Cara Daftar Maybank2u Online Banking

Korang dah lama ada akaun Maybank? Asyik ke ATM bila nak semak baki? Bila nak tahu duit bantuan mak ayah dah masuk akaun pun payah? Nak beli barang dekat Shopee lagi la tak bleh? Semua itu bukan lagi masalah sekarang. Pakai jer Maybank2u. Jadi tutorial ringkas kita hari ni adalah mengenai cara daftar Maybank2u Online Banking.

Cara Daftar Maybank2u Online Banking

Apa itu Maybank2u?

Maybank2u adalah Sistem Perbankan Internet oleh Malayan Banking atau lebih dikenali sebagai Maybank. Ia mengandungi semua perkara tentang Maybank termasuk maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Ia juga mampu menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet di Maybank2u Online Banking.

Sedikit lagi maklumat tambahan, Maybank telah dikenali sebagai bank serantau sejak 1960, dengan penubuhan operasinya di Malaysia serta cawangan awalnya di Singapura dan Brunei dalam tahun yang sama. Kemudiannya, sekitar tahun 2000, Maybank tampil sebagai bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan kemudahan perbankan internet (online banking).

Kemudahan Ditawarkan Oleh Maybank2u

  • Semakan Baki Akaun

Lihat Baki Akaun Simpanan / Semasa dan juga Rekod Transaksi (Deposit/Kad Kredit) korang.

  • Pemindahan Dana / Transfer Online

Pemindahan dana ke mana-mana bank dan nombor mudah alih.

  • Pembayaran Bil

Bayar bil korang pada bila-bila masa, di mana-mana jua.

  • Pembayaran Kad Kredit

Bayar kad kredit korang atau kad kredit pihak ke-3.
Permohonan PIN Kad Kredit
Permohonan untuk menukar PIN kad kredit.

  • Kad Debit

Kemas Kini Had Pembelian.
Kemas Kini Status Transaksi Luar Negara.
Kemas Kini Status Urusan Pembelian Dalam Talian.
Lapor Kad Hilang / Dicuri.

  • Topup Phone

Tiada masalah habis kredit telefon lagi. Tambah nilai mobile korang pada bila-bila masa, di mana-mana jua.

  • Arahan Tetap

Urus bayaran berkala korang ke akaun Maybank dan akaun di bank lain secara dalam talian.

  • Pembayaran Pinjaman / Loan

Korang boleh membuat bayaran ke semua akaun Pinjaman Maybank2u (Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perumahan dan Sewa Beli).

  • Muat Turun e-Penyata

Mohon e-penyata melalui dalam talian.

  • Permohonan Dalam Talian

Dan banyak lagi jenis perkhidmatan lain..

Jadi, berikut ini adalah cara daftar Maybank2u Online Banking. Ikut satu-persatu ya. Jangan skip. Nanti tak mujarab. Haha..

Nota: Atok telah dengan sedaya upaya memastikan tutorial cara daftar Maybank2u online banking ini setepat yg boleh pada masa ia ditulis. Sekiranya ada perubahan semasa terhadap laman sesawang Maybank2u atau update terkini pada Aplikasi Mobile Maybank2u, ia adalah di luar kawalan atok.

1) Cara Register nombor telefon Maybank2u dulu

Langkah pertama sebelum korang boleh mendaftar di portal Maybank2u ialah korang perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit di ATM Maybank. Pastikan Maybank punya ya. Jangan ATM Bank Rakyat pula.

Kenapa kena pegi ATM tu pula? Ini adalah kerana ia salah satu ciri keselamatan yang penting. Di nombor telefon yang korang daftarkan inilah nanti TAC akan dihantar setiap kali transaksi perbankan dibuat.

Cara register nombor telefon Maybank2u:

  • Pergi ke mesin Automated Teller Machine (ATM) Maybank yang paling dekat dengan rumah korang.
  • Masukkan kad maybank korang. Dan pilih bahasa yang korang mahu.
  • Masukkan nombor pin keselamatan enam digit untuk kad ATM Maybank korang.
  • Apabila paparan menu utama keluar, pilih Maybank2U kemudian Phone Banking kemudian ATM SMS Alerts.
  • Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2U TAC.
  • Pada paparan seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit korang yang sah dan aktif. Kemudian, tekan Ya.
  • Proses mendaftar nombor telefon korang dah siap. Pasni kita kena portal Maybank2u Online Banking pula.

2) Cara Daftar Maybank2u Online Banking

Setelah selesai pendaftaran nombor telefon bimbit korang dalam langkah 1 di atas, kini barulah korang boleh teruskan proses pendaftaran di Maybank2u.

