Contoh Resume Terbaik (Fresh Graduate)

Korang merupakan seorang fresh graduan yg tengah mencari contoh resume terbaik sebagai rujukan? Jangan risau, Atok akan bantu korang. Kejap lagi Atok akan kongsikan contoh resume terbaik fresh graduate sesuai untuk korang.

Contoh Resume Terbaik (Fresh Graduate)

Kenapa resume penting?

Langkah yang pertama untuk seorang graduan, untuk mencari pekerjaan ialah dengan menghasilkan resume yang berkualiti. Itu merupakan hal pertama yang korang perlu buat dan hasilkan sebelum mencari pekerjaan. Namun, kebanyakan graduan hanya menghasilkan resume dengan sambil lewa sahaja asalkan siap.

Kebanyakan mereka tidak mementingkan hasil kualiti resume kerana mengganggap resume ini tidak penting. Atok bagitahu korang satu tips ye, untuk mendapatkan pekerjaan itu, korang perlu hasilkan resume yang berkualiti.

Hal ini demikian kerana, resume yang berkualiti merupakan menentu dan identiti korang sebelum menjalankan interview. Jadi, korang kena berhati-hati. Tapi jangan risau, Atok akan kongsikan langkah dan contoh resume terbaik fresh gradute untuk korang.

Contoh resume terbaik:

Menghasilkan resume terbaik harus mengandungi 3 komponen utama yakni format resume yang betul, ciri-ciri resume terbaik dan elakkan kesalah dalam penyediaan resume. Jangan sampai resume korang ditolak!

Format resume

  • Sertakan gambar formal dan profesional pada halaman atas resume.

Korang jangan letak gambar tidak profesional seperti membuat mini love atau peace di dalam resume. Sebaliknya, letakkan gambar passport atau lebih formal.

  • Nyatakan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, alamat email dan nombor telefon juga pada halaman atas resume.

Untuk graduan, jangan sesekali letakkan nama samaran atau ringkasan nama korang di dalam resume. Kalau boleh, Atok nasihatkan korang letakkan nama dan maklumat dengan profesional dan gunakan nama yang betul.

  • Tulis profil peribadi ringkas seperti elevator pitch untuk menyerlahkan pengalaman dan kemahiran utama anda.

Jangan letakkan informasi yang panjang di dalam resume korang. Gunakan point ringkas untuk kenalkan pengalaman dan kemahiran korang. Seperti term orang suka cakap “Straight to the point”.

  • Tulis pengalaman pendidikan dari peringkat paling tertinggi hingga peringkat sekolah menengah.

Tulis pengalaman korang secara berperingkat dan jangan letakkan secara berselerak dan tidak kemas. Ini akan menyebabkan resume korang akan serabut dan tidak tersusun.

  • Tulis pengalaman pekerjaan, internship atau projek sukarelawan dari yang terkini dan paling relevan.

Tulis pengalaman yang korang ada untuk menarik perhatian majikan. Tapi, kenalah berkaitan dan boleh diguna pakai.

  • Sertakan pencapaian atau anugerah yang diterima ketika di universiti atau waktu internship.

Sertakan pencapaian korang selama belajar. Ini merupakan penentu sama ada korang seorang yang aktif dan rajin.

  • Senaraikan kemahiran berkaitan dengan bidang yang ingin diceburi seperti penggunaan software tertentu.

Senaraikan kesemua kemahiran basic korang. Hal ini bertujuan kerana korang akan terlihat mahir dalam pelbagai software dan tidak perlu untuk diajar. Kebanyakan majikan akan mengambil mereka yang mempunyai kemahiran dan berpengetahuan. Misalnya, korang tahu secara basic menggunakan software tersebut. Mereka akan ajar from basic to profrssional.

  • Senaraikan jenis bahasa yang anda boleh tutur dan tulis kerana sesetengah syarikat mungkin inginkan seorang yang berdwibahasa.

Jika korang mempunyai kemahiran dwibahasa yang tinggal misalnya tahu berbahasa mandarin. Itu merupakan satu kelebihan untuk korang. Kebanyakan majikan, akan mencari mereka yang berkemahiran dalam berdwibahasa.

Ciri-ciri contoh resume terbaik fresh gradute

1. Resume biasanya dihadkan kepada satu atau dua muka surat bersaiz A4 dan hanya menonjolkan pengalaman dan kelayakan yang dianggap paling relevan dengan jawatan yang dipohon.

2. Resume yang melebihi satu muka surat akan dipanggil CV iaitu Curriculum Vitae. Ia lebih panjang dan isi kandungan yang lebih terperinci.

3. Banyak resume mengandungi kata kunci atau kemahiran yang dicari oleh bakal majikan melalui sistem penjejakan pemohon, menggunakan kata kerja aktif yang bersesuaian.

