Siapa je yang tak tahu SPA kan. Rasanya semua familiar sangat dengan SPA. SPA ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ini terkenal untuk mereka yang sedang mencari pekerjaan. Ramai yang sedang mencari pekerjaan yang lebih-lebih lagi dalam bidang kerajaan. Artikel ini akan membantu korang membuat semakan keputusan temuduga SPA secara online sahaja.
Isi Kandungan
Kepada mereka yang tengah mencari kerja atau tengah memohon pekerjaan di laman web SPA korang boleh baca artikel Atok berkaitan SPA. Untuk mengelakkan daripada korang terlepas iklan pekerjaan, Atok sarankan korang rajin-rajin lah lawati laman sesawang SPA untuk lebih mudah dan cepat mendapatkan maklumat. Tak ada lah korang ketinggalan maklumat mengenai pengambilan pekerjaan kan.
Cara membuat semakan keputusan temuduga SPA
1. Menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia korang kena buka link keputusan temuduga SPA ini terlebih dahulu.
2. Skrol kebawah dan cari Semakan Penjadualan & Keputusan dan tekan selanjutnya.
3. Cari Semakan Keputusan dan klik Temu Duga.
4. Selepas itu akan keluar Senarai Keputusan Temu Duga.
5. Korang boleh cari dan klik senarai jawatan yang korang mohon.
6. Akan keluar jawatan dan isi maklumat No Kad Pengenalan korang dan tekan butang hantar.
7. Akan keluar pautan di mana korang Berjaya atau pun Tidak.
8. Dalam masa yang sama, korang juga akan menerima email notiifkasi daripada SPA.
9. Jika berjaya, korang perlu cetak keputusan tersebut.
Senarai keputusan temuduga SPA terkini
Berikut adalah senarai jawatan yang sudah dijalankan sesi temuduga. Korang boleh semak keputusan, sama ada lulus atau sebaliknya melalui pautan di bawah:
- PENOLONG PEGAWAI METEOROLOGI GRED C29
(JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA)
(Temu Duga)
- JURUUKUR BAHAN GRED J41
(KEMENTERIAN KERJA RAYA)
(Temu Duga)
- PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
- PEGAWAI FARMASI GRED UF41
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
- PEGAWAI PERGIGIAN GRED UG41
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
- PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 (TAHFIZ AL-QURAN)
(PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN)
(Temu Duga)
- PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29
(PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN)
(Temu Duga)
- PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S29
(PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN)
- PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29
(JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA)
(Temu Duga)
- PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U41
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
(PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN)
(Temu Duga)
- PENGAWAS HUTAN GRED G19
(PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG)
(Temu Duga)
- PEMBANTU MAKMAL GRED C19
(JABATAN KIMIA MALAYSIA SERTA DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN (SARAWAK))
(Temu Duga)
- PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29
(JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA)
(Temu Duga)
- JURUTEKNIK PERUBATAN GRED U19
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (SEMENANJUNG))
(Temu Duga)
- PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41
(JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA)
(Temu Duga)
- PEGAWAI SAINS GRED C41
(JABATAN KIMIA MALAYSIA)
(Temu Duga)
- JURUTEKNIK PERUBATAN GRED U19
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)(SARAWAK)
(Temu Duga)
- PEGAWAI SAINS GRED C41 (SARAWAK)
(JABATAN KIMIA MALAYSIA)
(Temu Duga)
- JURURAWAT GRED U29
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
- PENOLONG JURUTERA GRED JA29
(KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR)
(Temu Duga)
- PEGAWAI SAINS GRED C41
(JABATAN KIMIA MALAYSIA)(SABAH)
(Temu Duga)
- PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29
(JABATAN TENAGA ATOM)
(Temu Duga)
Tips lulus temuduga SPA
1. Mesti mengikuti isu semasa di Malaysia
2. Tunjukkan minat yang korang inginkan jawatan kosong kerajaan tersebut
3. Menunjukkan usaha untuk menjawab sebaik mungkin
4. Berdiam, atau hanya jawab sepatah dua kata bakal menyebabkan peluang korang untuk lulus dan berjaya sesi temuduga SPA itu akan tertutup rapat
5. Jaga penampilan diri semasa sesi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
6. Persiapkan segala dokumen yang diperlukan untuk ditunjukkan kepada panel penemuduga
7. Pastikan anda membuat homework tahu lebih lanjut jawatan yang dipohon
8. Sentiasa senyum walupun ia sebuah lakonan
Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga
1. Elakan daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.
2. Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah korang ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum.
3. Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal korang.
4. Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
5. Ketepikan sikap ego manakala rendah diri semasa ditemuduga.
Menjaga adab dan sikap semasa temuduga
1. Elakkan berbohong semasa temuduga.
2. Jangan berbincang tentang masalah peribadi semasa ditemuduga. Ianya tidak berkaitan dengan panel penemuduga dan mereka tidak akan mahu mendengarnya.
3. Jika ditanya mengenai pengalaman bekerja sebelum ini, terangkan dengan secara ringkas, padat dan tepat.
4. Elakkan memburukan bekas majikan manakala kongsikan kisah yang baik-baik sahaja mengenai majikan.
5. Nyatakan kelayakan korang tapi jangan terlalu sombong terhadap diri.
6. Ucapkan terima kasih kepada panel sebagai tanda penghargaan.
7. Berjabat tangan dengan panel penemuduga.
8. Korang wajib mengetahui sebahagian tugas yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
Demikian, sedikit tips daripada Atok.
Konklusinya, semoga korang yang memohon SPA ini akan lulus. Dengan harapan dengan bantuan perkongsian daripada Atok ini akan membantu dan berguna kepada korang untuk membuat semakan keputusan temuduga SPA.
Gunakanlah sebaik mungkin peluang ini. Portal SPA adalah satu saluran yang membantu korang mendapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan. Kepada korang yanpg tak membuat permohonan lagi, boleh lah membuat permohonan sekarang. Dengan ini Atok harap perkongsian mengenai semakan keputusan temuduga SPA sangat berguna kepada korang.
Sebelum melabuhkan tirai kali ini, korang boleh terus dapatkan rujukan yang telah banyak membantu calon-calon temuduga yang memasuki kerja kerajaan sejak 2009 sehingga 2024 di bawah ini.
Rujukan ni sesuai untuk korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Korang kena ingat, ramai lagi calon lain yang tidak terpilih!
Jadi, korang kena bersyukur dan membuat persediaan yang betul-betul rapi untuk terus masuk ke alam pekerjaan dalam sektor awam. Semoga korang buat dengan sebaik mungkin semasa temuduga dijalankan.
Rujukan Lain
Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam tempoh terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam pula sambil cuma berdoa lulus sahaja. Doa, doa juga tapi jangan lupa berusaha! Jadi usaha sikit dengan membaca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.
Lagi satu, perkongsian contoh soalan temuduga Polis ni untuk korang yang minat kerja dengan kerajaan saja.
Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab prospek kerjaya yang lebih menjanjikan), korang bleh baca cara memohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.
Sebelum korang jalan berlenggang kangkong, kangkong masak belachan ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.
Korang baru siap duduk temuduga minggu lepas? Tgh tunggu keputusan lulus ke gagal? Atok ada kongsikan beberapa tanda lulus temuduga kerajaan.
Penutup
Lagi beberapa bulan, PDRM akan jalankan temuduga untuk penempatan di PULAPOL. Jadi, Atok da coretkan beberapa contoh soalan temuduga Polis. Moga ia membantu persediaan korang..
Sebelum tu, korang yg terpilih ke sesi iv Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29. Tahniah diucapkan. Korang memang de best. Siapkan diri awal-awal, baca soalan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 ni sekarang!
OK, ni btl2 last. Bagi yang kena hadir temuduga Penolong Pegawai Penilaian di JPPH. Atok hadiahkan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilaian W29 ni. Buat bekal.