Berikut cara daftar Maybank2u Online Banking:

  • Layari laman web Maybank2u.
  • Di bahagian atas laman atau apps, tekan butang REGISTER NOW.
  • Kemudian, di ruangan Card/Access Number, masukkan nombor akaun Maybank korang yang mengandungi 12 digit.
  • Di ruangan PIN, masukkan nombor pin enam digit untuk kad ATM Maybank korang.
  • Tick pada ruangan I AGREE WITH THE TERMS & CONDITONS.
  • Kemudian, ketik butang CONTINUE.
  • selepas itu, korang akan dibawa ke laman Create your Profile.
  • Di ruangan Username, masukkan nama yang korang ingin guna sebagai username.
  • Di ruangan Password, masukkan kata laluan yang korang mahu gunakan untuk akaun Maybank2u. Password ini mestilah gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor serta simbol. Contohnya: Chombi@7#7 (sekurang-kurangnya 8 aksara).
  • Di ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi kata laluan yang tadi.
  • Di ruangan E-Mail, masukkan emel korang.
  • Di ruangan TAC, nombor TAC perlu dimasukkan. Jadi, tekan butang Request For TAC. Sebentar lagi SMS yg ada TAC akan masuk ke telefon bimbit korang. Ni la salah satu sebab kenapa korang perlu mendaftar nombor telefon di mesin ATM Maybank terlebih dahulu.
  • Masukkan TAC yang baru diperoleh tadi.
  • Selesai, sekarang tekan butang Next.
  • Laman seterusnya, di ruangan Image, korang kena pilih gambar bagi tujuan keselamatan.
  • Di ruangan Security Phrase, masukkan apa-apa perkataan atau frasa bagi tujuan keselamatan.
  • Di ruangan Memorable Question, pilih tiga soalan dan jawab kesemua soalan tersebut. Ingat dan simpan butir-butir jawapan korang untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.
  • Akhir sekali, tekan butang Done.
  • Alhamdulillah. Pendaftaran Maybank2U korang dah berjaya.

3) Cara Login Maybank2u

Sesudah selesai langkah 1 dan langkah 2 di atas, kini barulah korang boleh login Maybank2u dengan username dan password yang kita dah daftarkan tadi.

Cara login Maybank2u simple dan mudah sahaja:

  • Layari laman web Maybank2u atau buka app di smartphone korang.
  • Di ruangan My Username. Masukkan username atau nama laluan yang korang cipta tadi.
  • Di laman berikutnya, korang kena pastikan gambar serta phrase yang terpapar adalah betul seperti yang korang dah pilih untuk Maybank2U korang.
  • Kalau betul, klik butang hijau YES. Kalau tak betul, klik butang NOT ME. Dan masukkan semula username korang.
  • Selepas itu, di ruangan My Password korang masukkan kata laluan yg korang dah buat masa pendaftaran di langkah 2 di atas. Kemudian , kllik butang Login.
  • Korang akan dibawa ke dashboard Maybank2u Online Banking, di sini korang boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.

4) Cara reset password selalu (langkah bonus)

Seelok-eloknya, tukar password atau kata laluan Maybank2u korang setiap 3 bulan sekali. Kenapa kena reset password selalu pula ni? Mohon jangan ambil ringan dengan password. Sila pastikan korang tukar kata laluan dengan gabungan abjad huruf kecil, abjad huruf besar, nombor dan juga special character.

Kita sering dengar mangsa penipuan dan mangsa hacker bekaitan perbankan. Walaupun selalu menukar password ini bukan bermakna selamat 100%, sekurang-kurangnya ia akan menyukarkan mana-mana scammer atau hacker yang cuba masuk ke dalam akaun Maybank2u korang.

Cara tukar password Maybank2u sistem baharu

Maybank kini menggalakkan penggunanya supaya menggunakan sistem Maybank2u baharu, bukan Maybank2u Classic.

Kepada pengguna Maybank2u baharu, sila ikuti cara tukar password Maybank2u berikut:

  • Layari laman web rasmi Maybank2u
  • Di ruang My Username, tidak perlu masukkan username, sebaliknya
  • Terus klik FORGOT LOGIN DETAILS di bawahnya
  • Pilih Reset Using sama ada:
  1. Credit Card
  2. Charge Card
  3. Prepaid Card
  4. Access Number
  • Di ruangan Card / Access Number, masukkan nombor kad 16 digit bahagian hadapan kad ATM Maybank korang
  • Di ruangan PIN, masukkan nombor PIN untuk kad ATM Debit/Kredit korang.
  • Kemudian, di laman seterusnya, tekan butang SUBMIT
  • Setelah itu, masukkan password baru yang korang ingin gunakan untuk akaun Maybank2u.
  • Di ruangan di bawahnya, masukkan sekali lagi password pada ruang tersebut.
  • Kemudian, ketik butang REQUEST OTP. OTP akan dihantar ke telefon korang melalui SMS.
  • Lepas dapat SMS, masukkan no OTP yang diterima ke ruang yang disediakan.
  • Pastu, tekan butang CONFIRM.
  • Penukaran password korang dah berjaya. Korang kena logout dan login semula menggunakan password yang baru.

