Cara Nak Buang Angin Dalam Badan. Cuba Dulu, Mana Tahu Berkesan

Sebelum kita membincangkan dengan lebih mendalam mengenai cara nak buang angin dalam badan dengan cepat, mari kita kenal pasti terlebih dahulu punca angin dalam badan atau kembung perut ini boleh terjadi. Benda ni kalau dibiarkan, memang tak selesa jadinya. Nak buat apa pun tak boleh.

Cara Nak Buang Angin Dalam Badan. Cuba Dulu, Mana Tahu Berkesan

Setiap golongan manusia baik yang sudah berusia, muda, kanak-kanak mahupun bayi pasti pernah mengalami masalah angin terkumpul di dalam badan. Kembung perut merupakan salah satu tanda-tanda badan seseorang itu mengalami masalah angin berkumpul. Namun begitu, pasti ada di antara korang ingin tahu bagaimana punca kembung perut ini boleh terjadi.

Untuk pengetahuan semua, masalah kembung perut yang dialami sehingga korang sukar membuang angin adalah disebabkan beberapa faktor antaranya masalah sembelit, gas dalam perut yang berlebihan dan juga salah makan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, setiap makanan yang dimakan atau minum biasanya boleh mengakibatkan masalah kembung perut dengan kerap.

Walau bagaimanapun, korang tidak perlu risau kerana setiap masalah pasti ada cara untuk diselesaikan. Oleh itu, di sini akan dibincangkan serba sedikit tentang cara nak buang angin dalam badan yang boleh korang amalkan sekiranya ia terjadi.

Berikut merupakan cara nak buang angin dalam badan yang mungkin boleh korang cuba di rumah.

Yogurt

Yogurt adalah satu cara nak buang angin dalam badan dengan cepat. Hal ini dikatakan demikian kerana, yogurt kaya dengan probiotik iaitu sejenis bakteria yang terbaik yang memainkan peranan penting dalam kesihatan usus.

Bukan itu sahaja, probiotik juga dikatakan mampu mengurangkan masalah kembung perut yang disebabkan oleh keadaan seperti sindrom usus besar. Oleh itu, jelaslah bahawa yogurt juga merupakan salah satu cara nak buang angin dalam badan.

Buah Avokado

Selain itu, bagi korang yang belum mengetahui, buah avokado juga merupakan salah satu buah yang di percayai menjadi antara salah satu cara untuk membuang angin dalam badan. Hal ini kerana, buah avokado merupakan buah yang sangat kaya dengan kandungan kalium, mineral penting yang terlibat dalam mengawal keseimbangan cecair dan paras natrium untuk mengelakkan pengekalan air.

Tambahan pula, avokado juga merupakan buah-buahan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi yang mampu membantu mengelakkan sembelit dan kembung perut. Justeru, ini juga merupakan salah satu cara untuk korang nak buang angin dalam badan.

Halia

Selain dua bahan yang dinyatakan di atas ini, halia juga merupakan salah satu cara nak buang angin dalam badan yang paling ampuh. Hal ini dikatakan demikian kerana, halia merupakan salah satu herba yang sangat terkenal dengan keupayaan untuk melegakan gangguan pencernaan.

Bukan itu sahaja, halia juga mengandungi enzim yang digelar sebagai zingibain yang dapat membantu memecahkan protein dengan lebih cepat untuk menyokong pencernaan yang sihat. Oleh kerana itu, halia sangat sesuai untuk perut kembung kerana ianya dapat membantu untuk membuang angin dalam badan dengan cepat.

Halia ni memang atok amalkan, memang terbukti berkesan. Sama ada, dibuat sebagai teh atau dimasukan ke dalam makanan. Kalau nak buat teh pun senang saja.

Cara buat teh halia sebagai petua buang angin dalam perut

1) Ambil halia dan hiriskan nipis-nipis.

Nota: Banyak mana hirisan tu ikut sendiri ya. Nak banyak atau sikit. Agak pedas juga kalau guna halia kampung. Kalau tahan pedas, letak banyak pun takda masalah.

2) Masuk dalam cawan.

3) Tuang air panas mendidih.

4) Biarkan selama sepuluh minit.

5) Bila dah suam, boleh minum.

