Korang nak pegi mana tu? Malas nak jalan jauh-jauh ke kaunter semata-mata nak beli tiket bas? Tiada masalah. Kita belajar cara beli tiket bas online kali ni.
Jika dulu bas merupakan pengangkutan awam yang sering digunakan oleh orang ramai ketika kereta serta pengangkutan awam yang lain masih dalam proses kemajuan. Namun begitu, walaupun masih ada yang menggunakan bas sebagai pengangkutan awam untuk bekerja dan bersiar-siar, tetapi ianya tidak sama seperti zaman dahulu.
Hal ini demikian kerana, pada zaman kini orang ramai sudah berkemampuan untuk membeli kenderaan sendiri serta pengangkutan awam juga sudah semakin banyak seperti KTM, ETS dan juga kenderaan empat roda iaitu teksi dan e-hailing. Namun begitu, walaupun pengangkutan bas kurang digunakan, tetapi sistem dan pengubahsuaian bas yang lebih moden dan cantik semakin hari semakin meningkat.
Kini bas bukan sahaja terdiri daripada satu tingkat sahaja tetapi ianya sudah dimajukan menjadi bas dua tingkat dan secara tidak langsung dapat menambahkan lebih banyak kapasiti penumpang dalam sesebuah bas.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, sistem pengangkutan bas semakin hari semakin maju di mana jika dulu, orang ramai perlu datang ke kaunter tiket bas sendiri untuk membeli tiket bas yang dijual. Namun kini, mereka telah menyediakan sistem atau aplikasi online yang membolehkan korang untuk membeli tiket bas online tanpa perlu datang ke kaunter untuk membelinya.
Bagi korang yang tidak tahu bagaimana cara untuk membeli tiket bas secara online ini, maka di sini akan dikongsikan cara beli tiket bas online yang korang perlu tahu.
Sebelum korang mengetahui tentang cara pembelian tiket bas secara online, korang perlu mengetahui juga tentang kelebihan membeli tiket bas online antaranya adalah:
Kelebihan membeli tiket bas online
- Dapat mengelakkan barisan yang panjang terutama pada waktu cuti.
- Tidak perlu risau tentang tempat duduk di dalam bas, kerana kita boleh memilih di mana sahaja kita mahu duduk.
- Dapat menjimatkan masa, daripada menunggu bas pada waktu yang telah dijadualkan.
Berikut merupakan beberapa syarikat bas yg menerima pembelian / tempahan tiket bas online atau secara atas talian :
- MaraLiner
- Mayang Sari Express
- Sani Express
- KKKL Group
Berikut pula merupakan portal yang korang boleh gunakan untuk membuat tempahan tiket bas online:
- TBS
- EasyBook
- E-Ticketing
- Catch That Bus
- RedBus
- Bus Online Ticket
Ini merupakan antara portal syarikat bas yang korang boleh gunakan sebagai salah satu cara untuk membeli tiket secara online.
Cara beli tiket bas online TBS
Berikut adalah cara beli tiket bas online TBS di portal Terminal Bersepadu Selatan (TBS):
1. Mula-mula korang kena daftar pengguna di TBS.
2. Daftar pengguna ini hanya perlu dilakukan oleh mereka yang pertama kali ingin membeli tiket sahaja. Untuk daftar caranya cukup mudah.
3. Klik ‘TBS ticketing purchase HERE’ > Klik Sign-up > Isikan maklumat berkait > Klik Sign-up/register > Selesai.
4. Setelah itu, korang Login semula guna ID yang telah didaftarkan tadi.
5. Isikan maklumat perjalanan termasuk tarikh, destinasi perjalanan dan jumlah penumpang. Selesai isi maklumak perjalanan, klik search.
6. Pilih bas. Selepas korang berpuas hati dengan laluan perjalanan dan jenis bas, klik ‘select’.
7. Pilih kerusi. Terpulang kepada korang, boleh pilih sama ada untuk duduk di kerusi single, double, atas mahupun bawah ( dan ini bergantung kepada kekosongan). Selepas selesai memilih kerusi, klik ‘proceed to payment’.
8. Untuk membuat payment, beberapa maklumat diperlukan seperti nama, nombor I/C, nombor telefon dan jenis transaksi. Ikuti beberapa langkah mudah sehingga korang berjaya membuat pembayaran.
9. Dah selesai semua, korang kena membuat tuntutan tiket, korang perlu tujukkan nombor tempahan tiket sebagai bukti. Tuntutan boleh dibuat di kaunter khas di TBS (kaunter pas masuk bas). Pastikan korang membuat tuntutan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masa menaiki bas.