Cara tukar password Maybank Classic

Untuk pengguna Maybank2u yg dah lama. Otai la kata orang. Mereka lebih senang dan dah biasa dengan sistem lama atau Maybank2u Classic.

Sila ikuti cara berikut untuk menukar password menggunakan sistem Maybank Classic:

  • Layari laman web Maybank Classic.
  • Kemudian, ketik pada butang Back to the classic Maybank2U.
  • Di laman seterusnya, masukkan nama laluan korang pada Username. Tekan butang Next.
  • Di laman seterusnya, sahkan security phrase dan gambar yang tertera. Sekiranya betul, tekan butang Yes.
  • Setelah itu, ketik link Forgot Username/Password.
  • Seterusnya, pada ruangan Card/Access No., masukkan nombor kad 16 digit di depan kad ATM Debit/kredit korang.
  • Di ruangan PIN, masukkan nombor PIN untuk kad ATM Debit/kredit korang.
  • Tekan butang Next.
  • Di laman seterusnya, username korang akan tertera. Tekan butang Reset Password.
  • Kemudian, pada laman seterusnya, di ruangan Password, letakkan password baru yang korang mahu gunakan untuk akaun Maybank2u. Buat yg paling sukar korang terfikir. Tapi pastikan korang hafal atau salin di tempat yg selamat.
  • Di ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi password baru tadi.
  • Seterusnya, tekan butang Request for TAC. No TAC dihantar melalui SMS. Setelah dapat SMS, masukkan TAC ke ruangan TAC yang disediakan.
  • Tekan butang Next.
  • Penukaran password korang dah berjaya. Korang kena logout dan login semula menggunakan password yang baru.

Beberapa persoalan tentang Maybank2u Online Banking

Perlukah saya membuka akaun baharu mendaftar Perbankan Internet Maybank2u Online?

Tidak perlu. Korang boleh gunakan akaun Maybank dan nombor kad ATM yang sedia ada tu.

Saya tiada akaun Maybank. Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan Maybank2u Online Banking?

Tidak. Untuk berurusan secara dalam talian dengan Maybank2u, korang perlu memiliki Akaun Simpanan dengan kad ATM dan PIN ATM. Barulah boleh mendaftar dengan Maybank2u Online Banking.

Bolehkah saya daftar nombor telefon bimbit luar negara untuk Maybank2u?

Tidak. Buat masa ini, Maybank2u tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.

Perlukah saya daftar semula Maybank2u Online Banking selepas kad ATM saya diganti baharu disebabkan kecurian atau kehilangan?

Tidak. Korang tidak perlu lagi membuat pendaftaran semula.

Jika saya lupa password Maybank2u Online Banking, bagaimana boleh saya dapatkan password baharu?

Jangan panik. Korang cuma perlu klik ‘Forgot Login Details’ dan masukkan butiran kad dan pin. Kemudian, ikuti langkah seterusnya.

Penutup

So, itulah dia tutorial mudah mengenai cara daftar Maybank2u online banking dan juga cara login Maybank2u untuk kali pertama serta cara reset password. Tukar password Maybank2u ni penting untuk keselamatan akaun kita. Selain itu, pasni tak payah lagi asyik ke ATM bila nak semak baki duit. Nak beli barang di Shopee pon dah takde masalah. Cuma jangan berhabisan sangat, jimat-jimat juga untuk masa depan. Haha..

Rujukan Lain

Korang tidak perlu berasa bimbang sekiranya masih tidak tahu bagaimana cara solat yang betul bagi wanita. Baca cara solat sempurna bagi wanita ni..

Korang perlu membuat semakan untuk mengetahui sama ada korang memiliki saman atau tidak. Jom check saman online PDRM di sini..

Apabila suami mula curang, sebagai seorang isteri pasti akan berasa cemburu dan marah. Mari baca cara bagaimana menangani suami curang..

Tgh solat, time tu la baru teringat keta dah kunci ke belum. Harap2 selipar aku tak diambil orang. Jom baca cara dapatkan khusyuk dalam solat..

Perkongsian cara download slip gaji online melalui tiga kaedah iaitu: penyata gaji bulanan, penyata gaji tahunan dan penyata gaji untuk pinjaman..

Ramai yang masih kurang jelas bagaimana cara membuat tuntutan MySalam. Jom baca cara membuat tuntutan MySalam RM700 dan MySalam penyakit kritikal..

Asyik ke ATM bila nak semak baki? Baca tutorial mengenai cara daftar MyBSN online banking dan juga cara login BSN Online untuk kali pertama ini.

Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Selangor 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Selangor bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.

Kalau tidak rawat, nanti nak bercakap pun susah. Tahukah korang, bagaimana kahak boleh terjadi? Dan apa pula petua hilangkan kahak cara tradisional?

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!