Doa Sebelum Berbuka Puasa Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa. Hal ini demikian kerana, bulan ini penuh dengan keberkatan dan memiliki pelbagai jenis tawaran dan keistimewaan untuk umat Islam. Pernah tak, korang dengar hadis yang mengatakan sesiapa yang berdoa sebelum berbuka puasa maka doanya tidak akan ditolak Allah SWT? Jadi, Atok akan kongsikan kepada korang doa sebelum berbuka puasa ramadhan yang korang boleh amalkan sebelum berbuka puasa nanti.

doa sebelum berbuka puasa ramadhan

Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat di mana doa kita tidak akan ditolak selagi membawa kebaikan untuk diri kita dan juga keluarga. Di bulan puasa yang berkat ini, marilah kita beramal dan melipat gandakan segala ibadah.

Sebelum meneguk air atau menjamah makanan selepas seharian menahan lapar dan dahaga, doa berbuka puasa adalah seperti berikut:

Doa berbuka puasa:

اللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

Bacaan doa berbuka puasa rumi:
Allahumma laka shumtu wa bika aamantu wa‘alaa rizqika afthortu birahmatika yaa arhamarraahimiin.

Maksudnya:
” Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “

Akan tetapi sementara menunggu waktu berbuka puasa tiba, mungkin dalam 7 ke 8 minit sebelum azan maghrib, elok sangat kalau korang dapat menadah tangan meminta kepada Allah SWT.

Ini kerana, waktu menunggu untuk berbuka puasa adalah antara waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Mohonlah keampunan dan mintalah apa saja ketika ini kepada Allah SWT.

Seperti sabda Nabi Muhammad SAW :

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Ada tiga golongan yang doanya tidak akan ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa dan berdoa ketika berbuka, (3) Doa orang yang dizalimi.”

(HR. Tirmidzi No. 2526 dan Ibnu Hibban 16/396, Sahih).

Sekiranya korang mempunyai hajat dan niat yang baik untuk memperbaiki diri korang, maka marilah kita lihat beberapa doa sebelum berbuka puasa ramadhan yang boleh dibaca dan korang amalkan sepanjang bulan puasa ini. Doa sebelum berbuka puasa bahasa melayu juga disertakan di bawah..

Doa sebelum berbuka puasa ramadhan:

1. Doa menyambut kedatangan bulan ramadhan:

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلً

Rumi: Allahumma sallimni liro madhona, wassalim romadhona li, watasallimhu minni mutakobbala.

Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).” (Surah Ibrahim 14: 41)

2. Doa memohon kebaikan bagi kedua ibu bapa:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Rumi: Rabbana dhollamna anfusana wainlam taghfirlana watarhamna lanakunanna minalkhosirin.

Maksudnya: “Ya Allah, kami telah menzalimi pada diri kami sendiri, jika tidak engkau ampuni kami dan merahmati kami tentulah kami menjadi orang yang rugi.” (Surah al-A’raf 7: 23)

3. Doa memohon ketaatan kepada Allah SWT:

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Rumi: Wabbana latuzigh kolubana ba’da iz hadaitana wahablana min ladunka rahmatan innaka antalwahab.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” (Surah Ali ‘Imran 3: 8)

4. Doa memohon rahmat kepada Allah SWT:

رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّحِمِينَ

Rumi: Robbana amanna wafghfirlana warhamna wa’anta khoirulrohimin.

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.” (Surah al-Mukminun 23:109)

5. Doa agar dianugerahkan keturunan yang menjaga solat:

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

Rumi: Robigalni mukimassolawati wamin dhurriyati, rabbana wa takobbal du’a.

Maksudnya: Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Surah Ibrahim 14:40)

6. Doa menjadi hamba yang sentiasa bersyukur:

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ

Rumi: Robbi auzian ashkuro nikmatakallati anamta alaiya wa alaiya wa lidayya wa an a’amala solihan tardhohu wa’adkhilni birahmatika fi ibadikassolihin.

Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah al-Naml 27: 19)

7. Doa agar dijauhi hasad dengki:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Rumi: Wabbanaghfirlana waliighwa ninal ladzhina sawakuna bil imani wala tajal fi kulubana ghlla lliladzhina amanu robbana innaka ro’ufurrahim

Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang. (Surah al-Hasyr 59:10)

8. Doa sentiasa dipermudahkan urusan:

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي، وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي، يَفْقَهُوا قَوْلِي

Rumi: Robbishahli sodri, wayassirli amri wahlu ukdattan min lisani, yafkahu kauli

Maksudnya: “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan permudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah ikatan lidahku, agar mereka memahami perkataanku.” (Surah Taha 20:25-28)

Kesimpulannya, selain daripada kita menghadap telefon sebelum berbuka puasa, lebih baik kita tukar amalan dan curi masa sepuluh minit sebelum berbuka dengan berdoa. Apa kata korang amalkan perkara ini selama sebulan seperti mana Atok telah bahas di atas.

Semat ke dalam hati korang, doa sebelum berbuka puasa mustajab dan merupakan doa yang Allah tidak akan tolak. Rugilah kalau kita tidak amalkan doa sebelum berbuka puasa ramadhan pada kali ini. Bersama-sama kita mengamalkan doa tersebut dan meminta keberkatan kepada Allah.

Semoga doa sebelum berbuka puasa ramadhan yang Atok telah kongsikan, membawa manfaat kepada korang yang membaca.

Rujukan Lain

Bencana datang tiba-tiba. Maka, penting untuk pekerja seperti korang mengetahui cara semakan nombor SOCSO (cara cek No PERKESO) masing-masing..

Badan dah berisi? Pastu susah gila nak cari baju yg sesuai dengan saiz? Ha.. Jom, jom kita tengok tips kurus kan badan dengan cepat tanpa produk.

Senarai perdana menteri Malaysia & sumbangannya bermula dari perdana menteri yang pertama sehingga sekarang iaitu tahun 2023. Jom kenali PM kita..

Kali ini kita borak mengenai cara memikat hati lelaki. Tapi bukan lelaki yang sudah berpunya. Akan tetapi cara-cara memikat hati lelaki dalam diam..

Impian korang ingin menjadi seorang guru? Jangan risau, Atok akan kongsikan senarai IPG di Malaysia untuk korang jadikan rujukan sebelum memohon..

Bukan bunga ros, bukan bunga orkid dan bukan bukan juga bunga kekwa. Tapi bunga raya bunga kebangsaan bagi negara Malaysia. Baca lebih lanjut..

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum dalam persekutuan Malaysia..

Muka korang penuh jerawat? Baca 3 cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah ini..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!