Korang sedang mencari idea perniagaan yang unik? Salah satu daripadanya ialah bisnes tudung. Mencari jenama tudung bawal atau jenama tudung shawl sememangnya penting bagi mereka yang menghasilkan tudung tersendiri dan menjualnya kepada pelanggan. Hal ini kerana, jenama merupakan identiti bagi keseluruhan produk yang dikeluarkan. Bukan itu sahaja, setiap unsur reka bentuk, ilustrasi grafik dan sebagainya adalah identiti bagi setiap idea jenama tudung yang diusahakan oleh seseorang.
Isi Kandungan
Setiap pereka fesyen tudung mahupun peniaga tudung sudah pasti menginginkan jenama tudung tersendiri. Hal ini di katakan sedemikian kerana, sebut sahaja nama tudung, secara tidak langsung ianya menjadi salah satu kewajipan bagi wanita bertudung untuk memakainya dan juga tidak dilupakan ianya juga menjadi kegilaan bagi wanita yang gemar menggayakan fesyen tudung dengan gaya tersendiri.
Ketertarikan golongan wanita Muslimah terhadap fesyen tudung bukan sahaja di sebabkan kepelbagaian jenis tudung seperti bawal creepe, bawal satin, tudung sarung, wide shawl, shawl chiffon dan sebagainya. Tetapi ianya juga disebabkan kepelbagaian jenama tudung yang terdapat di Malaysia.
Jenama dan identiti sama-sama memainkan peranan penting dalam menaikkan sesuatu jenama produk yang di keluar seperti produk atau koleksi-koleksi tudung. Bukan itu sahaja, tidak dinafikan bahawa kepelbagaian jenama tudung yang terdapat di Malaysia ini memberikan variasi kepada penggemar-penggemar tudung.
Jika dilihat, di Malaysia mempunyai pelbagai jenis jenama tudung yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi bukan sahaja di Malaysia, malah ada juga jenama tudung yang berjaya menambat hati pembeli-pembeli dari negara luar.
Antara jenama tudung di Malaysia yang boleh dikatakan antara brand tudung terkenal adalah Naelofar Hijab yang di usahakan oleh salah seorang artis dan usahawan wanita terkenal Noor Neelofa, Tudung Duckscarves yang diusahakan oleh seorang ushawan wanita Vivy Yusof, Tudung Fareha, Cakenis Signature, Ariani dan sebagainya.
Ini merupakan antara jenama-jenama tudung yang sangat terkenal di Malaysia dan sentiasa menjadi pilihan pembeli. Namun begitu, masih banyak lagi jenama tudung yang juga berjaya menarik minat pembeli untuk membelinya.
Walau bagaimanapun, dalam kita teruja untuk mengusahakan tudung sendiri dan dijualkan kepada pembeli, kita mungkin akan menghadapi beberapa masalah dalam mencari idea jenama tudung koleksi korang tersendiri.
Hal ini boleh mengakibatkan masalah kepada pereka tudung dalam mencari idea nama brand tudung untuk menarik minat pelanggan untuk membeli koleksi tudung mereka. Oleh itu, di sini kita akan membincangkan tentang idea jenama tudung bagi mereka yang ingin mengusahakan jenama tudung sendiri.
Identiti dan imej Jenama
Untuk mencari idea jenama tudung atau menghasilkan brand tudung, ianya perlulah mempunyai identiti jenama dan imej jenama. Identiti jenama dan juga imej jenama mempunyai dua definisi yang berbeza namun berkait rapat dan penting dalam mencari atau menghasilkan jenama tudung sendiri.
Hal ini demikian kerana, identiti jenama adalah bagaimana pemilik jenama menentukan jenama pada perniagaannya. Manakala imej jenama pula adalah bagaimana pelanggan atau pengguna melihat jenama tersebut.
Namun begitu, dari sudut yang berbeza, logo, slogan, tagline, gaya dan nada boleh di kategorikan sebagai identiti jenama manakala kepercayaan pelanggan, kesan asas dan berpotensi mengenai jenama pula, boleh di kategorikan sebagai imej jenama.
Oleh hal yang demikian, bagi seseorang yang baru bermula untuk membina perniagaan tudung dan dalam proses mencari idea jenama tudung hendaklah mengetahui identiti jenama terlebih dahulu. Sebagai contoh mengetahui apa itu visi, misi, nilai teras dan objektif kerana kesemua perkara tersebut mewakili realiti firma.
Bukan itu sahaja, bagi imej jenama pula, korang harus memikirkan apakah persepsi pengguna tentang jenama yang korang keluarkan. Hal ini kerana, identiti jenama dan imej jenama merupakan elemen penting sebelum sesuatu idea jenama tudung diberikan. Ini kerana, apabila kita mempunya identiti dan imej jenama, pelanggan akan berasa lebih yakin untuk membeli dan memakai koleksi tudung-tudung yang di keluarkan di bawah jenama korang sendiri.
Kreatif Dalam Memberi Jenama
Selain perlu memiliki identiti dan imej jenama, korang juga perlu menjadi seorang yang kreatif dalam memberi jenama pada koleksi tudung-tudung korang. Kreatif dalam mengikut naluri korang sendiri juga tidak menjadi masalah kerana ianya melibatkan jenama korang sendiri namun, korang juga harus memastikan pengguna juga akan menyukai jenama koleksi tudung yang di keluarkan.
Hal ini demikian kerana, seperti yang dikatakan jenama tudung memainkan peranan yang penting untuk menentukan sama ada pelanggan tertarik atau pun tidak dengan koleksi tudung yang dikeluarkan oleh syarikat korang.
