Teka Teki Lawak Pecah Perut (Dan Jawapan Bengong)

Teka teki lawak atau teka teki lucu ialah soalan yang mempunyai pembayang untuk dijadikan rujukan seseorang meneka soalan tersebut. Konsep teka teki lawak ini merupakan soalan yang menguji minda sesorang untuk berfikir luar dari kotak pemikiran atau luar daripada jangkaan kita. Hal ini kerana, kebiasannya sesuatu teka teki lawak ini mempunyai jawapan yang kelakar dan unik tak terjangka dek akal fikiran kita. Atok mempunyai 25 teka teki lawak yang boleh buatkan korang pecah perut apabila mendengar jawapannya.

Teka Teki Lawak Pecah Perut (Dengan Jawapan Bengong)

Jap.. jap! Saja nak pesan. Nanti bila korang dah habis baca koleksi teka teki lawak pecah perut (dan jawapan bengong) ni, korang layan pula lain-lain koleksi teka teki best ni.

25 Teka Teki Lawak Pecah Perut (Dan Jawapan Bengong)

Teka teki 1:
Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala, kalau makan tidak pulak?

Jawapan:
Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.

Teka teki 2:
Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Jawapan:
Kutu lah. Sebab dia memang duduk atas kepala orang.

Teka teki 3:
Apakah kuda yang berkaki 3?

Jawapan:
Kuda cacat. Kalau tak cacat tu namanya kuda kaki 4.

Teka teki 4:
Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

Jawapan:
Orang kurus makan hati, orang gemuk makan ruang.

Teka teki 5:
Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?

Jawapan:
Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!

Teka teki 6:
Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Jawapan:
Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal.

Teka teki 7:
10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

Jawapan:
Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

Teka teki 8:
Binatang apakah yang paling kaya didunia?

Jawapan:
Beruang, sebab binatang ini ber wang

Teka teki 9:
Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Jawapan:
Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.

Teka teki 10:
Cawan kalau pecah baling kat mana?

Jawapan:
Jawapan: Baling kat kedah.

Teka teki 11:
Kenapa dinosaur tak boleh tepuk tangan?

Jawapan:
Sebab dinosaur dah pupus.

Teka teki 12:
Kenapa biri-biri jalan lambat?

Jawapan:
Sebab kalau dia jalan laju, nama dia buru-buru.

Teka teki 13:
Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa paling banyak guna air?

Jawapan:
Rumah terbakar panggil bomba.

Teka teki 14:
Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa tiada kepala, tiada ekor, tiada mulut?

Jawapan:
Bebola ikan.

Teka teki 15:
Kenapa keyboard penat? (keyboard laptop/komputer)

Jawapan:
Dia ada dua Shift.

Teka teki 16:
Antara kereta dan motor, mana lebih tua?

Jawapan:
Motor sebab pakai tongkat.

Teka teki 17:
Dalam banyak-banyak jin, jin apa yang hidup dalam air?

Jawapan:
Jintik-jintik.

Teka teki 18:
Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang banyak mata?

Jawapan:
Ikan bilis 1kilo.

Teka teki 19:
Ulat bulu kalau dia nak lalu, dia kata apa?

Jawapan:
Ketepila (Caterpillar)

Teka teki 20:
Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.

Jawapan:
Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada.

Teka teki 21:
Dalam banyak-banyak sate, sate jenis apa paling panas?

Jawapan:
Saterika

Teka teki 22:
Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Jawapan:
Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

Teka teki 23:
Kenapa di tepi rel kereta api ditaruh batu kerikil?

Jawapan:
Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.

Teka teki 24:
Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak panas. Api apa tu?

Jawapan:
Bil api (Biasa-biasa memang tak panas, tapi kalau tinggi boleh bikin panas).

Teka teki 25:
Kalau seorang, dia sendiri tahu. Bila berdua pula, dua-dua mesti tahu. Tapi kalau bertiga, tiada yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat pula, lagilah tak tahu. Apa dia tu?

Jawapan:
Kentut, apatah lagi yang jenis silent killer. Senyap tapi membunuh bhai.

Ha, apa macam 25 teka teki lawak Atok? Lucu tak?

Sebelum itu, Atok nak tanya, korang main teka teki tu tahu tak apa maksud teka teki itu sendiri? Ha, jom kita teka maksud teka teki itu sendiri. Ha, faham tak Atok cakap ni?

Pendek kata, teka teki legend ini adalah pertanyaan atau soalan yang mempunyai makna yang tersirat atau dikenali sebagai pembayang. Teka teki ini memerlukan kepintaran dan pemikiran yang teliti untuk korang selesaikan.

Menariknya, teka teki ini sering diajukan apabila kita bermain sesuatu permainan dan akan mendapat hukuman kalau tidak boleh menjawab manakala siapa yang betul akan medapat ganjaran.

Namun, ia bergantung juga pada cara korang bermain. Diharap 25 teka teki lawak pecah perut (dan jawapan bengong) Atok ni, akan menghiburkan dan dapat berikan korang idea untuk berteka teki dengan kawan dan keluarga.

Nak lagi koleksi teka teki lain?

Kali ini Atok ada 25 teka teki paling susah di dunia untuk korang jawab. Boleh lah korang guna teka teki susah ni untuk menghabiskan masa santai..

Dalam post bertajuk teka teki haiwan ini, akan Atok kongsikan untuk korang beberapa teka teki haiwan dan jawapan yang menyakitkan hati kawan-kawan korang..

Susahnya teka teki ini, kadang-kadang lagi susah dari subjek math. Jom cuba jawab teka teki senang dan jawapan yang macam tak logik ni..

Atok
Follow me

3 thoughts on “Teka Teki Lawak Pecah Perut (Dan Jawapan Bengong)”

Leave a Comment

error: Content is protected !!