Pada masa sekarang, semakin ramai penternak yang berminat untuk menjalankan penternakan kambing. Hal ini kerana penternakan kambing memberi banyak kelebihan dan manfaat kepada penternak itu sendiri. Kambing adalah haiwan yang produk daripadanya seperti susu dan daging mendapat permintaan memberangsangkan di pasaran. Sebab itulah, haiwan ini menjadi kegemaran para penternak di luar sana. Bukan itu sahaja, ramai juga penternak baru yang mula berjinak-jinak dengan penternakan kambing ini. Oleh itu, jika korang berminat untuk menternak kambing, di dalam artikel ini akan dikongsikan beberapa keperluan untuk memulakan penternakan kambing yang perlu korang tahu sebelum korang memulakan penternakan.
Sebelum itu, korang perlu tahu kategori manakah yang akan korang bergelar ketika korang mengusahakan ternakan kambing. Kategori penternak kambing terbahagi kepada dua iaitu penternak sambilan dan penternak komersial. Untuk penternak sambilan, jika korang bercadang untuk menternak lebih kurang 20-30 ekor kambing sahaja, korang akan dikira sebagai penternak sambilan.
Penternakan sambilan ini akan berbaloi sekiranya korang tinggal di kampung dan mempunyai tanah sendiri untuk membina ladang. Korang juga harus memastikan yang korang boleh mendapatkan sumber makanan kambing korang di persekitaran kandang korang dengan percuma dan mampu untuk menguruskannya sendiri atau dengan bantuan dari ahli keluarga atau kawan-kawan.
Bagi penternak komersial pula, korang semestinya sangat memerlukan tanah yang luas. Rumput merupakan sumber makanan utama kambing, oleh itu, korang harus mempunyai rumput yang mencukupi di kawasan berdekatan.
Baiklah, oleh itu bagi mereka yang berminat dan mahu berjinak-jinak dengan penternakan kambing, korang perlu tahu bagaimana keperluan untuk memulakan penternakan kambing. Selain itu, korang juga harus tahu cara untuk menganggar kos yang akan digunakan tanpa korang perlu membuat pinjaman dari siapa-siapa. Ini sebaik-baiknya la.
Modal kos yang akan digunakan untuk menternak kambing adalah salah satu keperluan untuk memulakan penternakan kambing. Modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama ialah kos permulaan. Kos permulaan adalah melibatkan baka kambing, kandang, pagar, utility seperti air dan elektrik.
Manakala bahagian kedua pula dikenali sebagai kos operasi. Kos operasi melibatkan makanan asasi, makanan tambahan, ubat-ubatan, racun serangga dan veterinary.
Kandang Kambing
Keperluan untuk memulakan penternakan kambing yang utama adalah kandang kambing. Modal untuk membina kandang kambing bergantung kepada barapa jumlah kambing yang ingin korang ternak di permulaannya. Jika kos korang adalah terhad dan sedikit, disyorkan untuk korang bermula dengan sepasang kambing jantan dan betina terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan korang, kos dalam menyediakan kandang kambing ini adalah sekitar RM2000. Ini saiz yg paling minimum la. Namun begitu, korang boleh mengurangkan kos-kos dalam membina kandang dengan menggunakan kayu terpakai. Korang perlu tahu, kandang hanya berfungsi sebagai tempat perlindungan kambing daripada panas dan hujan sahaja.
Tetapi, jika korang mempunyai modal yang mencukupi, pembinaan kandang yang kukuh adalah pelaburan yang baik untuk korang. Korang juga harus mengetahui apakah ciri-ciri kandang yang baik. Kandang yang baik mempunyai sistem pengudaraan yang baik bagi merendahkan suhu di dalam kandang. Selain itu, kedudukan kandang juga harus membenarkan cahaya matahari memasuki kandang.
Ianya bertujuan untuk merendahkan kelembapan di dalam kandang. Oleh itu, sistem perparitan yang baik juga harus ada di sekeliling kandang. Kandang juga harus terlindung daripada angin kencang, hujan dan panas. Oleh itu, kedudukan lokasi kandang itu harus dititikberatkan. Begitu juga dengan najis kambing, ianya harus senang dibersihkan dan dikumpulkan.
Tidak lupa juga dengan pembinaan lantai yang mengikut piawaian untuk mengelakkan kambing daripada terseliuh. Lokasi kandang juga harus berada dekat dengan sumber makanan agar makanan dan minuman sentiasa mencukupi.
Bagi pembinaan pagar pula, pagar yang terbaik adalah pagar yang berasaskan daripada konkrit. Namun begitu, bagi mengurangkan kos membeli pagar, ada juga penternak yang menggunakan batang pokok untuk mengurangkan kos. Ianya juga bergantung kepada kreativiti dan kos seseorang penternak itu dalam membina pagar bagi kambing-kambingnya.
Makanan untuk Menternak Kambing
Selain itu, keperluan untuk memulakan menternak kambing adalah memastikan sumber makanan yang mencukupi untuk ternakan kambing korang. Sumber makanan terbahagi kepada dua iaitu sumber makanan utama dan sumber makanan tambahan. Bagi makanan utama adalah seperti tumbuhan hijau iaitu rumput-rumput. Rumput adalah sumber makanan utama bagi kambing untuk menjamin tumbesaran mereka.
Penternak biasanya menanam rumput mereka sendiri bagi memastikan mutu yang baik untuk kambing mereka. Antara rumput yang terbaik dan selalu digunakan oleh penternak adalah rumput Napier. Rumput ini memang sesuai digunakan sebagai makanan utama kepada kambing kerana cepat membersar walaupun di kawasan yang kecil. Namun, rumput ini dapat tumbuh dengan kadar rapat dan tebal.
