Soalan Temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29

Masih tercari-cari rujukan dan contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara) untuk ambilan di Jabatan Perkhidmatan Awam yg dijadualkan pada 4 Mac 2024 – 14 Mac 2024 ini? Atau korang cari bahan untuk contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (Elektrik) untuk ambilan di Jabatan Perkhidmatan Awam yg dijadualkan pada 18 Mac 2024 – 22 Mac 2024 ini?Teruskan membaca jika jawapan korang ya kerana di bawah, atok kongsikan beberapa contoh soalan temuduga dan tips-tips temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29

Sekiranya korang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Nota Penting: Sebelum itu, bagi korang yg baru sahaja mendapat panggilan ke ujian psikometrik Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 (Elektrik) yang dijadualkan pada 20 Februari 2024 ini utk ambilan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Bahan latih tubi dan contoh-contoh soalan ujian psikometrik Gred DG29 korang boleh baca di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29.

Andainya korang tengah mengejar masa dan mungkin tak sempat baca perkongsian ni sampai habis. Korang boleh lompat mana-mana tajuk yang betul-betul perlu. Klik mana yang berkenan dalam daftar isi kandungan berikut.

Jadual gaji Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29;

Jadual GajiRinggit Malaysia
MinimunRM1,549.00
MaksimumRM5,701.00
KGTRM145.00

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 layak terima.

Deskripsi tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29

Apakah skop kerja Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29?

Berikut adalah skop kerja / senarai tugas seorang Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 :

1. Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori.

2. Mengawas pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan.

3. Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian.

4. Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih.

5. Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya.

6. Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan.

7. Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya.

8. Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini.

9. Merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya.

10. Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian.

11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Syarat lantikan dan kelayakan Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29

Calon lantikan hendaklah mempunyai :

  • Kewarganegaraan Malaysia;
  • Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00);

Atau

Sijil kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00);

Atau

Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,624.20);

Atau

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,699.40);

Atau

Diploma teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajiantinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,784.80);

Atau

Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,860.00).

Dan

  • Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Semakan Jadual Temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29

Semakan panggilan Temuduga memasuki perkhidmatan awam, Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29, Kementerian Belia dan Sukan, boleh dibuat melalui pautan berikut :

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL TEMU DUGA

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29 DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Portal SPA :

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga

Tempat Bertugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29

Kementerian Sumber Manusia

  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)

Kementerian Belia dan Sukan

  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN / IKTBN)

Soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 (berkenaan kementerian / jabatan)

Percaya cakap atok, soalan temuduga yang paling popular diajukan adalah berkaitan dengan kementerian / institut kemahiran / pusat latihan dimana korang bakal ditempatkan.

Misalnya, korang dipanggil untuk penempatan di IKBN Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Adalah patut untuk korang mengetahui :

Misi, visi dan objektif utama penubuhan IKBN.

Paling penting, ambil tahu peranan yang dimainkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB).

Contoh soalan temuduga : Apa beza ILKBS dan AKBG?

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 yang paling lazim diajukan

Apakah dua contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 yang paling lazim diajukan kepada calon temuduga untuk kerja kerajaan?

Biasanya dua soalan yang paling lazim ditanya kepada calon adalah:

A. Korang diminta memperkenalkan diri.

Tips – perkenalkan diri dengan memastikannya ringkas, padat dan menyeluruh.

B. Alasan kenapa korang memohon jawatan sebagai Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29.

Tips – bagi sebab memohon pula, gunakan kreativiti korang tetapi jangan lupa menyatakan bahawa jawatan ini merupakan peluang untuk korang memberi sumbangan dan berbakti kepada negara.

Dua soalan ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerkan kesesuaian diri korang dengan jawatan ini.

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 yang paling popular

  • Berapa buah IKBN yang dikendalikan oleh KBS?
  • Boleh namakan 5 IKBN daripadanya.
  • Katakan awak lepasan SPM. Jelaskan cara-cara memohon untuk mengikuti latihan di bawah IKTBN.
  • Berapa tempoh latihan bagi kemahiran sepenuh masa?
  • Sama tak tahap kemahiran yang dipelajari di IKM dengan ILP?
  • Orang cakap ILP ni ajar student kemahiran teknikal saja. Betul ka?
  • Diploma awak dalam bidang hospitaliti. Apa beza penyelia makanan dan penyelia pastri?

