Teka Teki Senang Dan Jawapan (Yang Macam Tak Logik Jer)

Teka teki ini ada pelbagai jenis, antaranya termasukalah jenis teka teki susah dan jenis teka teki senang. Susahnya teka teki ini, kadang-kadang lagi susah dari subjek math. Subjek matematik lagi senang sebab ada teori yang kita boleh diikut untuk mencari jawapan. Jadi hari ini, Atok akan kongsikan kepada korang jenis teka teki senang dan jawapan yang macam tak logik.

Teka Teki Senang Dan Jawapan (Yang Macam Tak Logik)

Permainan teka teki senang ini permainan yang mempunyai soalan dan jawapan. Kadangkala dengan jawapan pada teka teki ini ia boleh menjadi satu yang menghiburkan dan pada masa yang sama juga boleh menyebabkan korang geram dengan jawapan. Siap boleh gaduh lagi tu dengan si penyoal. Sebab jawapan yang diberi tak logik langsung. Haha..

Jap.. jap! Saja nak pesan. Nanti bila korang dah habis baca koleksi teka teki senang dan jawapan (yang macam tak logik jer) ini, korang layan pula lain-lain koleksi teka teki best ni. Rileks la. Lepak dulu..

Ini dia koleksi 20 teka teki senang dan jawapan yang macam tak logik:

Dalam banyak-banyak tempat, mana tempat paling mudah untuk nampak wajah Yang di-Pertuan Agong.

Jawapan:
Wang ringgit. Kan dalam wang ringgit tu ada, apa yang korang susah-susah cari kan.

Ada bulan, ada bintang. Warnanya merah, putih, biru dan kuning. Apakah jawapannya?

Jawapan:
Jalur gemilang. Yang korang kibar ketika bulan lapan menjelma.

Separuh empat tambah separuh dua?

Jawapan:
Tiga. Antara empat dan dua ialah tiga.

Benda yang berjalan setiap saat, tiada orang yang boleh berhentikan ia.

Jawapan:
Masa. Masa juga berlalu dengan pantas. Tahu-tahu da tahun baru. Tahu-tahu dah nak puasa.

Setiap orang pun mempunyai benda ini. Ia boleh naik tak mungkin turun.

Jawapan:
Umur. Umur kita semakin meningkat setiap tahun. Pelik juga kalau ada yang turun.

Kapal layar bertolak dari selatan ke timur, angin bertiup dari barat ke utara, asap kapal tu ke mana?

Jawapan:
Atas la. Takkan asap tu tutun ke bawah pula.

Kita mengguna benda ini setiap hari, jika ia sentuh air, ia akan hancur.

Jawapan:
Tisu.

Turun lambat, naik cepat. Siapakah beliau?

Jawapan:
Beliau ialah encik Hingus.

Dalam banyak lagu di Malaysia. Lagu apa yang semua orang tahu dan popular di Malaysia?

Jawapan:
Lagu Negaraku. Siapa je taktau lagu kebangsaan kita ni.

Di atas air boleh jumpa saya, tetapi saya tak tau berenang dan bergerak. Siapakah saya?

Jawapan:
Saya ialah Jambatan.

Setiap benda mempunyai benda ini yang boleh dilihat. Tiada benda yang tiada ni.

Jawapan:
Warna. Pergi sana sini semua berwarna.

Drama yang wujud di tengah malam, jika putus tak boleh sambung lagi

Jawapan:
Mimpi, setiap kali kita mimpi mesti takda ending. Pastu kalau dah terjaga, memang dah tak boleh sambung. Kadang-kadang geram juga.

Ringan dari bulu, mata tak boleh nampak, semua orang termasuk kuat atau tinggi pun tak boleh tahannya melebihi beberapa minit.

Jawapan:
Nafas. Tapi kalau banyak masalah berat juga keluhan nafas tu ya.

Turun dari langit, tapi tak naik.

Jawapan:
Hujan. Air yang disejat oleh awan kita tak nampak.

Benda ini boleh nampak, boleh sentuh, bergerak sama dengan anda, tetapi tak boleh ambil?

Jawapan:
Bayang-bayang. Jadi, jangan seperti bayang-bayang yang kita nampak tapi tidak boleh digapai.

Setiap manusia pun ada, korang juga mesti ada, tetapi orang lain yang lebih banyak gunakan. Apa benda ini?

Jawapan:
Nama. Lagi-lagi yang kerja dekat jabatan pendaftaran negara.

Apa yang boleh dipecahkan tanpa disentuh dan dilihat?

Jawapan:
Janji. Mungkir janji. Ala macam pecah janji la tu. Jadi, kalau tak dapat nak tepati takpayah susah-susah nak berjanji.

Ibu diterbalikkan jadi ubi, kalau kopi di terbalikkan apa jadi?

Jawapan:
Tumpah. Jadi kopi tumpah la guys.

Dia datang setiap hari, tetapi tak mungkin tiba hari ini?

Jawapan:
Esok. Hari esok memang tidak kunjung tiba kerana esok akan akan jadi hari ini apabila tiba esok.

Yang mana satu lebih ringan, antara 5kg minyak dengan 5kg kertas?

Jawapan:
Sama. Dua-dua ringan. Sebab dua-dua 5kg.

Teka teki senang dan jawapan yang macam tak logik ini sesungguhnya membantu korang untuk mencari jawapan dengan berfikir secara kritikal tapi dalam masa yang sama juga menghiburkan.

Dengan koleksi yang Atok kongsikan ini korang boleh bermain dengan keluarga apabila mempunyai masa yang terluang.

Semoga dengan bermain teka teki senang ini bersama-sama diharap hubungan antara korang akan lebih erat lagi. Jangan jadi gaduh pula pasal jawapan yg tak berapa nak boleh diterima tu. Jadi, semoga teka teki senang dan jawapan yang macam tak logik ni menghiburkan korang. Selamat mencuba.

Nak lagi koleksi teka teki lain?

Atok ada 25 teka teki lawak yang boleh buatkan korang pecah perut apabila mendengar jawapannya. Kalau korang pandai, cuba jawab..

Kali ini Atok bagi 25 teka teki paling susah di dunia untuk korang jawab. Boleh lah korang guna teka teki susah ni untuk menghabiskan masa santai..

Dalam post bertajuk teka teki haiwan ini, akan Atok kongsikan untuk korang 20 teka teki haiwan dan jawapan yang menyakitkan hati kawan-kawan korang..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!