Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu (Dan Gemuk)

Kucing merupakan salah satu haiwan paling comel dan manja kepada tuannya. Kucing juga antara haiwan sangat mudah untuk dijaga dan sesuai untuk dipelihara oleh semua golongan tanpa mengira agama dan kepercayaan. So, kali ni atok nak share pasal makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk!

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu (Dan Gemuk)

Untuk memelihara kucing bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan, namun apa yang menyukarkan adalah bagaimana untuk memastikan kucing yang dipelihara sentiasa gemuk dan memiliki bulu yang cantik dan sihat. Baru sedap nak peluk kan.

Bagi korang yang ada kucing, pasti tertanya-tanya apakah makanan yang sesuai yang baik untuk memastikan kucing sentiasa gemuk dan memiliki bulu yang cantik dan sihat. Oleh itu, bagi yang ingin mengetahuinya, maka di sini akan dinyatakan makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk yang harus korang ketahui.

Mesti korang dah tak sabarkan nak tahu, makanan apa yang sesuai untuk kucing korang menjadi lebih gemuk dan bulu sihat serta cantik.

Untuk pengetahuan, terdapat banyak makanan kucing yang terbaik di pasaran untuk memastikan kucing sentiasa gemuk dan memiliki bulu yang sihat. Walau bagaimanapun, terdapat juga makanan kucing yang boleh dibuat di rumah sahaja, cuma pastikan makanan tersebut memiliki nutrisi yang cukup.

Antara nutrisi yang korang perlu pastikan ada sebelum memilih makanan yang terbaik untuk kucing korang adalah:

  • Protien tinggi
  • Vitamin
  • Garam mineral
  • Air
  • Asid lemak

Ini merupakan antara nutrisi terbaik yang sangat diperlukan oleh kucing korang dalam membantu kucing menjadi lebih gemuk dan memiliki bulu yang sihat. Oleh itu, setelah mengetahui tentang nutrisi yang sesuai untuk kucing korang, kini mari kita lihat pula makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk.

Berikut merupakan makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk!

Makanan Basah atau Wet Food

Makanan basah atau wed food adalah antara makanan yang sangat disukai atau di gemari oleh kucing terutama bagi kucing kecil seperti anak kucing. Ini kerana, makanan basah sangat lembut dan sangat mudah untuk anak kucing makan.

Makanan basah juga mengandungi kelebihan yang sangat sesuai untuk kucing kerana teksturnya lembut dan mengandungi lebihan air dan ianya sangat sesuai untuk anak kucing.

Namun, perlu di pastikan untuk tidak memberikan makanan basah ini dengan jumlah yang banyak kerana ianya boleh menyebabkan cirit-birit. Walau bagaimanapun, makanan basah ini sememangnya antara makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk yang perlu korang beri.

Makanan Kering

Selain itu, makanan kering seperti royal canin dan sebagainya sangat sesuai untuk diberikan kepada kucing-kucing korang kerana ianya baik untuk badan dan juga bulu kucing korang.

Bukan itu sahaja, makanan kering atau dry food ini juga mengandungi protein yang sangat tinggi berbanding makanan basah atau wet food. Justeru, bagi korang yang ingin menggemukkan kucing korang, silalah memberikan kucing korang makanan kering atau dry food.

Kuning Telur

Makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk yang seterusnya ialah kuning telur. Mengapa kuning telur termasuk dalam kategori makanan terbaik kucing? Kerana kuning telur mempunyai kandungan protein yang tinggi dan sangat sesuai untuk dijadikan sumber nutrisi kucing korang.

Kuning telur mengandungi Vitamin B12, zat besi dan Vitamin D. Kesemua ini membantu dalam proses pengemukkan si bulus, di samping menghindarkan penyakit dan mengurangkan bulu gugur.

Caranya sangat mudah, di mana korang hanya perlu mencampurkan kuning telur bersama dengan makanan basah itu tadi. Tak perlu masak, campur camtu jer. Simple!

Banyak lagi makanan terbaik kucing yang boleh diberikan kepada si bulus korang untuk memastikan kucing korang sentiasa gemuk dan memiliki bulu yang cantik dan sihat. Namun begitu, makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk yang dikongsikan ini juga sudah boleh membantu kucing korang untuk kelihatan lebih sihat, gemuk dan gebus.

Rujukan Lain

Kali ini kita borak mengenai cara memikat hati lelaki. Tapi bukan lelaki yang sudah berpunya. Akan tetapi cara-cara memikat hati lelaki dalam diam..

Impian korang ingin menjadi seorang guru? Jangan risau, Atok akan kongsikan senarai IPG di Malaysia untuk korang jadikan rujukan sebelum memohon..

Bukan bunga ros, bukan bunga orkid dan bukan bukan juga bunga kekwa. Tapi bunga raya bunga kebangsaan bagi negara Malaysia. Baca lebih lanjut..

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum dalam persekutuan Malaysia..

Di sini Atok akan kongsikan kepada korang doa sebelum berbuka puasa ramadhan yang korang boleh amalkan sebelum berbuka puasa nanti. Selamat berbuka!

Korang fresh graduan yg tengah cari contoh resume terbaik sebagai rujukan? Jangan risau, Atok kongsikan contoh resume terbaik fresh graduate di sini.

Murid-murid digalakkan menggunakan peribahasa dalam karangan dan exam. Diharap senarai peribahasa dan maksudnya ini membantu korang..

Kalau kena penangan pickup line padu menusuk ke hati ni, memang boleh cair. Jom try 20 ayat pickup line sweet untuk lelaki ni. Memang bersemut bhai!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!