Teka Teki Haiwan Dan Jawapan (Yang Boleh Buat Orang Geram)

Teka teki haiwan ialah soalan yang mempunyai pembayang bertujuan untuk menduga dan menguji akal pemikiran seseorang. Teka teki haiwan ini semestinya mempunyai jawapan. Dan setiap jawapan ada dua sahaja iaitu pertama, mempunyai jawapan yang tidak masuk dek akal pemikiran kita dan yang kedua, kelakar. Jadi, dalam post bertajuk teka teki haiwan kali ini, akan Atok kongsikan untuk korang beberapa teka teki haiwan dan jawapan yang boleh buat orang geram.

Teka Teki Haiwan Dan Jawapan (Yang Menyakitkan Hati)

Teka teki haiwan ini mempunyai makna yang tersirat ataupun pembayang yang perlu korang selesaikan untuk mendapatkan jawapan yang betul. Teka teki bertemakan haiwan ini sesuai dijadikan sebagai permainan yang menarik terutamanya untuk kanak-kanak. Hal ini kerana, ia mampu mengasah akal pemikiran korang untuk mendapatkan jawapan

Teka teki haiwan mempunyai pelbagai ragam dan kekadang memiliki pelbagai jenis jawapan yang sangat dekat dengan kehidupan sekitar korang. Berikut merupakan koleksi teka teki haiwan dan jawapan yang boleh buat orang geram bila mendengarnya.

Jap.. jap! Saja nak pesan. Nanti bila korang dah habis baca koleksi teka teki haiwan dan jawapan (yang boleh buat orang geram) ni, korang layan pula lain-lain koleksi teka teki best ni. Rileks la. Lepak dulu..

20 teka teki haiwan dan jawapan yang boleh buat orang geram

1. Boleh berlari dengan cepat dan suka berlumba, apakah ia?

Jawapan:
Kuda. Kuda kan laju takkan itu pun korang nak fikir.

2. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang mempunyai dua kepala?

Jawapan:
Ikan masin la. Ikan masin kan dah dibelah. Siap untuk di masak.

3. Siti dan Nabila lahir pada masa yang sama, ibu yang sama, bapa yang sama, tetapi mereka bukan kembar. Sebab mereka adalah?

Jawapan:
Haiwan. Haiwan kan memang lahirkan anak ramai. Tapi dorang tak dipanggil kembar pun.

4. Dalam banyak haiwan, haiwan apakah yang memakai kasut semasa tidur?

Jawapan:
Kuda. Kaki kuda kan macam kasut. Aahh.. suka hati aku la bagi jawapan. Haha

5. Lampu kecil yang beterbangan?

Jawapan:
Kelip-kelip. Kelip-kelip kan ada lampu di belakang badannya. Lampu lah tu walaupun haiwan.

6. Kuda apa yang mempunyai tiga kaki?

Jawpan:
Kuda cacat.

7. Apakah yang hanya anjing ada, tapi dekat haiawan lain tiada?

Jawapan:
Anak anjing la. Takkan la anak kucing korang kasi anak anjiing kan.

8. Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apakah yang mempunyai ekor di belakang dan kepala?

Jawapan:
Gajah. Belalai dia tu kan nampak macam ekor.

9. Burung yang membawa kipas di ekor, dua mata di depan, bermata banyak di belakang.

Jawapan:
Burung Merak.

10. Kecil tapi kuat, suka berkawad dan suka mencuri makanan manis.

Jawapan:
Semut.

11.Gigi saya mampu memotong macam pisau, sayap saya mampu meragut nyawa orang, binatang mitos yang kuat.

Jawapan:
Naga. Sakit hati tak? Haha

12. Saya suka menyanyi sambil melompat.

Jawapan:
Katak.

13. Pengawal keselamatan yang bertanggungjawab.

Jawapan:
Anjing. Dia kan suka jaga rumah tuan dia.

14. Saya sejenis serangga, ada besar, ada kecil, suka terbang ke tempat bercahaya lampu.

Jawapan:
Kumbang.

15. Saya diperbuat daripada telur, panjang dan boleh bergulung sesuka hati, ada kepala, mata dan mulut tetapi tiada kaki dan tangan. Siapakah saya?

Jawapan:
Ular.

16. Beruang yang hitam dipanggil beruang hitam, yang coklat dipanggil beruang coklat, yang putih dipanggil apa?

Jawapan:
Beruang kutub lah. Apa la? Itu pun tak tahu ke?

17. Haiwan apa yang hitam kecoklatan tapi jadi merah dalam air panas?

Jawapan:
Udang harimau. Kalau kita rebus atau goreng kan jadi merah.

18. Ayam apa yang tidak bertelur?

Jawapan:
Ayam jantan lah. Korang ingat semua ayam bertelur ke?

19. Haiwan yang mewakili Encik Wayne.

Jawapan:
Kelawar.

20. Agak-agak gajah yang besar ni takut apa?

Jawapan:
Tikus. Lagi-lagi tikus besar.

Berakhirlah teka teki haiwan dan jawapan yang boleh buat orang geram Atok kongsikan ini. Harap korang sakit hati lah ye bila dengar menjawap teka teki ni. Diharap juga, teka teki haiwan yang Atok kongsikan ni membantu korang yang tengah cari koleksi teka teki untuk dimainkan dengan kawan ataupun keluarga.

Teka teki Atok ni takda lah best sangat tapi cukuplah untuk dijadikan bahan nak kenakan kawan korang. Mana tahu, dengan teka teki hawian ini korang akan lebih akrab bersama sahabat ataupun keluarga.

Jadi Atok harap teka teki haiwan dan jawapan-jawapan yang tak berapa patut yg disertakan ini bermanfaat dan menghiburkan korang semua yang membaca.

Nak lagi koleksi teka teki lain?

Atok ada 25 teka teki lawak yang boleh buatkan korang pecah perut apabila mendengar jawapannya. Kalau korang pandai, cuba jawab..

Kali ini Atok beri 25 teka teki paling susah di dunia untuk korang jawab. Boleh lah korang guna teka teki susah ni untuk menghabiskan masa santai..

Susahnya teka teki ini, kadang-kadang lagi susah dari subjek math. Jom cuba jawab teka teki senang dan jawapan yang macam tak logik ni..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!