Ciri Ciri Orang Munafik (yang perlu korang jauhi)

Nifaq merupakan kata nama lain selain munafik. Munafik ini disifatkan sebagai sifat yang berpura-pura baik. Atau berpura-pura mengikuti ajaran agama namun tidak membenarkan dalam hatinya. Oleh itu, artikel ini berkaitan ciri ciri orang munafik.

Ciri Ciri Orang Munafik (yang perlu korang jauhi)

Seperti mana dalam sebuah hadis,

Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

“ Tanda munafik ada tiga; jika berbicara dia dusta, jika berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah dia khianat ”.

(HR Bukhari No: 32)

Atok akan kongsikan ciri ciri orang munafik iaitu orang yang memiliki penyakit hati.

Ciri-ciri orang munafik (yang perlu korang jauhi):

1. Berdusta

Antara ciri orang munafik yang korang perlu jauhi ialah suka berbohong. Siapa yang suka orang berbohong? Walaupun perit kebenaran itu, kita tetap perlu hadapi tau. Islam melarang keras umatnya berdusta dan menipu. Penipu merupakan sifat yang tidak bagus dan sama sekali dilarang oleh Islam.

2. Ingkar janji

Kalau sudah berjanji, maka kita perlu tunaikan. Walaupun begitu, korang rasa tidak dapat tunaikan, sebaiknya jangan menabur janji. Hal ini kerana, kalau kita berjanji, ia seperti memberi harapan kepada seseorang. Tidak kisahlah dari segi bentuk apa-pun ia.

Menepati adalah wajib, kalau seseorang itu membuat janji. Ingkar janji merupakan perbuatan yang salah dan tidak baik untuk korang contohi dan janganlah jadi orang munafik.

3. Ciri ciri orang munafik yang ketiga ialah suka bermuka-muka

Suka bermuka-muka atau talam dua muka ataupun dikenali ramai sebagai orang munafik. Konsep lain, seseorang yang di hadapan korang ia seperti tidak bersalah. Namun, di belakang korang dialah yang menjadi punca semuanya.

Orang yang seperti ini selalunya tidak mempunyai pendirian yang tetap dan hanya mementingkan diri sendiri. Jadi, Atok nasihatkan korang perlu mengelak jauh jika mengenal orang seperti ini.

4. Khianat

Ciri-ciri orang munafik selanjutnya ialah suka mengkhianati orang lain. Hal ini kerana, orang yang seperti ini suka berkhianat, memang sukar untuk dipercayai kerana tidak boleh memegang amanah atau kepercayaan yang diberi.

Mereka yang suka mengkhianati orang ini suka bercakap yang mengandungi penipuan dan suka berdusta untuk mencapai kehendak mereka.

5. Malas beribadah

Ciri-ciri orang munafik yang terakhir ialah malas beribadah. Malas dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT merupakan perbuatan yang salah di sisi agama. Terutamanya mereka yang meninggalkan solat.

Solat merupakan perkara yang wajib kita jalankan sebanyak 5 waktu sehari. Perbuatan seperti ini tidak patut korang contohi, Atok rasa korang pun tahu kan. Tapi, banyak je yang sedar tapi tak endahkan perkara tersebut.

Konklusi

Konklusinya, artikel ini menyenaraikan ciri ciri orang munafik yang Atok rasa korang perlu jauhi. Kalau korang ada kawan sebegini, cuba try nasihatkan. Kalau tetap juga tidak jalan. Maka, doakan sahaja benda yang baik-baik untuk mereka. Tapi dalam masa yang sama korang jangan terikut-ikut dengan perangai seperti munafik ini. Dan sila jauhkan diri daripada kawan berkenaan.

Munafik merupakan sifat dan perbuatan yang tidak baik. Memutarbelitkan fakta dan menipu dengan niat untuk kepentingan diri. Salah di sisi Islam ya semua. Korang mungkin tahu benda tu tapi ada juga yang still buat.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk korang semua. Atok pun takdalah perfect mana, hamba yang lemah lagi banyak berdosa. Bersama-samalah kita beriman kepada Allah dan mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan.

Rujukan Lain

Solat tahajjud ini akan menjadi cahaya yang menerangi kegelapan kubur nanti. Jadi, atok kongsikan bagaimana cara solat tahajud perempuan yang betul..

Panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah tanda tanda anxiety. Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda anxiety attack pada seseorang..

Guru menjadi kerjaya yang sangat popular dan menjadi rebutan di kalangan pelajar. Baca lima laluan kerjaya guru sekolah menengah atau sekolah di sini..

Banyak ke puasa Ramadan yang tertinggal? Kena ganti tu. Masih ingat niat puasa enam dan puasa ganti ramadan serta kelebihannya?

Di sini akan dikongsikan tentang cara menggunakan portal eGUMIS semakan wang tak dituntut online & proses bayaran balik..

Jom ketahui perkara-perkara yang membatalkan puasa. Hal ini, agar ibadah kita di bulan Ramadhan yang barokah ini tidak menjadi sia-sia..

Banyak lagi ke hutang rumah tu? Lagi berapa tahun nak habis? Kalau tak pasti, cuba buat semakan baki pinjaman LPPSA korang. Tiga cara dikongsikan di sini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!