Tanda Tanda Kencing Manis (Kena Alert Selalu)

Tanda tanda kencing manis (kena alert selalu)

Ada kebaikan juga kalau korang mengenali tanda-tanda awal kencing manis. Hal ini demikian kerana, mungkin korang dapat mengesan dan merawat seawal mungkin. Selain itu juga, mengamalkan gaya hidup sihat tanpa gula darah dapat dikawal dengan baik.

Kencing manis ini akan menyebabkan gangguan saluran darah di otak, mata jantung dan kaki. Pesakit yang mempunyai kencing manis juga mudah dijangkiti kuman, paru-paru, gigi, gusi dan saluran kencing.

Tanda-tanda kencing manis:

1. Kerap buang air kecil (poliuria)

Korang tahu tak, kerap membuang air kecil tanda awal korang mempunyai kencing manis. Hal ini kerana, tubuh badan korang tidak dapat memproses glukosa dengan baik kerana paras gula yang tinggi.

Poliuria adalah keadaan di mana tubuh menghasilkan air kencing dalam jumlah yang berlebihan. Biasanya, orang dewasa menghasilkan sekitar 0.8 hingga 2 liter air kencing sehari, tetapi bagi pesakit poliuria, jumlah ini boleh mencapai lebih dari 2.5 liter dalam 24 jam. Ini mengakibatkan seseorang perlu membuang air kecil lebih kerap dan dalam jumlah yang banyak.

Kaitannya dengan kencing manis adalah poliuria merupakan salah satu tanda awal penyakit ini. Apabila paras gula dalam darah meningkat, badan cuba membuang gula berlebihan melalui air kencing. Ini menyebabkan peningkatan jumlah air kencing. Selain itu, poliuria sering disertai dengan polidipsia (rasa dahaga yang berlebihan) dan polifagia (rasa lapar yang berlebihan).

Jika korang mengalami poliuria yang berlebihan, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor bagi memeriksa kemungkinan kencing manis atau penyakit lain yang mungkin menyebabkan gejala ini.

2. Kerap dahaga (polydipsia)

Kerap merasa dahaga dan kerap minum air melebihi kuantiti yang sepatutnya korang ambil merupakan tanda awal kencing manis juga. Tapi, korang yang suka minum air dan kerap membuang itu bukan satu masalah.

Tapi korang akan rasa korang akan berlebihan mengambil air dari yang sepatutnya. Kenapa korang dahaga, disebabkan glukosa dalam darah yang tinggi.

3. Tanda-tanda kencing manis yang ketiga ialah kerap rasa lapar (polifagia)

Sel-sel tubuh badan korang berfungsi menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Sebaliknya kepada korang yang mempunyai kencing manis, sel-sel dalam tubuh tidak berupaya menyerap jumlah glukosa seperti biasa.

Korang akan berasa lapar walaupun selepas makan. Tubuh kita akan menghantar signal untuk mendapatkan lagi sumber gula. Jadi, korang dah makan pun tetap lapar itu salah satu sebab mempunyai glukosa yang tinggi.

4. Lesu dan lemas

Korang pernah rasa lesu dan lemas? Ha, macam tulah Atok rasa kalau dah hujung bulan. Atok bergurau sahaja, korang jangan marah eh.

Berbalik kepada topik kita semula, korang akan lesu dan lemas disebabkan sel-sel badan kencing manis tidak dapat menyerap dan akan menggunakan glukosa dalam darah seperti biasa. Disebabkan proses itu korang akan berasa lemah dan lesu.

5. Penurunan berat badan

Penurunan berat badan secara tidak sengaja boleh terjadi kepada pesakit kencing manis. Walaupun, point di atas, Atoka ada bahas mengenai kerap lapar.

Tapi, itulah hakikatnya. Paras gula tinggi dalam darah menyebabkan keupayaan sel-sel tubuh yang menyerap glukosa dan nutrient terjejas. Saluran lapisan darah juga akan terjejas kerana glukosa tidak dikawal dengan baik.

Penutup bagi artikel tanda-tanda kencing manis yang telah Atok kongsikan di atas ini semoga bermanfaat dan berguna untuk korang. Sekiranya korang mempunyai simptom seperti yang Atok nyatakan di atas ini, korang cepat-cepat berubat.

Pergi ke hospital yang terdekat untuk mendapatkan rawatan lebih awal. Tapi kepada korang yang tidak mempunyai sejarah kencing manis lagi, lebih baik mencegah dari merawat. Jadi sila amalkan gaya hidup yang sihat dan kawal pengambilan gula dalam tubuh korang.

Beberapa FAQ mengenai kencing manis

Kenapa kena kencing manis?

Kencing manis akan terjadi jika kondisi badan tidak bertindak balas dengan insulin atau tidak dapat menghasilkan insulin. Apabila tahap insulin rendah di dalam badan dan/atau badan menentang insulin, maka paras gula darah kekal tinggi.

Berapa bacaan kencing manis?

Bacaan gula normal dalam darah untuk penghidap kencing manis ketika puasa atau ketika tidak mengambil sebarang makanan mengikut garis panduan di Malaysia ialah antara 4.4 mmol/L hingga 7.0 mmol/L. Sebagai perbandingan, bacaan normal biasanya di antara 4.4 mmol/L – 8.5 mmol/L.

Bila kencing manis tinggi?

Tanda kencing manis terlalu tinggi bila korang berasa dahaga lebih kerap daripada biasa. Selain itu, korang juga mungkin akan selalu membuang air kecil tanpa sebab yang jelas. Penglihatan korang juga akan mula terganggu dan mata mula menjadi sedikit kabur.

Info-info Lain

Buah kulim dah memang femes di utara. Khususnya untuk kesihatan buah pinggang. Jom baca lebih lanjut mengenai khasiat buah kulim untuk buah pinggang.

Nak beli kereta baru? Lagi-lagi kereta Myvi baru 2023 ni. Jadi, hari ni Atok akan kongsikan untuk korang harga myvi baru dan bayaran bulanan..

Senarai ini mungkin sesuai dan dapat membantu korang memilih hadiah untuk kawan perempuan korang. Ada 20 idea bajet di sini..

Dalam artikel ini Atok kongsikan mengenai cara korang buat semakan cukai tanah Selangor melalui kad pengenalan sahaja. Diharap membantu..

Topik yang akan dibincangkan kali ini mengenai ciri-ciri pelajar cemerlang untuk kegunaan karangan dan ulasan korang. Jangan tiru bulat-bulat pula..

Artikel ini berkaitan petua turunkan darah tinggi yang confirm berkesan, khas kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi..

Loan aku ni lepas tak? Rekod CCRIS clear ke? So, hari ini Atok akan kongsikan kepada korang cara semak CCRIS online percuma. Jom baca..

Leave a Comment

error: Content is protected !!