Oleh itu, korang boleh memberikan apa-apa sahaja jenama pada koleksi tudung korang sama ada nama korang sendiri, nama bunga kesukaan dan sebagainya yang korang rasa kreatif dan sesuai dengan konsep tudung rekaan korang.
Namun apa yang paling penting dan perlu dititikberatkan adalah, korang perlu memastikan bahawa setiap jenama yang korang keluarkan tidak boleh sama atau hampir sama dengan jenama yang sudah sedia ada di pasaran.
Hal ini kerana, sekiranya jenama yang di keluarkan oleh korang sama, hampir sama atau hanya berbeza dari segi ejaan sahaja tetap akan dikategorikan sebagai menciplak hasil atau jenama tudung lain.
Oleh itu, pemilihan idea jenama bukan sahaja perlu kreatif tetapi perlu juga mementingkan keaslian jenama itu sendiri dan tidak menyerupai dengan mana-mana jenama yang ada di pasaran. Jelas bahawa kreatif dalam memberi jenama perlu ada sepanjang korang dalam proses mencari idea jenama tudung.
Mudah Diucapkan
Selain itu, semasa korang mencari jenama, korang juga harus memikirkan jenama yang mudah untuk diucapkan, diingati dan senang dikenali. Hal ini demikian kerana, jika jenama yang diberi terlalu panjang, ianya menyukarkan pelanggan untuk mempromosikan jenama tudung korang kepada orang lain. Bahkan, jenama yang diberikannya juga tidak mudah diingati oleh para pelanggan.
Hal ini boleh menyebabkan koleksi-koleksi tudung-tudung korang tidak mudah dikenali ramai walaupun korang menghasilkan kualiti tudung yang baik, cantik dan sebagainya. Bukan itu sahaja, korang juga harus memastikan jenama yang di berikan juga mempunyai kaitan dengan produk yang dikeluarkan oleh korang.
Sebagai contoh, jika korang mengeluarkan koleksi tudung, jenama yang perlu korang beri mestilah berkaitan dengan tudung korang, begitu juga sebaliknya bagi produk-produk perniagaan yang lain.
Ini menunjukkan bahawa sekreatif apa pun jenama yang diberikan, jika ianya sukar untuk diingati dan dikenali ianya hanya akan menjadi sia-sia. Oleh itu, dalam mencari idea jenama tudung pastikan jenamanya mudah diingati dan senang untuk dikenali.
Tetapi korang hanya perlu mengambil berat akan setiap jenama yang korang berikan supaya ianya tidak menyerupai atau sama dengan jenama yang sudah sedia ada di pasaran. Bagi korang yang masih mencari atau sudah pun tahu akan idea jenama tudung, korang cuma perlu memastikan bahawa jenama yang korang beri mendatangkan impak pada perniagaan korang.
Bukan sahaja impak dari segi kualiti tudung tetapi impak dari segi jenama tudung korang. Korang juga boleh menjadikan jenama-jenama tudung di Malaysia misalnya Naelofar Hijab sebagai inspirasi korang untuk menghasilkan jenama yang baik kerana jenama tersebut bukan sahaja memberi impak di dalam negara tetapi ianya juga memberi impak di luar negara.
Akhir sekali, ciri-ciri atau aspek yang dinyatakan di atas juga boleh digunakan sebagai panduan untuk mencari idea jenama tudung.
Panduan Memulakan Bisnes Tudung Sendiri
Untuk panduan memulakan bisnes tudung sendiri yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah. Terbukti ia telah membantu ramai memulakan langkah pertama mereka. Kini giliran korang pula..
Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap pereka fesyen mahupun peniaga mahukan jenama yang mereka keluarkan sebaris atau setanding dengan jenama-jenama yang semakin hangat di pasaran. Namun, seperti yang dibincangkan di atas, untuk menghasilkan idea jenama tudung tidaklah begitu mudah dan juga tidaklah begitu susah. Lebih ke depan lagi, korang boleh baca panduan yang disarankan untuk membantu langkah awal korang dalam dunia perniagaan tudung ini.
Rujukan Lain
Perkongsian cara download slip gaji kerajaan melalui tiga kaedah iaitu: penyata gaji bulanan, penyata gaji tahunan dan penyata gaji untuk pinjaman..
Ramai yang masih kurang jelas bagaimana cara membuat tuntutan MySalam. Jom baca cara membuat tuntutan MySalam RM700 dan MySalam penyakit kritikal..
Asyik ke ATM bila nak semak baki? Baca tutorial mengenai cara daftar MyBSN online banking dan juga cara login BSN Online untuk kali pertama ini.
Asyik ke ATM bila nak semak baki duit? Baca tutorial mengenai cara daftar Maybank2u online banking dan juga cara tukar password Maybank2u di sini.
Tidak tahu bagaimana cara mengira waktu subur? Jangan bimbang. Di sini atok bincangkan serba sedikit cara kira waktu subur untuk hamil.
Korang berniaga di shopee? Follower masih ciput? Jom baca dua cara naikkan followers shopee di sini. Ada yg mudah dan ada yang leceh. Pilih-pilih..
Nak tgk di panggung mana tu? GSC, LFS, TGV, MBO atau MMC? Tak kira panggung mana, cara beli tiket wayang online semua panggung tu ada di sini..
Tak dpt tido malam sebab anak demam selsema? Baca dulu newborn selsema & cara mengatasinya yang boleh ibu bapa lakukan. Mudah-mudahan berkesan..
Korang kena baca artikel ini dulu untuk mengetahui lebih mengenai 8 khasiat minyak zaitun dan boleh dijadikan amalan kepada diri dan keluarga..