Pernah dengar tak apa itu i-saraan KWSP? Kalau korang nak tahu i-saraan merupakan caruman sukarela bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri untuk membuat caruman bagi tujuan persaraan. Bestnya i-saraan ni ialah ahli yang mencarum sendiri ini akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan. Walau bagimanapun, bagi yang masih belum memahami apa itu i-saraan KWSP dengan lebih jelas, di sini akan diterangkan serba sedikit tentang apa itu i-saraan KWSP.
Isi Kandungan
Apa itu i-saraan KWSP, tujuannya, faedah i-saraan KWSP dan siapa yang boleh memohon i-saraan KWSP ini? Jadi, mari kita lihat apa itu i-saraan KWSP dengan lebih jelas dan terperinci.
Rasanya ramai yang dah maklum tentang i-suri yang mana syarat-syarat tertentu seperti suri rumah atau ibu tunggal yang berdaftar dengan e-kasih.
Tetapi, bagi i-saraan pula, ianya terbuka kepada lelaki mahupun wanita yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap atau mana-mana suri rumah yang tidak layak memohon i-suri. Tujuan utama i-saraan ini adalah menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan yang tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela.
Walau Bagaimanapun, tahukah korang, mengapa tujuan i-saraan ini diperkenalkan? Mari kita lihat objektif asas i-saraan KWSP ini.
- Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri
- Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan yang tiada pendapatan tetap.
- Menunjukkan sikap keprihatinan kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri
- Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung pada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM).
Apakah faedah i-saraan KWSP?
Berikut merupakan faedah i-saraan KWSP.
- Paling istimewa, menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk pada jumlah maksimum RM 250 setahun bagi golongan ahli yang telah berumur kurang daripada 55 tahun. Insentif ini juga telah diberikan dari tahun 2018 sehingga tahun 2022.
- Caruman mengikut masa dan kemampuan kewangan korang.
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan.
- Bantuan kematian tertakluk pada terma dan syarat KWSP
- Penyediaan saluran persaraan bagi golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap.
Seperti yang korang sedia maklum tentang apa itu i-saraan KWSP, untuk i-saraan KWSP ini walaupun ianya diberikan kepada golongan lelaki mahupun wanita, tetapi ada syarat untuk siapa yang boleh memohon i-saraan KWSP ini.
Syarat memohon i-saraan KWSP
Berikutnya pula adalah individu yang boleh memohon i-saraan KWSP ini.
- Individu yang berumur 55 tahun ke bawah.
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia.
- Individu yang bekerja sendiri dan mendatangkan hasil dan bukannya seorang yang bergelar pekerja.
- Telah membuat pilihan i-saraan KWSP
- Merupakan individu ahli KWSP.
Siapa boleh mohon i-saraan KWSP?
Walau bagaimanpun, pasti korang nak tahukan contoh individu yang bekerja sendiri tetapi mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja? Individu yang bekerja sendiri yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Ejen yang ada komisen.
- Pemilik perniagaan sama ada secara pemilik tunggal atau rakan kongsi.
- Pekerja berpencen
- Freelancer seperti individu yang menerima pembayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai penulis ambilan.
- Peniaga kecil, peniaga pasar malam dan peniaga uptown
- Petani, nelayan dan pemandu teksi
- Pengasuh bayi
- Perniagaan dalam talian iaitu seperti individu yang menjalankan perniagaan secara atas talian atau online.
- Pemilik praktis sendiri seperti doktor, peguam mahupun akauntan.
Cara mendaftar i-saraan KWSP
Macamana nak buat i-Saraan KWSP ni? Senang jer. Mula-mula korang kenalah jadi ahli KSWP dahulu, pastu pegi ke mana-mana cawangan KWSP terdekat dan minta borang permohonan i-Saraan KWSP.
Kemudian ikut langkah-langkah berikut:
▪ Ambil nombor giliran,
▪ Isi borang sambil tunggu nombor tu,
▪ Bawa borang ke kaunter bila nama korang dah dipanggil.
▪ Proses permohonan i-Saraan KWSP ni hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.
semakan i-Saraan KWSP
Bila insentif khas sebanyak 15% tu dah dikreditkan oleh kerajaan, tentu nak tengok duit dah masuk ke belum kan? Ok, berikut merupakan cara semakan i-Saraan KWSP secara online.
1. Log masuk i-Akaun KWSP.
2. Sekiranya mahu menyemak baki terkini, sila klik ‘akaun peribadi’.
3. Pilih tahun di ruangan penyata bagi tahun yg dikehendaki.
4. Kemudian klik cari. Penyata akan di paparkan.
5. Di bahagian bawah, korang boleh memilih untuk mencetak atau memuat turun penyata ahli.
6. Pilih penyata ringkasan atau penyata terperinci.
7. Dan klik cetak untuk mencetak terus penyata atau klik muat turun dalam bentuk pdf.
Nota: Selain menggunakan i-Akaun, korang juga boleh membuat semakan i-Saraan KWSP melalui kad pengenalan dan beberapa kaedah lain. Untuk penerangan lanjut, boleh baca semakan penyata KWSP melalui IC ini.
Kesimpulannya, bagi korang yang ingin mengetahui dengan lebih jelas tentang apa itu i-saraan KWSP, maka di atas ini merupakan serba sedikit penjelasan tentang apa itu i-saraan KWSP yang perlu korang ketahui. Namun begitu, hakikatnya masih terdapat banyak lagi yang perlu korang ketahui tentang apa itu i-saraan KWSP, namun ini pun sudah cukup untuk korang fahami perkara-perkara utama atau yang penting bagi i-saraan KWSP ini.
Walaupun, ada sesetengah individu yang kurang mengambil berat akan hal-hal i-Saraan KWSP ini, tetapi hakikatnya i-Saraan KWSP ini sangat penting untuk diambil tahu kerana ianya sangat membantu golongan yang bekerja sendiri dan yang memiliki pendapatan tidak tetap.
Rujukan Lain
Jika korang berminat ingin belajar di Maktab Rendah Sains MARA, di sini Atok kongsikan kepada korang senarai MRSM di Malaysia..
Ini ialah senarai harga pakej umrah 2023 dan syarikat berlesen yang boleh dipercayai kalau korang merancang pergi umrah dalam tahun ini..
Atok kongsikan kepada korang petua hilangkan sakit gusi berdenyut bagi mengurangkan rasa sakit di bahagian gusi tu sementara menunggu doktor..
Mesti korang tengah pening nak fikir hantaran untuk lelaki macam mana. Jangan risau, Atok dah sediakan senarai barang hantaran lelaki bajet (checklist) ni.
Korang kena baca artikel ini dulu untuk mengetahui lebih mengenai 8 khasiat minyak zaitun dan boleh dijadikan amalan kepada diri dan keluarga..
Tahu tak, sapa orang dalam gambar duit kertas tu? Itulah Agong yang pertama. Ok.. Pada kali ini jom kita tengok senarai yang DiPertuan Agong Malaysia.
Korang tiada sejarah mempunyai kencing manis tapi risau? Sebagai langkah berjaga-jaga, baca tanda tanda kencing manis pada peringkat awal ini..