Cara Daftar ASB Online Pertama Kali Dan Cara Semak Dividen ASB

Dunia sekarang segalanya hanya di hujung jari di mana setiap perkara yang memerlukan sistem pendaftaran boleh saja dilakukan hanya dengan online sahaja. Perkara ini tidak terlepas dengan daftar ASB online. Jadi kali ni, jom kita lihat cara daftar ASB online pertama kali dan cara semak dividen ASB.

Cara Daftar ASB Online Pertama Kali Dan Cara Semak Dividen ASB

Untuk pengetahuan, ASB atau nama penuhnya Amanah Saham Berhad ialah salah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB. Manakala bagi yang ingin mengetahui mengenai ASNB pula ialah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat permodalan nasional berhad (PNB). Bukan itu sahaja, ASB ini juga ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit dan bagi para pelabur berpeluang mendapat pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan.

Namun begitu, pasti ada di antara korang yang belum pernah membuka ASB dan berniat untuk membukanya secara online tetapi tidak mengetahui cara atau langkah yang perlu di lakukan. Justeru, di sini akan dinyatakan cara daftar ASB online pertama kali dan cara semak dividen ASB bagi mereka yang baru ingin membukanya.

Selain itu, korang juga perlu mengetahui tentang portal myASNB sebelum mendaftar ASB online. Oleh itu, bagi yang belum mengetahui atau tidak ‘familiar’ dengan ASB, myASNB adalah platform dalam talian yang mudah dan selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan serta melaksanakan urusniaga dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Untuk makluman semua, myASNB juga menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit seperti:

  • Pelaburan tambahan
  • Pertanyaan butiran pegangan semasa
  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari.

Justeru, setelah mengetahui mengenai apa itu myASNB, berikut merupakan cara daftar ASB online melalui portal myASNB.

Bagi korang yang sudah memiliki akaun yang sedia ada, sebelum menggunakan perkhidmatan myASNB, korang perlu mengemaskini maklumat peribadi sperti nombor telefon bimbit, alamat surat-menyurat dan alamat e-mel melalui mana-mana cawangan ASNB atau melalui ejen sah ASNB.

Setelah mengemaskini, korang sudah boleh untuk mendaftar serta menggunakan perkhidmatan ASB online.

Cara Daftar ASB Online Pertama Kali

1. Pertama sekali korang perlu membuka laman web myASNB dan kemudian klik daftar.

2. Setelah menekan klik daftar, korang perlu baca dan fahamkan terma dan syarat (T&C). Kemudian tandakan kotak untuk terima T&C dan klik setuju.

3. Setelah itu, sila isikan butiran akaun ASNB korang seperti yang tertera di skrin. dan korang boleh terus klik butang seterusnya untuk meneruskan.

4. Korang perlu sahkan nombor telefon bimbit berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB dan seterusnya klik ‘Request TAC’. Kemudian masukkan kod TAC sperti yang telah diterima melalui SMS dan klik seterusnya.

5. Kemudian korang perlu mencipta akaun portal myASNB dengan

  • Menentukan username atau id pengguna anda.
  • Masukkan frasa selamat dan pilih tiga soalan keselamatan dan kemudian masukkan jawapan yang berkenaan.
  • Kemudian, klik tamat untuk melengkapkan pendaftaran.

6. Login myASNB bagi yang kali pertama dengan mengklik log masuk pada halaman yang memaparkan kata laluan sementara. Kemudian masukkan id pengguna dan diikuti dengan kata laluan sementara.

7. Setelah itu, sistem meminta korang untuk menukar kata laluan yang baru dan kemudian kemaskini semula untuk tujuan keselamatan.

8. Kemudian log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru dan korang sudah boleh menggunakan portal myASNB untuk menyemak baki pelaburan.

Cara Semak Dividen ASB

Seterusnya, adalah cara semak dividen ASB.

  1. Log masuk ke portal myASNB.
  2. Seterusnya, klik menu akaun saya dan setelah itu jumlah baki akan dipaparkan.
  3. Korang boleh memuat turun penyata bagi tahun terkini atau tahun sebelumnya di menu penyata.

Begitulah lebih kurang cara daftar ASB online pertama kali dan cara semak dividen ASB yang korang perlu tahu.

Kesimpulannya, di atas ini merupakan sedikit sebanyak perkongsian mengenai cara daftar ASB online pertama kali dan cara semak dividen ASB yang korang perlu tahu. Justeru, bagi yang baru ingin mendaftar myASNB, korang bolehlah mengikuti cara-cara yang telah dinyatakan di atas ini.

Rujukan Lain

Bagi korang yang mahu mengambil ujian MUET tahun ini, berikut akan dinyatakan tarikh dan cara pendaftaran MUET Sesi 1 2023. Moga bermanfaat..

Mesti korang dah tak sabar nak bayar cukai kan? So, kali ni atok kongsikan cara bayar cukai pendapatan individu online. Ada dua kaedah mudah..

Roadtax ni kena renew setiap tahun untuk mengelakkan dikenakan saman. Sini atok kongsikan langkah atau cara renew roadtax dan insuran kereta.

Bagi korang yang ingin menyambung pengajian di UiTM, di sini dikongsikan beberapa senarai kursus pengajian di UiTM dan lokasi kampus..

Nak sambung belajar? Atok akan pecahkan perbezaan tingkatan 6, matrikulasi dan diploma berdasarkan beberapa kriteria. Moga membantu korang memilih..

Nak masuk matrikulasi? Bagi yang masih tertanya-tanya bilakah permohonan kemasukan matrikulasi 2023 dibuka, KPM telah mengeluarkan tarikh rasmi..

Malas nak jalan jauh-jauh pegi kaunter semata-mata nak beli tiket bas? Tiada masalah. Kita belajar cara beli tiket bas online kali ni..

Signal WiFi korang lemah? Lemau memanjang? Berikut dikongsikan cara kuatkan signal WiFi yang korang boleh lakukan. Ikuti 6 tips mudah ini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!