Topik ulangkaji untuk temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29

Antara topik yang dicadangkan untuk korang ulangkaji meliputi :

  1. Bidang tugas jawatan ni,
  2. Di mana jawatan ini akan ditugaskan,
  3. Dasar-dasar negara,
  4. National Key Result Areas (NKRA),
  5. Strategi Lautan Biru Kebangsaan,
  6. Menteri-menteri Kabinet,
  7. Menteri Sumber Manusia,
  8. Kementerian Belia dan Sukan

Rujukan khas temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29

Penemuduga bukan setakat melihat kelayakan akademik atau jenis kemahiran yang korang miliki. Kerana ada ramai calon lain yang lebih cemerlang keputusan dan lebih diperlukan tahap kemahirannya.

Dalam mana-mana temuduga kerajaan – tidak kira sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan (UKJK).

Penilaian oleh panel terarah lebih kepada sahsiah, kesantunan, etika, pemakaian, komunikasi dan paling penting kesesuaian untuk jawatan berkenaan.

Hal-hal ini pula perlu diketahui dengan jelas satu persatu. Ia tidak mampu dilakonkan secara spontan. Kerana ia memerlukan latihan dan harus selalu diamalkan.

Jadi temuduga jawatan ini bukan semata-mata berkaitan kemahiran dimiliki!

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan

Sila jangan terlalu bergantung kepada kemahiran korang membaiki kenderaan, mengimpal dan sebagainya. Ia memainkan separuh peranan sahaja.

Sebab itulah, korang amat disarankan memperkemaskan diri dengan rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga seperti di bawah.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Suka atok ingatkan, kedua-dua rujukan ni tidak spesifik untuk satu-satu jawatan. Ini merupakan rujukan umum. Maknanya ia sesuai dijadikan rujukan untuk kebanyakan jawatan under SPA.

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.

Sempat ke pos buku ni tok?

Ianya bukan buku, tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muatturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 24 jam. Jadi tak perlu lagi tunggu POS datang ke rumah hantar barang. Cara ni lebih cepat untuk koranga mula study!

Demikianlah adanya..

Demikianlah adanya, sedikit sebanyak contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 yang akan korang hadapi sepanjang bulan ni.

Tapi jika korang tak terlibat dengan temuduga jawatan vokasional gred DV29 ni, sebaliknya dipanggil untuk gred DV19. Terus saja baca contoh soalan temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19.

Contoh soalan temuduga yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki temuduga!

Penutup

Sementara, bagi korang yang akan menduduki psikometrik bagi jawatan-jawatan lain, korang jangan duduk selagi belum baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, panduan ni untuk korang yang nak kerja dengan kerajaan. Bagi yang lebih suka kerja swasta, korang baca cara mohon kerja swasta yang atok da kongsi sebelum ni. Tapi sebelum korang nekad ke mana-mana karnival kerjaya, kena tahu la apa tips penting temuduga terbuka swasta.

Juga untuk yang dipanggil ke exam online Penolong Pegawai Pembangunan, korang hadam dahulu contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29. Musatahak ni.

Sapa cakap atok lupakan brader-brader driver H11 kita, abg semua baca perkongsian contoh soalan temuduga Pemandu Kenderaan H11 ni.

Lastly, yang kena hadir temuduga Penolong Pegawai Penilaian di JPPH. Atok hadiahkan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilai W29 ni. Buat bekal.

OK, ni btl2 last. Lagi beberapa hari SPA akan jalankan peperiksaan PPT N29 untuk penempatan di KKM. Jadi, Atok da coretkan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (Pengurusan Stor).

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Aribaa dulu dari atok. Gud luck semua!

2 thoughts on “Soalan Temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29”

  1. Terima kasih atok dan tim info kerjaya… saya ada beli rujukan tim info kerjaya melalui online… Alhamdulillah… ujian psikometrik lulus baru² ni… dan kini sy dalam persiapan utk iv DV29 18.11 ni… doakan kejayaan sy… terima kasih atas ilmu bermanfaat dari atok & tim info kerjaya..???

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!