Semua individu pernah melalui debaran dan keresahan jika berlakunya masalah. Panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah lumrah sementara sahaja. Kerana menganggap ia hanya suatu perasaan dan akan hilang juga. Tapi tidak, bagi mereka yang mengalami anxiety attack. Jadi, Atok akan kongsikan kepada korang tanda tanda anxiety attack pada seseorang.
Isi Kandungan
Pada mulanya, keresahan yang kerap berlaku ini dan akan bertukar menjadi satu gangguan yang tidak normal. Jika korang sangat kerap mengalami tanda tanda seperti yang akan Atok kongsikan ini mungkin korang mengalami anxiety disorder. Berikut merupakan tanda-tanda anxiety attack pada seseorang.
Tanda tanda anxiety attack pada seseorang:
1. Bimbang dan risau sepanjang masa
Apabila korang mengalami anxiety, bimbang dan resah merupakan salah satu tandanya. Korang akan merasa resah dan bimbang dalam masa yang panjang dan berlarutan sehingga enam bulan.
Kenapa boleh menjadi begitu? Mereka yang mengalami anxiety attack ini akan bimbang dengan perkara harian. Perkara remeh sahaja pun akan di risaukan. Hal ini akan menyebabkan kehidupan dan aktiviti harian korang mudah terganggu dan mula tidak terurus.
2. Sukar tidur
Sukar untuk melelapkan mata dan sering terjaga apabila tidur. Hal ini sangat berkait rapat dengan tanda-tanda anxiety attack pada seseorang. Sekali sekala, semua individu juga akan sukar untuk tidur, tapi berlainan bagi mereka yang ada anxiety ini.
Mereka akan berasa gementar dan terfikir mengenai kehidupan mereka pada hari esok. Apatah lagi, apabila berlakunya hari penting, korang akan risau dan terganggu hingga menyebabkan sukar untuk tidur lena.
3. Tegang otot
Ketegangan otot adalah salah satu tanda anxiety attack. Ketegangan yang berterusan adalah tanda korang mengalami anxiety yang agak keterlaluan.
Hal ini demikian kerana, tubuh badan korang akan bertindakbalas terhadap stres yang keterlaluan yang melampau. Mengikut kajian yang Atok baca, mereka yang mengalami anxiety akan merasa kebas pada tangan atau bahagian tubuh yang lain.
4. Masalah penghadaman
Resah gelisah, dari situ bermulanya fikiran korang mengalami masalah. Tapi kali ini, tanda fizikal seperti masalah penghadaman mulai muncul. Sindrom gangguan usus atau irritable bowel syndrome merupakan satu keadaan korang mengalami sakit perut, kejang otot, buncit, angin dalam perut, sembelit dan cirit-birit.
Ini kerana, saluran perut korang sensitif terhadap tekanan psikologi. Konsepnya senang sahaja, pernah tak apabila korang takut atau pun nervous korang akan rasa sakit perut lah, nak terkencinglah dan sebagainya? Lebih kurang macam tu la.
5. Panic attack
Serangan panik attack ini boleh menjadi satu yang menakutkan kerana ia seakan serangan jantung. Panik attack ini akan menyebabkan korang sukar untuk bernafas, sakit dada, pening, berpeluh-peluh, mengigil, jantung berdebar, sakit perut dan lemah tubuh badan.
Atok sarankan, jika korang mengalami masalah seperti ini korang kena cepat berjumpa dengan doktor untuk rawatan lebih lanjut. Tambahan lagi, apabila korang bekerja dengan ramai orang ia akan mengundang panik attack untuk berulang.
Kesimpulannya, anxiety attack ini merupakan gangguan keresahan dan risau melampau akan mengganggu kehidupan harian korang.
Sebaiknya, jika mengalami atau mengenal yang mempunyai tanda-tanda anxiety attack pada seseorang. Pergi berjumpa doktor untuk rawatan lebih lanjut, korang kena bantu diri sendiri dahulu sebelum doktor bantu korang.
Jika korang ragu, korang juga boleh membuat ujian saringan minda sihat Kementerian Kesihatan Malaysia di Ujian Saringan Kesihatan Mental atau Depression Anxiety Stress Scale (DASS). Ia kan membantu korang mengenalpasti status kesihatan mental korang.
Semoga artikel tanda-tanda anxiety attack pada seseorang ini bermanfaat untuk korang.
Rujukan Lain
Korang pasti ingin tahu cara putihkan ketiak yang hitam berkerak sekiranya korang mempunyai masalah ini di bahagian ketiak, leher, siku dan lutut..
Menurut statistik, 2 – 6 orang daripada setiap 1,000 orang adalah penghidap autism. Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri autisme ringan yang mungkin ada pada anak korang!
Individu disenarai hitamkan tidak dibenarkan membuat pasport & dihalang ke luar negara. Di sini ditunjukkan cara semak senarai hitam imigresen..
Baca beberapa cara nak buang angin dalam badan ni. Cuba dulu, mana tahu berkesan. Kalau dibiar, memang tak selesa jadinya. Nak buat apa pun tak boleh..
Bermacam-macam petua dan cara hilangkan sakit gigi berdenyut dicuba oleh orang yang tak suka pergi ke hospital atau klinik. Jom cuba yang ini..
Solat tahajjud ini akan menjadi cahaya yang menerangi kegelapan kubur nanti. Jadi, atok kongsikan bagaimana cara solat tahajud perempuan yang betul..