Bagaimanapun, makanan tambahan perlu diberikan kepada kambing bagi membantu tumbesaran. Makanan tambahan ini dikenali sebagai pallet bagi penternak-penternak. Pallet adalah makanan yang diadun khas dengan nutrisi-nutrisi penting yang diperlukan bagi seekor kambing. Walaubagaimanapun, harga pallet adalah agak tinggi namun, ianya berbaloi untuk seekor kambing kerana ia akan membuatkan kambing ternakan korang sihat serta gemuk.
Sekiranya korang nak tahu lebih lanjut lagi berkenaan penternakan kambing, atok cadangkan korang baca blog ohkambing.com ni. Pelbagai artikel bermanfaat ada di sana. Atok tak pakar sangat hal ehwal kambing ni.
Baka Kambing
Seterusnya, keperluan untuk memulakan penternakan kambing yang perlu penternak baharu tahu adalah pencarian baka dan jenis-jenis kambing. Baka kambing yang biasa diternak di negara kita adalah kambing yang berbaka Katjang, Jamnapuri, Boer, Saneen dan Anglo Nubian. Ini adalah baka-baka kambing yang diternak bagi mendapatkan daging atau susu.
Jika penternak lebih tertumpu untuk mendapatkan daging, disarankan untuk mendapatkan baka jenis Boer atau Katjang. Sekiranya penternak lebih tertumpu kepada susu kambing, baka Saneen adalah bersesuai. Manakala itu, jika penternak tertumpu kepada kedua-duanya iaitu susu dan daging, Kambing Nubien merupakan baka yang sesuai memandangkan ianya adalah dwi fungsi.
Harga kambing pula adalah dalam RM 600 hingga ke RM 1500 bergantung kepada baka dan umurnya. Ciri-ciri baka kambing yang baik daripada baka jantan ialah badannya besar dan berat badannya adalah melebihi 25kg. Ia juga berkepala sederhana besar, bertanduk dan mempunyai mata yang bersinar. Leher dan bahu juga tidak panjang selain kaki belakangnya lurus, tegap dan berdaging penuh.
Tapak kakinya juga rata dan tabiatnya cergas dan gagah serta terhindar dari penyakit berjangkit. Untuk baka betina pula, berat badannya juga tidak kurang daripada 20kg. lehernya jinjang, bahu kecil dan sempit. Kaki hadapannya juga tegap, kukuh dan selari kedua-duanya. Ianya juga harus sihat, tiada penyakit berjangkit serta subur.
Ubat-ubatan
Keperluan untuk memulakan penternakan kambing yang harus korang sediakan adalah dari segi ubat-ubatan. Antara ubat-ubat yang perlu korang sediakan untuk kambing adalah ubat luka. Ubat ini harus iodin dan sesuai untuk digunakan untuk luka-luka luaran sahaja. Selain itu, ubat untuk luka berulat pula yang disyorkan adalah Prosanex. Ianya sangat berkesan dan jenis semburan iaitu sangat mudah digunakan. Harga pula adalah lebih kurang RM 39 sebotol.
Ubat seterusnya adalah Antibiotik. Antibiotik merupakan ubat asas bagi penyakit yang berkaitan dengan selsema atau ianya boleh juga digunakan untuk kambing yang kelihatan tidak cergas. Kemudian, ubat yang perlu penternak ada ialah ubat cacing, ubat kutu dan kurap. Penyakit berikut adalah tiga serangkai yang kerap menyerang kambing. Selain itu, korang boleh menggunakan Cidectin iaitu ubat sapu untuk merawat penyakit jenis ini. cara penggunaannya adalah dengan hanya disapu dicelah bulu-bulu kambing yang sakit itu.
Kesimpulannya, berikut adalah beberapa keperluan yang perlu penternak tahu sebelum memulakan penternakan kambing. Keperluan yang perlu disediakan tidaklah banyak mana namun, korang harus tahu kos dan modal yang perlu ada keluarkan untuk mendapatkan keperluan-keperluan di atas.
Rujukan Lain
Ramai yang masih kurang jelas bagaimana cara membuat tuntutan MySalam. Jom baca cara membuat tuntutan MySalam RM700 dan MySalam penyakit kritikal..
Asyik ke ATM bila nak semak baki? Baca tutorial mengenai cara daftar MyBSN online banking dan juga cara login BSN Online untuk kali pertama ini.
Asyik ke ATM bila nak semak baki duit? Baca tutorial mengenai cara daftar Maybank2u online banking dan juga cara tukar password Maybank2u di sini.
Tidak tahu bagaimana cara mengira waktu subur? Jangan bimbang. Di sini atok bincangkan serba sedikit cara kira waktu subur untuk hamil.
Korang berniaga di shopee? Follower masih ciput? Jom baca dua cara naikkan followers shopee di sini. Ada yg mudah dan ada yang leceh. Pilih-pilih..
Nak tgk di panggung mana tu? GSC, LFS, TGV, MBO atau MMC? Tak kira panggung mana, cara beli tiket wayang online semua panggung tu ada di sini..
Mencari jenama tudung sememangnya penting bagi mereka yang menghasilkan tudung tersendiri dan menjualnya. Baca tips mencari idea jenama tudung ni..
Bagi korang yang ingin mengetahui di manakah Pusat Latihan Polis berada selain di Kuala Lumpur, ini dia beberapa senarai PULAPOL di Malaysia..
Tahu tak, sapa orang dalam gambar duit kertas tu? Itulah Agong yang pertama. Ok.. Pada kali ini jom kita tengok senarai yang DiPertuan Agong Malaysia.