalam pembelajaran.

Penutup

Natijahnya, pelbagai ciri-ciri pelajar yang cemerlang lagi Atok boleh bahaskan untuk korang. Ciri-ciri seperti ini merupakan perkara yang perlu ada setiap diri seorang pelajar.

Jika, korang ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan juga kokurikulum sekolah. Sifat seperti ini memainkan peranan penting dalam membimbing seorang individu untuk menjadi seorang belia yang berjaya kelak.

Semoga generasi muda sekarang mempunyai kualiti ciri-ciri pelajar cemerlang agar menjadi harapan kepada negara.

Info-info Lain

Di sini Atok sediakan 20 ucapan selamat pengantin baru (ringkas & islamik) untuk korang. Sesuai diujarkan kepada kawan, family & crush korang! Yeah..

Kali ini Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda influenza A yang perlu diketahui. Pengesanan awal, boleh menyelamatkan nyawa korang..

Mesti korang serabut dan pening nak bawa barang apa masuk asrama. Jom baca senarai barang keperluan asrama perempuan yang wajib korang bawa..

Rasanya yang enak dan memiliki banyak kebaikan. Persoalannya, menghasilkan telur separuh masak berapa minit? Jadi, ini dia cara yang betul!

Nak beli kereta baru? Lagi-lagi kereta Myvi baru 2023 ni. Jadi, hari ni Atok akan kongsikan untuk korang harga myvi baru dan bayaran bulanan..

Senarai ini mungkin sesuai dan dapat membantu korang memilih hadiah untuk kawan perempuan korang. Ada 20 idea bajet di sini..

Dalam artikel ini Atok kongsikan mengenai cara korang buat semakan cukai tanah Selangor melalui kad pengenalan sahaja. Diharap membantu..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!