Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Secara Online

Bagi korang yang ingin membuat semakan baki pinjaman bank rakyat, korang hanya perlu membuat semakan menggunakan online sahaja. Namun begitu, ada sesetengah pasti belum sepenuhnya mengetahui tentang cara untuk membuat semakan baki pinjaman bank rakyat secara online. So, di bawah dikongsikan cara semak baki pinjaman bank rakyat secara online.

Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Secara Online

Perkembangan teknologi yang semakin maju ini telah membawa kepada pelbagai cara untuk memudahkan rakyat dalam memenuhi keperluan harian mereka.

Tidak dinafikan bahawa Malaysia juga telah berkembang maju terutamanya dari segi teknologi di mana kita boleh lihat bahawa terdapat banyak perkara yang rakyat boleh lakukan hanya dengan menggunakan teknologi secara online untuk memudahkan setiap urusan dalam masa yang sama dapat menjimatkan masa.

Sebagai contohnya adalah korang ingin membuat semakan baki pinjaman korang di bank rakyat. Jika dulu korang perlu datang secara langsung ke pejabat cawangan bank yang korang pilih iaitu bank rakyat untuk menyemak baki pinjaman tetapi kini korang hanya perlu menyemak baki pinjaman bank rakyat hanya melalui online sahaja.

Dengan cara ini sangat memudahkan urusan peminjam untuk membuat semakan baki loan mereka.

Apa itu iRakyat?

iRakyat ialah aplikasi perbankan mudah alih Bank Rakyat bagi memperluas ekosistem perbankan digital kepada pelanggan. Aplikasi iRakyat memberi keselesaan kepada pelanggan untuk mengakses akaun Bank Rakyat dengan lebih pantas dan selamat melalui telefon pintar atau komputer masing-masing.

Selain memperluas ekosistem perbankan digital sedia ada, aplikasi perbankan mudah alih iRakyat juga mengikuti gaya hidup digital semasa dalam persekitaran pasca Covid-19 yang mana kebanyakan transaksi perbankan dilakukan secara dalam talian.

iRakyat boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play. Melalui iRakyat juga, pelanggan dapat menyemak maklumat akaun seperti baki dan penyata akaun bagi Akaun Simpanan-i dan Semasa-i Elektronik, Akaun Deposit-i Berjangka, Kad Kredit-i, Pembiayaan-i serta Pajak Gadai-i pada bila-bila masa.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, di mana semakan baki pinjaman bank ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu datang secara langsung di kaunter bank berikut ataupun boleh di lakukan secara online. Namun di sini, atok kongsikan cara menyemak baki pinjaman bank secara online, maka berikut merupakan caranya.

Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Secara Online

Korang dapat membuat semkan baki pinjaman bank rakyat secara online hanya dengan mengikuti cara-cara berikut:

1. Perkara pertama yang korang harus lakukan adalah membuka laman internet banking iRakyat di pautan www2.irakyat.com.my.

2. Kemudian korang perlu memasukkan username dan password.

3. Seterusnya, setelah berjaya, korang perlu klik: menu account > info > loan & financing.

4. Kemudian setelah selesai atau berjaya, maklumat pinjaman akan terlihat secara detail dan korang boleh melihat atau menyemak baki pinjaman bank rakyat yang tinggal.

Justeru, ini merupakan cara semak baki pinjaman bank rakyat secara online yang korang perlu tahu. Cara atau langkah-langkah begini sangat mudah dan pantas bagi mereka yang sibuk bekerja tetapi dalam masa yang sama perlu membuat semakan baki pinjaman bank rakyat yang tinggal. Maka mereka boleh menggunakan cara yang dinyatakan di atas.

Namun begitu, selain menggunakan laman internet banking tersebut, korang juga boleh menggunakan email dan telefon sebagai kaedah atau cara untuk menyemak baki pinjaman bank rakyat.

Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Melalui Email

Untuk semakan baki pinjaman bank rakyat melalui email juga sangat mudah. Di mana korang hanya perlu menghantar email kepada pihak Bank Rakyat di alamat yang tertera atau diberikan iaitu: telerakyat@bankrakyat.com.my.

Pada emel tersebut korang perlu memberikan maklumat-maklumat yang berkaitan seperti nombor akaun dan sebagainya. Namun begitu, walaupun caranya mudah tetapi untuk mendapatkan maklum balas dari pihak bank agak lambat berbanding kaedah online di atas.

Hal ini demikian kerana pihak bank perlu membaca dan menyemak dengan lebih detail email mengenai maklumat yang dihantar oleh pihak peminjam.

Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Melalui telefon

Kaedah semakan baki pinjaman bank rakyat menggunakan telefon juga merupakan salah satu kaedah yang senang untuk menyemak baki pinjaman bank korang.

Caranya mudah di mana korang hanya perlu membuat panggilan di talian tele rakyat dengan menghubungi: 1-300-80-5454 melalui telefon mudah alih korang.

Setelah panggilan disambung korang hanya perlu bercakap dengan operator untuk mendapatkan maklumat mengenai baki loan Bank Rakyat korang.

Kesimpulannya

Portal iRakyat di atas ini merupakan salah satu cara yang korang boleh gunakan untuk menyemak baki pinjaman bank rakyat secara online.

Namun begitu, dua kaedah lain yang dinyatakan di atas ini juga merupakan antara cara yang korang boleh pertimbangkan untuk menyemak baki pinjaman bank. Mana-mana yang senang la pada korang.

Justeru, diharapkan perkongsian cara semak pinjaman bank rakyat secara online yang dinyatakan ini dapat membantu korang memudahkan semakan baki loan tanpa perlu ke kaunter bank.

Rujukan Lain

Mesti korang dah tak sabar nak bayar cukai kan? So, kali ni atok kongsikan cara bayar cukai pendapatan individu online. Ada dua kaedah mudah..

Roadtax ni kena renew setiap tahun untuk mengelakkan dikenakan saman. Sini atok kongsikan langkah atau cara renew roadtax dan insuran kereta.

Bagi korang yang ingin menyambung pengajian di UiTM, di sini dikongsikan beberapa senarai kursus pengajian di UiTM dan lokasi kampus..

Nak sambung belajar? Atok akan pecahkan perbezaan tingkatan 6, matrikulasi dan diploma berdasarkan beberapa kriteria. Moga membantu korang memilih..

Nak masuk matrikulasi? Bagi yang masih tertanya-tanya bilakah permohonan kemasukan matrikulasi 2023 dibuka, KPM telah mengeluarkan tarikh rasmi..

Malas nak jalan jauh-jauh pegi kaunter semata-mata nak beli tiket bas? Tiada masalah. Kita belajar cara beli tiket bas online kali ni..

Dividen ASB dah masuk! Malas pula nak beratur. Jadi kali ni, jom kita lihat cara daftar ASB online pertama kali dan semak dividen ASB..

Ramai masih tak mengetahui tanda-tanda awal penyakit buah pinggang. Oleh itu, di sini dikongsikan tanda-tanda sakit buah pinggang peringkat awal.

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!