Cara beli tiket bas online RedBus
Di bawah akan ditunjukkan cara beli tiket bas online menggunakan salah satu portal di atas yakni RedBus:
1. Korang boleh pergi ke laman web RedBus.com.my.
2. Kemudian pilih lokasi berlepas atau ketibaan dimana penumpang boleh menentukan ketibaan atau pelepasan di ruangan ‘dari’ dan ‘ke’ dan masukkan tarikh perjalanan kemudian klik carian.
3. Kemudian pilih pengendali bas dan masa yang diinginkan (senarai pengendali bas yang akan berkhidmat akan di paparkan di skrin)
4. Tapis pilihan jika perlu (jika ada kriteria tertentu yang korang pilih maka korang boleh menapis pilihan yang dipaparkan dengan klik mana-mana butang)
5. Kemudian korang memilih tempat duduk. Di skrin akan memaparkan tempat-tempat dalam bas kemudian korang perlu klik tempat duduk pilihan korang dan seterusnya klik ‘teruskan’.
6. Setelah membuat pilihan, korang boleh membuat pembayaran dalam bentuk kad kredit, kad debit, fpx, dan aplikasi e-wallet boost.
7. Kemudian pengesahan pembelian akan dihantar ke emel berdaftar dan nombor telefon yang telah diberikan oleh pembeli.
8. Akhir sekali, korang perlu mencetak dan simpan e-ticket yang telah dihantar di emel dan seterusnya perlu ditunjukkan kepada pengendali bas ketika korang ingin menaiki bas.
Cara beli tiket bas online Easybook
Dan ini pula adalah cara beli tiket bas online Easybook melalui portal:
1. Korang boleh pergi ke portal Easybook.com.
2. Maklumat jadual perjalanan bas, nama syarikat bas dan harga tiket akan dipaparkan. Korang hanya perlu pilih masa perjalanan, syarikat bas dan harga tiket yang sesuai dengan korang dan klik butang ‘Select’.
3. Pilih Tempat Duduk Dalam Bas. Paparan seterusnya untuk pilihan tempat duduk korang. Warna merah ‘occupied’ dan warna putih ‘available’. Pilihlah tempat duduk yang korang suka dan klik ‘Continue’
4. Seterusnya isi maklumat penumpang di ruangan yang disediakan. Atok cadangkan tick travel insurance untuk perlindungan semasa perjalanan. Malang tak berbau kan.
5. Setelah korang isi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat, korang akan di bawa ke ruangan pembayaran.
6. Pilih kaedah pembayaran. Tandakan Agree Ticketing Policy (datang 30 minit lebih awal ke stesen). Masukkan Word Verification dan klik Pay Now untuk membuat bayaran.
Nota: Portal Easybook.com menyediakan 8 pilihan pembayaran termasuklah menggunakan online banking, grabpay dan juga melalui outlet kedai 24 jam 7Eleven.
Ini merupakan dua cara beli tiket bas online yang sempat atok kongsikan iaitu cara beli tiket bas online RedBus dan cara beli tiket bas online Easybook. Diharapkan sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu korang membeli tiket secara online tanpa perlu bersusah payah datang ke kaunter bas.
Rujukan Lain
Di sini atok akan kongsikan senarai telefon pintar tidak boleh guna WhatsApp untuk tahun 2023. Adakah model smartphone lama korang termasuk?
Bagi korang yang mahu mengambil ujian MUET tahun ini, berikut akan dinyatakan tarikh dan cara pendaftaran MUET Sesi 1 2023. Moga bermanfaat..
Mesti korang dah tak sabar nak bayar cukai kan? So, kali ni atok kongsikan cara bayar cukai pendapatan individu online. Ada dua kaedah mudah..
Roadtax ni kena renew setiap tahun untuk mengelakkan dikenakan saman. Sini atok kongsikan langkah atau cara renew roadtax dan insuran kereta.
Bagi korang yang ingin menyambung pengajian di UiTM, di sini dikongsikan beberapa senarai kursus pengajian di UiTM dan lokasi kampus..
Nak sambung belajar? Atok akan pecahkan perbezaan tingkatan 6, matrikulasi dan diploma berdasarkan beberapa kriteria. Moga membantu korang memilih..
Nak masuk matrikulasi? Bagi yang masih tertanya-tanya bilakah permohonan kemasukan matrikulasi 2023 dibuka, KPM telah mengeluarkan tarikh rasmi..
Kita memiliki pelbagai jenis stesen keretapi seperti KTM, ETS, MRT dan juga LRT. So, kali ini kita tengok pula cara beli tiket ETS online KTMB..