4. Mulakan dengan objektif resume yang menarik atau ringkasan resume. Korang perlu gunakan ayat ringkas dan padat.

5. Dokumenkan pengetahuan anda di bahagian resume pendidikan. Korang perlu letakkan pengetahuan dengan menggunakan kata kunci yang ringkas untuk diletakkan dalam resume korang.

6. Fokuskan apa-apa pengalaman yang anda perolehi semasa pengajian anda yang mungkin berguna sekiranya di tawarkan pekerjaan atau jawatan yang di pohon.

7. Tekankan pengalaman yang sesuai dan berkaitan kepada jawatan yang korang pohon agar korang layak dan kemahiran dalam bidang tersebut.

8. Senaraikan kemahiran dan kebolehan yang sepadan dengan iklan pekerjaan. Nyatakan kemahiran dan kebolehan korang secara ringkas dan padat mengikut kriteria yang mereka iklankan.

Kesalahan resume ditolak

Menggunakan font yang tidak menarik

Font memainkan peranan penting untuk resume di mana ia merupakan faktor utama untuk membaca resume korang. Korang tidak perlu menggunakan font yang unik dan bersambung-sambung ataupun italic. Ini akan mengganggu dan menyukarkan majikan untuk membaca.

Tidak mengandungi informasi yang mencukupi

Korang kena pastikan resume lengkap dengan bidang yang korang ceburi. Walaupun tidak mempunyai pengalaman yang banyak kerana baru sahaja menjadi graduan. Korang boleh letakkan pencapaian korang semasa berada di Universiti. Kemahiran yang korang dapat semasa praktikal atau pernah menjadi sukarelawan. Informasi tersebut akan membantu korang mendapat nilai cemerlang.

Menulis perkara yang tidak diperlukan

Korang perlu isi informasi dengan ringkas sahaja. Dengan penerangan pendek atau menggunakan point sahaja untuk ringkasan kepada informasi. Tidak perlu letakkan secara detail dan panjang.

Menggunakan alamat email yang tidak profesional

Dalam resume, korang perlu menyatakan alamat email untuk dihubungi. Oleh itu, korang perlu menghasilkan satu alamat email yang profesional dan jelas agar tidak menyukarkan majikan. Sebaiknya menggunakan nama sebenar korang sendiri dan elakkan menggunakan nama yang pelik dan susah.

Kesalahan ejaan dan tatabahasa

Resume adalah pendek dan ringkas. Sebarang kesilapan ejaan akan mudah untuk dikesan. Korang kena pastikan resume tidak mempunyai kesalahan ejaan agar resume kelihatan profesional.

Pesanan akhir

Dengan perkongsian contoh resume terbaik fresh gradute ini, Atok harap korang lebih bijak dan hati-hati meletakkan informasi di dalam resume. Resume ini merupakan langkah pertama untuk korang memperkenalkan diri dan kemahiran serta pencapaian korang.

Resume juga digunakan sebagai dokumen untuk permohonan pekerjaan baru. Secara ringkasnya, resume ini mengandungi maklumat ringkas korang untuk di tunjukkan kepada bakal majikan.

Dengan perkongsian ini, Atok harap korang dapat ilmu dengan menghasilkan resume yang bagus dan bermanfaat untuk korang dapatkan pekerjaan yang korang minati.

Semoga perkongsian contoh resume terbaik fresh graduate ini membantu korang mendapatkan pekerjaan dan mampu menarik perhatian majikan.

Rujukan Lain

Badan dah berisi? Pastu susah gila nak cari baju yg sesuai dengan saiz? Ha.. Jom, jom kita tengok tips kurus kan badan dengan cepat tanpa produk.

Senarai perdana menteri Malaysia & sumbangannya bermula dari perdana menteri yang pertama sehingga sekarang iaitu tahun 2023. Jom kenali PM kita..

Kali ini kita borak mengenai cara memikat hati lelaki. Tapi bukan lelaki yang sudah berpunya. Akan tetapi cara-cara memikat hati lelaki dalam diam..

Impian korang ingin menjadi seorang guru? Jangan risau, Atok akan kongsikan senarai IPG di Malaysia untuk korang jadikan rujukan sebelum memohon..

Bukan bunga ros, bukan bunga orkid dan bukan bukan juga bunga kekwa. Tapi bunga raya bunga kebangsaan bagi negara Malaysia. Baca lebih lanjut..

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum dalam persekutuan Malaysia..

Di sini Atok akan kongsikan kepada korang doa sebelum berbuka puasa ramadhan yang korang boleh amalkan sebelum berbuka puasa nanti. Selamat berbuka!

Prestasi korang merosot? Pernah dengar khasiat bawang putih bakar? Jom cari tahu sedikit mengenai khasiat bawang putih untuk lelaki pada kali ini..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!