Alhamdulillah, kerajaan baru sahaja mengumumkan berita yg membuat para pesara tersenyum sedikit. Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM350 kepada pesara diteruskan. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung rakyat kala ini. Di bawah, atok kongsikan jadual atau tarikh bayaran pencen 2025 pesara kerajaan. InsyaAllah dengan perancangan penggunaan yg baik, duit tu boleh bertahan sehingga bayaran seterusnya masuk.
Isi Kandungan

Tarikh bayaran pencen JPA 2025 ini sangat penting bagi mana-mana pesara atau waris kerana ianya dapat memberikan peringatan kepada setiap pesara atau waris mengenai tarikh pencen masuk agar mereka dapat melakukan pengurusan perbelanjaan bulanan dengan baik.
Jadual tarikh bayaran pencen 2025 pesara kerajaan di bawah adalah berdasarkan surat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dengan rujukan JPA 800-1/6/3 (32) : Jadual 1 – Tarikh Pembayaran Pencen Bulanan Bagi Tahun 2025. Oleh itu, berikut merupakan tarikh-tarikh semakan bayaran ganjaran pencen:
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan Cuti Umum / Keistimewaan |
---|---|---|---|
Januari | 17 Jan 2025 | Jumaat | Tahun Baru Cina (29–30 Jan) |
Februari | 19 Feb 2025 | Rabu | – |
Mac | 21 Mac 2025 | Jumaat | Aidilfitri (31 Mac–1 Apr) |
April | 18 Apr 2025 | Jumaat | – |
Mei | 21 Mei 2025 | Rabu | Hari Pesta Keamatan (30–31 Mei) |
Jun | 20 Jun 2025 | Jumaat | Gawai (1–2 Jun), Aidiladha (7–8 Jun) |
Julai | 18 Jul 2025 | Jumaat | – |
Ogos | 20 Ogos 2025 | Rabu | – |
September | 19 Sept 2025 | Jumaat | – |
Oktober | 15 Okt 2025 | Rabu | Deepavali (20 Okt) |
November | 19 Nov 2025 | Rabu | – |
Disember | 17 Dis 2025 | Rabu | Krismas (25 Dis) |
Nota: Sekiranya tarikh bayaran pencen 2025 di atas ‘crash‘ di paparan mobile atau smartphone korang, boleh rujuk jadual pencen dalam format gambar atau jpg di bawah. Selain itu, korang juga boleh download jadual pencen 2025 yg lengkap melalui pautan yg disediakan di bawah perkongsian ini.
Download Tarikh Bayaran Pencen 2025
Bagi korang yang ingin download tarikh bayaran pencen 2025 pesara kerajaan dalam bentuk PDF untuk tujuan rujukan akan datang. Korang boleh download di Tarikh Pembayaran Pencen Bulanan Bagi Tahun 2025 (Jadual 1) ini.
Maklumat Tambahan
- Tarikh bayaran ini ditetapkan dalam Surat Pekeliling JPA dan dimuat naik di portal KWAP.
- Bayaran dibuat melalui pindahan terus ke akaun bank pesara.
Sekiranya tarikh bayaran pencen jatuh pada cuti umum atau hujung minggu, pembayaran akan dilakukan pada hari bekerja sebelum atau selepasnya, biasanya sehari lebih awal .
Tindakan Yang Disarankan
- Tandakan tarikh-tarikh di atas pada kalendar peribadi korang.
- Semak akaun bank pada tarikh tersebut. Sekiranya tiada kredit, segera hubungi MyPesara / JPA / KWAP.
- Gunakan aplikasi MyPesara untuk menyemak penyata dan status bayaran.
Soalan Lazim Mengenai Pencen Kerajaan
Apakah cara untuk pesara jika ingin menukar bank pembayar pencen?
Berkuatkuasa Ogos 2012, penukaran akaun bank bagi pesara hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh setahun. Setiap permohonan perlu disertakan dengan surat Permohonan Pertukaran Akaun Bank seperti di http://www.jpapencen.gov.my/penukaran_akaun.html
Setelah dilengkapkan, hantaran pos boleh dibuat ke alamat seperti berikut:
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
Skytech Tower 2, Jalan Teknokrat 2,
Cyberjaya, 63000 Cyberjaya,
Selangor, Malaysia
Apakah bank-bank yang menyertai sistem pembayaran pencen melalui bank?
Berikut senarai bank yang menyertai sistem pembayaran pencen melalui bank:
- Bank Muamalat (M) Berhad
- Malayan Banking Berhad (Maybank)
- Bank Simpanan Nasional
- Affin Bank Berhad
- CIMB Bank Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Public Bank Berhad
- Alliance Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- HSBC Bank Malaysia Berhad
- Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
- Agro Bank Berhad
Bolehkah pencen dituntut oleh orang selain dari pesara itu sendiri?
Boleh. Dengan syarat, pelantikan wakil diri diluluskan oleh Bahagian Pencen. Pelantikan wakil diri ini diberi kepada pesara yang uzur dan mempunyai akaun bersama. Wakil mestilah pemegang akaun bersama pesara itu.
Bagaimana pesara boleh memaklumkan pertukaran alamat?
Pemakluman pertukaran alamat boleh dilakukan sama ada dengan melengkapkan borang kemaskini maklumat ini (borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan ke alamat emel: mypesara@kwap.gov.my) atau hadir ke kaunter-kaunter berikut untuk terus berurusan :
- Kaunter JPA4U, Jabatan Pekhidmatan Awam, Blok C2, Kompleks C di Putrajaya;
- Kaunter Khidmat Pelanggan Urusan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP Cyberjaya;
- Kaunter Bahagian Pencen JPA, Cawangan Sabah, Kota Kinabalu; dan
- Kaunter Bahagian Pencen JPA, Cawangan Sarawak, Kuching
Rujukan Lain
Nak tgk di panggung mana tu? GSC, LFS, TGV, MBO atau MMC? Tak kira panggung mana, cara beli tiket wayang online semua panggung tu ada di sini..
Mencari jenama tudung sememangnya penting bagi mereka yang menghasilkan tudung tersendiri dan menjualnya. Baca tips mencari idea jenama tudung ni..
Dalam artikel ini dikongsikan beberapa keperluan untuk memulakan penternakan kambing yg mesti korang tahu sebelum memulakan projek ternakan.
Ada yg sampai bertengkar mempertahankan sebutan masing-masing. Jadi mana satukah sebutan yang betul? Adakah Ikan Talapia atau Ikan Tilapia?
Atok ringkaskan di sini kelayakan cuti penjawat awam setakat yang termampu, kalau ada tersilap mohon betulkan di ruangan komen. Moga bermanfaat..
Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Selangor 2024. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Selangor bagi Tahun 2024 ini membantu korang hendaknya.
Bagi individu yg tinggal di Selangor dan nak ambil lesen memandu, korang semak senarai pusat latihan memandu di Selangor di sini. Selamat belajar..
Di sini dikongsikan cuti bagi tarikh hari raya korban 2024 / hari raya haji 1445H mengikut negeri-negeri di Malaysia. Salam Aidiladha untuk semua..
Kali ini, Atok sediakan 20 ucapan selamat pengantin baru (ringkas & islamik) untuk korang. Sesuai diujarkan kepada kawan, family & crush korang! Yeah..