Apa kata sebelum korang jalan tu, beli dulu tiket wayang siap-siap. Nak tgk kat panggung mana tu? GSC, LFS, TGV, MBO atau MMC? Tak kira panggung yang mana, cara beli tiket wayang online untuk kesemua panggung tu ada di bawah..
Musim cuti atau hujung minggu memang best bawak family jalan-jalan tengok wayang. Lagi pula, memang banyak movie best yang sengaja memilih masa cuti atau hujung minggu untuk ditayangkan. Memandangkan peluang untuk mendapat tontonan yang tinggi adalah cerah.
Kini korang tak payah pening kepala lagi nak berbaris semata-mata nak beli tiket wayang. Dengan adanya kemudahan pembelian tiket wayang secara online, ia memang memudahkan kehidupan korang.
Cara Beli Tiket Wayang Online GSC (Golden Screen Cinemas)
Firstly, bagi korang yg nak beli tiket wayang GSC secara online? Korang follow rapat-rapat langkah di bawah:
- Download dan buka aplikasi GSC Cinema di (Google Playstore/Apple Store) atau layari laman web GSC Cinema
- Pelanggan baharu, perlu daftar atau ‘Sign Up’ dahulu. Pelanggan yang sudah ada akaun, ‘Sign In’ jer terus.
- Selepas korang dah Sign In, pergi ke ‘laman utama’ dan pilih filem yang korang ingin tonton. Atau korang juga boleh tekan ikon ‘Search’ untuk cari filem yg korang dah target nak tengok.
- Tekan pada ‘movie pilihan’ korang tu dan pilih ‘lokasi pawagam’ serta ‘tarikh’ dan ‘masa tayangan’ yang korang dah plan.
- Kemudian, korang akan dibawa ke bahagian pemilihan ‘tempat duduk’. Haruslah pilih seat yang masih kosong kan dan tekan ‘Confirm’.
- Seterusnya, korang perlu pilih tiket berdasarkan ‘kategori’ dan ‘bilangan’ sama ada dewasa, kanak-kanak, OKU, warga emas atau pelajar.
- Tekan ‘Confirm’ untuk sahkan pembelian tiket. Setelah itu, korang boleh buat pembelian tambahan untuk makanan jika nak la. Kalau tak nak, korang boleh ‘skip’ langkah ini dan terus ke proses pembayaran.
- Pada laman ‘Summary’, semak semua maklumat dan pastikan ia betul. Kemudian, tandakan tick pada ‘Terma dan Syarat’. Selepas itu, tekan ‘Checkout & Pay’.
- Pilih ‘kaedah pembayaran’ dan lengkapkan proses pembayaran hingga selesai.
- Pembelian tiket wayang GSC secara online korang dah selesai. Pasni korang boleh semak pembelian tiket di Profile > My Tickets.
Cara Beli Tiket Wayang Online LFS (Lotus Five Star Cinema)
Bagi korang yg nak beli tiket wayang LFS secara online? Follow step-step mudah berikut:
- Bagi membeli tiket secara online, korang perlu mendaftar di laman web LFS Cinema
- Jika korang sudah mendaftar, terus login ke akaun korang.
- Pergi ke ‘Quick Book’ dan pilih tarikh, tajuk filem, lokasi pawagam, waktu tayangan serta tempat duduk yang korang mahukan.
- Kemudian, isikan butiran pembayaran dalam sistem e-ticketing untuk sahkan tempahan yang dibuat.
- Setelah proses pembayaran selesai, korang akan menerima emel pengesahan tempahan tiket wayang LFS (termasuk nombor tempahan dan ID).
Cara Beli Tiket Wayang Online TGV Cinema
Ini pula adalah cara-cara untuk membeli tiket wayang TGV secara online :
- Mula-mula, korang kena download dan buka aplikasi TGV Cinema (Google Play/Apple Store) atau layari pautan TGV Cinema
- Pastu, Sign In ke akaun korang. Kalau korang baru pertama kali beli di TGV, korang memang perlu daftar akaun terlebih dahulu dengan menekan butang ‘Join Now’.
- Setelah log masuk, korang dah boleh pilih filem-filem yang sedang hebat ditayangkan di halaman utama. Kalau takda yang berkenan, korang juga boleh cari filem pilihan lain di bahagian ‘Search’.
- Untuk menempah tiket, kena pilih lokasi pawagam TGV dengan klik pada ikon ‘Cinemas’.
- Setelah itu, senarai filem, tarikh dan waktu mengikut lokasi pawagam yang korang pilih akan dipaparkan. Di sini, korang perlu tetapkan tarikh dan hari tayangan pada bahagian atas untuk buat tempahan.
- Seterusnya, scroll ke bawah dan pilih ‘waktu tayangan’ bagi movie yang korang nak tengok.
Nota: Korang juga boleh beli tiket TGV tanpa mendaftar. Bagaimana? Dengan klik butang ‘Continue as Guest’. Masukkan alamat emel dan nombor telefon pada bahagian ‘Guest Details’ dan tekan ‘Proceed’ jer.
Cara Beli Tiket Wayang Online MBO Cinema
Untuk korang yg nak beli tiket wayang MBO secara online? Follow step-step berikut:
- Korang download dulu dan buka aplikasi MBO Cinema (Google Playstore/ Apple Store) atau layari pautan MBO Cinema
- Korang perlu Sign In menggunakan akaun korang, untuk buat pembelian tiket,. Jika korang pelanggan baharu, korang haruslah mendaftar terlebih dahulu.
- Kemudian, cari pawagam pilihan korang dengan klik pada ikon ‘Menu’ (garis tiga bertindih) dan klik ‘Cinemas’.
