Cara Mudah Hafal Sifir

Pasti ramai anak-anak tidak sabar untuk memulakan persekolahan mereka terutama anak-anak tadika yang akan memasuki sekolah rendah. Namun begitu, pasti ada di antara ibu bapa yang gusar dan risau dengan keadaan anak-anak mereka yang masih belum mengenali nombor dengan betul. Hal ini secara tidak langsung menyukarkan anak-anak untuk mempelajari sifir disebabkan sifir ini harus bermain dengan nombor. Oleh itu, di bawah ini akan dibincangkan serba sedikit tentang beberapa cara mudah hafal sifir.

Cara mudah hafal sifir

Bukan itu sahaja, ada juga di antara anak-anak yang mengambil masa berbulan-bulan untuk menghafal sifir walaupun sudah mengenal nombor. Justeru, ibu bapa jangan berasa runsing atau gusar dengan keadaan anak-anak, kerana masih terdapat beberapa cara atau kaedah yang boleh membantu anak-anak untuk menghafal sifir dengan mudah.

Namun, apa yang penting untuk anak-anak mudah menghafal sifir adalah dengan adanya pemantauan dan sokongan daripada ibu bapa.

Biasakan dengan nombor

Kaedah pertama untuk anak-anak mudah menghafal sifir adalah ibu bapa harus membiasakan anak-anak dengan nombor sejak kecil.

Kaedah atau tips ini boleh diaplikasi oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil atau yang masih belum memasuki alam persekolahan. Ibu bapa boleh membelikan anak-anak yang masih kecil permainan yang berkaitan dengan nombor supaya anak-anak lebih cepat mengenal nombor.

Bukan itu sahaja, bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak yang masih kecil tetapi sudah mampu bercakap, bolehlah mengajar anak-anak mereka mengira satu, dua dan tiga.

Hal ini demikian kerana, jika ibu bapa dapat membiasakan anak-anak dengan nombor sejak kecil, ianya secara tidak langsung dapat mempercepatkan proses perkenalan nombor dan secara tidak langsung anak-anak boleh mempelajari atau menghafal sifir dengan mudah apabila memasuki alam persekolahan nanti.

Oleh itu, jelaslah bahawa membiasakan anak-anak dengan nombor sejak kecil merupakan salah satu cara mudah hafal sifir.

Menghafal dengan tenang

Seterusnya, cara mudah hafal sifir yang boleh dipraktikkan adalah menghafal dengan tenang. Kaedah ini sangat penting kerana ianya bermain dengan tumpuan anak-anak ketika menghafal sifir.

Hal ini dikatakan sedemikian kerana, apabila anak-anak menghafal sifir dalam keadaan suasana yang bising ianya boleh menyebabkan anak-anak hilang tumpuan sekaligus anak-anak menjadi sukar untuk menghafal sifir.

Oleh itu, penting untuk ibu bapa memilih kawasan yang suasananya tenang dan nyaman tanpa sebarang gangguan untuk memudahkan anak-anak fokus menghafal sifir. Justeru ini juga merupakan antara cara mudah hafal sifir.

Sebut nombor dengan kuat

Selanjutnya, menyebut nombor atau menghafal sifir dengan kuat juga merupakan salah satu cara mudah hafal sifir. Jika dilihat kaedah ini mungkin kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa dan juga pasti ada di antara ibu bapa yang ragu-ragu akan kaedah tersebut.

Namun begitu, kaedah menghafal dengan kuat ini sebenarnya lebih berkesan berbanding menghafal secara senyap atau diam.

Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila anak-anak menyebut atau membaca dengan kuat secara tidak langsung anak-anak akan mendengar apa yang mereka baca dan sebut dan sekaligus bacaan tersebut akan mudah masuk ke dalam fikiran anak-anak.

Hal ini dapat membantu anak-anak untuk lebih mengingati dan memahami. Oleh itu, jelaslah bahawa, menyebut atau menghafal sifir dengan kuat adalah satu kaedah yang boleh membantu anak-anak untuk menghafal sifir.

Hafal separuh-separuh kemudian tulis

Kaedah lain yang ibu bapa boleh praktikkan untuk anak-anak mudah menghafal sifir adalah hafal separuh-separuh kemudian tulis.

Kaedah ini juga salah satu kaedah yang mudah untuk anak-anak hafal kerana apabila mereka menghafal separuh-separuh kemudian mereka tulis apa yang mereka hafal secara tidak langsung anak-anak akan lebih ingat dan faham.

Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajar anak-anak menghafal separuh sifir 2 dahulu dan pastikan anak-anak hanya fokus pada sifir 2 sahaja.

Kemudian ajarkan separuh sifir 2 seperti 1 darab 2 hingga 6 darab 2 kepada anak-anak dan meminta mereka untuk menghafalnya dan kemudian tulis di atas kertas apa yang telah mereka hafal.

Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anak-anak daripada tertekan untuk menghafal kesemua sifir dalam satu masa.

Kesimpulannya

Terdapat banyak lagi cara mudah hafal sifir yang boleh ibu bapa pelajari dan kongsikan kepada anak-anak. Namun begitu, kaedah di atas ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah untuk ibu bapa mengajar dan mengaplikasikannya kepada anak-anak.

Bahan Bantuan

Bagi mereka yang ada anak-anak yg sudah masuk tahap dua (Tahun 4, 5 atau 6) tetapi masih belum-belum hafal sifir, korang boleh dapatkan bahan-bahan bantuan menjagar anak yakni flash card MathMedic dan MathMedic diagnostic test.

Alat ulangkaji sifir ini terbukti dapat membantu anak-anak menghafal sifir dengan pantas dan berkesan. Panduan penggunaan untuk ibubapa juga disediakan. Jangan risau.

Panduan Dan Kaedah Mudah Hafal Sifir

Rujukan Lain

Lagi satu, bagi lepasan para SPM atau STPM yg berminat memasuki kerja kerajaan, ketahui apakah tapisan kemasukan sektor awam yg perlu dilalui sebelum korang diambil menjadi kakitangan awam.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab prospek kerjaya yang lebih menjanjikan), korang bleh baca cara memohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang jalan berlenggang kangkong, kangkong masak belachan ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Baru pas duduk temuduga SPA minggu lepas? Berdebar menanti keputusan? Kurangkan rasa gementar korang dan baca tanda lulus temuduga kerajaan ini.

Cuti adalah hak korang. Korang perlu tahu mengenainya. Kali ini, atok akan bincangkan cuti sakit pekerja swasta dan lain-lain cuti mengikut Akta Kerja 1955.

Mandi wajib dilaksanakan untuk membersihkan atau mensucikan diri daripada najis hadas besar. Di samping membolehkan korang mengerjakan ibadah khusus seperti solat dan puasa. Korang ingat tak cara mandi wajib yang betul?

Bagi korang yang ingat-ingat lupa cara pengiraan zakat pendapatan, artikel ini akan menunjukkan bagaimana cara kira zakat pendapatan dengan betul..

Bagi korang yang bekerja dalam sektor kerajaan pasti ingin mengetahui tarikh-tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2023. Jom lihat di sini..

Jom ketahui perkara-perkara yang membatalkan puasa. Hal ini, agar ibadah kita di bulan Ramadhan yang barokah ini tidak menjadi sia-sia..

Leave a Comment

error: Content is protected !!