Belanjawan 2025 memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi, pengukuhan fiskal, kebajikan rakyat, dan pembangunan mampan. Berikut ialah intipati bajet 2025 yang perlu korang tahu..
Isi Kandungan
Pada 18 Oktober 2024, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen. Dengan tema “Ekonomi MADANI: Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, bajet kali ini merupakan belanjawan ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan dan mencatat sejarah sebagai bajet terbesar negara berjumlah RM421 bilion.
Peruntukan Keseluruhan
- Jumlah keseluruhan: RM421 bilion
- Belanja mengurus: RM335 bilion
- Belanja pembangunan: RM86 bilion
- Simpanan luar jangka: RM2 bilion
Ekonomi & Cukai
- Pertumbuhan ekonomi diunjur antara 4.5% hingga 5.5%
- Defisit fiskal dijangka menurun kepada 3.8% (2024: 4.3%)
- Kutipan hasil dijangka meningkat kepada RM340 bilion
Peluasan Cukai:
- Cukai dividen 2% dikenakan kepada individu yang menerima lebih RM100,000 setahun
- Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) diperluas mulai 1 Mei 2025
- Cukai jualan tidak dikenakan ke atas barangan makanan asas
- Cukai minuman bergula dinaikkan sebanyak 40 sen seliter mulai 1 Januari 2025
Subsidi & Kos Sara Hidup
- Subsidi RON95 akan disasar mulai pertengahan 2025 (Harga RM2.05/liter dikekalkan untuk 85% rakyat)
- Subsidi elektrik diteruskan untuk majoriti rakyat
- Program Payung Rahmah diperuntukkan RM300 juta
- RM700 juta disediakan untuk program kawalan harga dan pengedaran barangan asas
Bantuan Tunai & Kebajikan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Isi rumah: maksimum RM4,600
- Bujang: dinaikkan kepada RM600
- STR + SARA: 4.1 juta isi rumah akan terima RM100 sebulan bermula April 2025 (dikredit ke MyKad)
Bantuan Kebajikan JKM
- Warga emas: RM600 (2024: RM500)
- Kanak-kanak keluarga miskin:
- RM250 (bawah 6 tahun)
- RM200 (7–18 tahun)
- Maksimum RM1,000 sekeluarga
Gaji & Pekerjaan
- Gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 mulai 1 Februari 2025 (Penangguhan 6 bulan untuk majikan)
- Dasar Gaji Progresif diperuntukkan RM200 juta
- Insentif penggajian OKU & bekas banduan: RM600 sebulan selama 3 bulan
Pendidikan
- Peruntukan KPM: RM64.1 bilion (tertinggi dalam sejarah)
- Kementerian Pendidikan Tinggi: RM18 bilion
- Bantuan Awal Persekolahan: RM800 juta untuk 5.2 juta murid
- Elaun guru pelatih IPG: RM530 sebulan
- 17 jenis bantuan pendidikan diteruskan (RM5.3 bilion)
- RMT: RM870 juta
- Naik taraf sekolah daif: RM1 bilion
- 44 sekolah baharu akan dibina
Kesihatan
- Peruntukan KKM: RM45.3 bilion
- RM2 bilion untuk naik taraf hospital dan klinik
- RM50 juta untuk pendidikan berkaitan AI di universiti penyelidikan
- RM10 juta untuk sekolah autistik swasta
- Elaun murid OKU: RM150 sebulan (110,000 murid)
Perumahan & Infrastruktur
- 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat
- RM2.8 bilion untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan
- RM1 bilion untuk jalan FELDA, jalan industri dan jalan rosak akibat banjir
- RM178 juta untuk lampu jalan dan isyarat pintar
Keselamatan & Ketelusan
- SPRM: RM360 juta
- PDRM & agensi beruniform: RM2.12 bilion
- Kementerian Pertahanan: RM21.2 bilion
- Pasukan Reformasi Perundangan akan ditubuhkan untuk semak 3,000 undang-undang lapuk
- RUU Keselamatan Dalam Talian akan digubal
Luar Bandar & Komuniti
- RM2.9 bilion untuk prasarana kampung dan pedalaman
- RM250 juta untuk pengedaran barangan asas ke kawasan desa
- RM600 juta untuk NADMA hadapi bencana
- RM150 juta untuk PBT dan JPS bersihkan longkang dan sungai
Belia, Sukan & Digital
- RM20 juta untuk pembangunan e-sukan
- RM15 juta untuk pasukan bola sepak kebangsaan
- RM25 juta untuk Program Rakan Muda
- RM65 juta Dana Kandungan Digital
- RM120 juta untuk naik taraf capaian internet di sekolah dan universiti
Bajet Rakyat, Bajet Harapan
Belanjawan 2025 bukan sekadar angka. Ia adalah cerminan komitmen kerajaan untuk membina Malaysia yang lebih adil, inklusif dan mampan. Dengan tumpuan kepada kebajikan rakyat, pendidikan, kesihatan, dan pembangunan wilayah, bajet ini memberi harapan baharu kepada semua lapisan masyarakat.
Jadi, sama ada korang pelajar, pekerja, usahawan, atau pesara. Bajet 2025 ada sesuatu untuk korang.
Rujukan Lain
Di sini dikongsikan cuti bagi tarikh hari raya korban 2023 / hari raya haji 1444H mengikut negeri-negeri di Malaysia. Salam Aidiladha untuk semua..
Nak melancong ke luar negara dalam masa terdekat ini? Jadual padat tapi solat kena jaga. Jom pelajari cara solat jamak dan qasar (syarat & niat)..
Di sini atok kongsikan tiga doa agar cepat dapat kerja yang diinginkan bagi korang yang sedang berusaha mendapatkan kerja. Moga dimakbulkan..
Di sini diterangkan cara semakan penyata KWSP online melalui i-Akaun dan cara pendaftarannya bagi individu yang baru mula membuka KWSP..
Jadual tarikh bayaran PERKESO 2023 ini adalah berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO di portal rasmi mereka. Moga bermanfaat..
Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Kelantan 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Kelantan bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.
Dah lama korang tak puasa kan? Niat pun dah hampir terlupa. Jadi kali ini kita nak ulangkaji sikit lafaz niat puasa ramadhan sebulan penuh dan sehari..
Bagi korang yang mahu mengambil ujian MUET tahun ini, berikut akan dinyatakan tarikh dan cara pendaftaran MUET Sesi 1 2023. Moga bermanfaat..