- Klik pada ‘View Showtimes’ untuk lihat senarai filem yang sedang dimainkan di pawagam. Korang juga boleh klik pada ‘search’ untuk pilih filem yang ingin dinikmati.
- Klik pada filem yg korang berkenan. Seterusnya, senarai waktu tayangan akan dipaparkan mengikut lokasi pawagam. Pilih salah satu waktu tayangan yg korang memang lapang.
- Kemudian, korang perlu buat pilihan jenis tiket mengikut ‘jumlah’ dan ‘kategori’ yang ditawarkan seperti di bawah :
- Adult Standard
- Child Standard
- Single Pack (Adult Standard + Single Pack Combo Voucher)
- Share Pack (Adult Standard + Share Pack Combo Voucher)
- Share Pack Included Combo
- Adult Couple
Cara Beli Tiket Wayang Online MMC Cinemas
Lastly, bagi korang yg nak beli tiket wayang MMC secara online? Follow langkah-langkah di bawah:
- Pas download, korang buka aplikasi MMC Cinema (Google Playstore/ Apple Store) atau layari pautan MMC Cinema
- Pilih lokasi MMC Cinemas yg korang bercadang nak pegi
- Pilih movie yang korang nak tgk dan showtimes yg sesuai dengan masa lapang korang
- Tetingkap (windows) pops up akan muncul, korang just klikk ‘ok’ jer
- Korang akan dibawa laman baru, pilih jumlah tiket dan klik ‘next’
- Pilih seats, nak depan ke nak belakang suka hati korang dan klik ‘next’
- Pilih makanan dan minuman, bekal nak tgk wayang dan klik ‘next’
- Pastu masukkan detil nama, emel dan mobile dan klik ‘next’
- Akhirnya korang akan dibawa ke laman pembayaran
Cara Beli Tiket Wayang Online Superstar Cinema
Superstar Cinema cuma ada dua cawangan setakat ni, di Segamat dan Seri Alam. Bagi korang yg tinggal berhampiran dan nak beli tiket wayang Superstar Cinema secara online tu, follow step-step senang berikut:
- Mula-mula, korang kena buka laman web Superstar Cinema
- Korang pilih ‘movie’ mana nak tengok
- Pilih ‘lokasi’ panggung dan ‘masa’ tayangan
- Kemudian, ‘pops up’ keluar, bagi pelanggan sedia ada boleh login.
- Pilih jumlah ‘tiket’ dan ‘seat’ mana nak duduk, kemudian klik ‘next’
- Klik ‘next’ lagi dan isi nama, emel serta mobile, jangan lupa ‘tick’ T&C
- Korang akan dibawa ke laman pembayaran, selesaikan payment. Boleh pakai FPX atau Touch N Go
- Kalau menggunakan FPX, ianya lebih mudah sebab akan keluar paparan berserta code yang akan di scan oleh pihak panggung. So nanti sebelum masuk, tinggal scan aje
- Selesai, tunggu je la masa tayangan tu tiba
Nota: Superstar Cinema ni pun sama macam TGV juga. Korang boleh beli tiket wayang tanpa mendaftar atau login. Bagaimana? Masa pops up ‘Proceed as a Guest’ tu keluar, korang just klik butang ‘Proceed’ jer. Dan tempah macam langkah di atas.
Korang mesti perasan kan? Cara beli tiket wayang online di atas macam lebih kurang jer. App atau laman web saja yang berbeza. Sebab keperluan orang tak sama dek. Lain padang, lain belalang. Aiseh, ter-pepatah pula.
Ada pelanggan nak pilih panggung yg dia nak pegi dulu. Tak mau jalan jauh-jauh, filem apa pon tak kisah sangat. Ada pelanggan pula, tak kisah panggung mana janji dapat ceta yg best.
So, demikianlah dikongsikan beberapa cara beli tiket wayang online. Mudah-mudahan ia membantu memudahkan hidup korang.
Rujukan Lain
Tgh solat, time tu la baru teringat keta dah kunci ke belum. Harap2 selipar aku tak diambil orang. Jom baca cara dapatkan khusyuk dalam solat..
Perkongsian cara download slip gaji kerajaan melalui tiga kaedah iaitu: penyata gaji bulanan, penyata gaji tahunan dan penyata gaji untuk pinjaman..
Ramai yang masih kurang jelas bagaimana cara membuat tuntutan MySalam. Jom baca cara membuat tuntutan MySalam RM700 dan MySalam penyakit kritikal..
Asyik ke ATM bila nak semak baki? Baca tutorial mengenai cara daftar MyBSN online banking dan juga cara login BSN Online untuk kali pertama ini.
Asyik ke ATM bila nak semak baki duit? Baca tutorial mengenai cara daftar Maybank2u online banking dan juga cara tukar password Maybank2u di sini.
Tidak tahu bagaimana cara mengira waktu subur? Jangan bimbang. Di sini atok bincangkan serba sedikit cara kira waktu subur untuk hamil.
Korang berniaga di shopee? Follower masih ciput? Jom baca dua cara naikkan followers shopee di sini. Ada yg mudah dan ada yang leceh. Pilih-pilih..
Korang ragu-ragu kehalalan sesuatu produk? Logo halal ada tapi belum tentu ada sijilnya. Jom baca tiga cara semak status halal JAKIM online..
Mesti korang tengah pening nak fikir hantaran untuk lelaki macam mana. Jangan risau, Atok dah sediakan senarai barang hantaran lelaki bajet (checklist) ni.
- Ujian Fizikal Penguasa Kastam WK41 - 8th May 2024
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 - 27th April 2024
- Khasiat buah kulim untuk buah pinggang - 10th December 2023