6) Amalkan selalu, sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Teh Hijau

Teh hijau juga merupakan salah satu cara nak buang angin dalam badan dengan cepat yang perlu korang ketahui. Hal ini dikatakan demikian kerana, teh hijau ini mengandungi kandungan yang penuh dengan antioksidan yang boleh menuetralkan radikal bebas berbahaya selain mengurangkan keradangan dalam badan.

Oleh kerana itu, teh hijau sangat sesuai bagi mereka yang mengalami kembung perut sehingga mengakibatkan terjadinya angin dalam badan. Justeru, bagi korang yang mengalami angin dalam badan, bolehlah mengamalkan teh hijau untuk membuang angin badan.

Cara urutan buang angin dalam badan

Satu lagi kaedah membuang angin dalam badan yang boleh diamalkan ialah dengan cara urutan. Kalau korang tak pandai, cari orang yang mahir dan tahu cara urutan buang angin dalam badan. Jangan memandai, nanti bertambah teruk jadinya.

Untuk korang yang selalu kembung perut, boleh ikuti langkah mudah urutan kembung perut ini.

1. Panaskan tapak tangan terlebih dahulu dengan cara menggosoknya antara satu sama lain selama 30 saat dengan menggunakan sebarang minyak urut yang sesuai. Boleh juga pakai minyak bayi atau minyak aromaterapi kalau itu saja yang ada di rumah.

2. Baringlah dengan selesa dan kemudian, letakkan beberapa titis minyak tadi pada perut korang dan gosokkan perut dengan menggunakan tapak tangan beberapa kali. Buat mengikut arah lawan pusingan jam.

3. Setelah itu, urut bahagian tengah perut bermula daripada bahagian atas pusat sehinggalah pada tulang kemaluan. Buat cara yang sama pada bahagian sebelah kanan badan. Setelah selesai, tekan jari pada bahagian pusat secara perlahan-lahan.

4. Teruskan mengurut dengan gerakan membulat pada bahagian luar pusat dengan mengikut arah lawan pusingan jam.

5. Lakukan urutan pada seluruh bahagian perut selama 20 minit.

6. Jika ada kawasan perut yang korang rasa masih memerlukan terasa kembung, luangkan lebih masa untuk mengurut pada area tersebut.

Macam atok cakap tadi, kalau korang rasa susah urut sendiri, cuba cari sesiapa yang pandai dan mahir mengenai cara urutan buang angin dalam badan.

Harus diingat: Urutan kembung perut tidak sama dengan urutan membuang angin di bahagian belakang badan atau bahagian kaki.

Selamat mencuba.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi cara nak buang angin dalam badan yang boleh korang ketahui. Namun begitu, cara-cara yang telah dikongsikan di atas ini pun sudah cukup membantu korang yang mengalami masalah kembung perut dan ingin membuang angin dalam badan.

Justeru, bagi mereka yang ada masalah angin dalam badan bolehlah mencuba mana-mana petua buang angin dalam perut di atas. Diharapkan perkongsian yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang mengalami masalah angin dalam badan dan ingin membuangnya.

Rujukan Lain

Apakah makanan orang berpantang lepas bersalin? Oleh itu, mari kita lihat beberapa makanan orang berpantang selepas bersalin czer..

Kepada korang yang tengah main kira-kira untuk bajet proton saga baru boleh la baca perkongsian Atok mengenai bayaran bulanan proton saga baru ini..

Tahukah korang apakah doa Nabi Yunus dalam perut ikan tersebut? Doa ini banyak kelebihan dan manfaatnya. Terutama untuk yang ditimpa musibah..

Kalau tidak rawat, nanti nak bercakap pun susah. Tahukah korang, bagaimana kahak boleh terjadi? Dan apa pula petua hilangkan kahak cara tradisional?

Korang pasti ingin tahu cara putihkan ketiak yang hitam berkerak sekiranya korang mempunyai masalah ini di bahagian ketiak, leher, siku dan lutut..

Menurut statistik, 2 – 6 orang daripada setiap 1,000 orang adalah penghidap autism. Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri autisme ringan yang mungkin ada pada anak korang!

Individu disenarai hitamkan tidak dibenarkan membuat pasport & dihalang ke luar negara. Di sini ditunjukkan cara semak senarai hitam imigresen..

Jom ketahui perkara-perkara yang membatalkan puasa. Hal ini, agar ibadah kita di bulan Ramadhan yang barokah ini tidak menjadi sia-sia..

Leave a Comment

error: Content is protected !!